Assalamualaikum... dan salam sayang dari Ann!
Minggu lepas Ann balik ke rumah keluarga angkat Ann di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ye lah kan, dah lama tak melawat keluarga di sana so, ada masa sedikit yg terluang ini maka, Ann pergi berkunjung ke sana seorang diri (T_T) takde sape-sape nak teman kite. Hehe...
Ann bermalam di sana 3 hari 2 malam. Emm... kedatangan Ann bukanlah sekadar melawat keluarga angkat ni, Hah...tapi juga, Ann nak survey tempat untuk menjalankan program universiti pada tahun adapan. Wahhh...program tahun hadapan tapi dah siap-siap buat gerak kerja. Pergh...rajin gak Ann ni rupenya. hehe...
Taklah kengkawan, sebenarnya, program ni merupakan projek yg agak besar melibatkan menteri besar dan orang-orang kenamaan. So, kenalah buat persediaan yg awal. Sebagai mahasiswa ni kan kenalah berani menyahut cabaran seperti ini. Time ni lah kengkawan nak limpahkan idea-idea kita yg fresh! Esok dah habis blaja entah bila lagi lah dapat join program yang kita buat sendiri.
So, eh banyaklah so ek. hehe. Emmm... kat rumah keluarga angkat Ann ada sorang budak kecik ni nama dia Alia atau dikenali sebagai Lia. Umur dia 6tahun. Petah berkata-kata dan lincah. Citernya begini... satu hari tu, tengah duduk-duduk sembang dengan dia kat laman, Ann pun tanyalah dia satu soalan ni....(seperti tertera dlm dialog di bawah...)
Hah, demikianlah skripnya...Adoiii aiii terkelu lak lidah Ann bila si Lia jawab begitu. Sekali pikir macam betul je...ye lah belum besarkan manalah tahu nak jadi apa. Dah besar baru tahu nak jadi apa. Ann pun terpikir-pikir lah, soalan yang Ann ajukan salah atau jawapan budak ni yang salah???
Lepas dah pikir tu... sebenarnya kedua-duanya pun tak salah. Ann tanya tentang perancangan masa depan, memanglah belum besar tapi tak salah kita membuat perancangan lebih awal agar mempunyai matlamat hidup. Apabila mempunyai matlamat hidup barulah diri ini termotivasi untuk bertindak ke arah matlamat tak lah hidup ni kosong!
Ann tak hairanlah kalau si Lia ni jawab macam tu, nama pun budak kan. Cuma ini lah kali pertama dalam banyak-banyak budak yang Ann jumpa, dia sorang yang bagi jawapan macam ni. Hem... tapi adalah pelik kalau yang dah besar bangka tak tahu lagi nak jadi apa. Hah yang tu susah memang susah kalau dah besar pun tak tahu nak jadi apa. Namun, manusia macam tu memang ada.
Sebenarnya, kengkawan Ann nak bagi pendapat Ann sikitlah, kita harus ajarkan anak-anak kita sejak dari kecik lagi tentang apa tu matlamat hidup? apa yang mereka ingin capai? walaupun, hakikatnya, mereka bukanlah faham sangat tentang benda-benda falsafah ni, tetapi sekurang-kurangnya kita dah melatih mereka untuk berfikir ke masa depan mereka. Dari usia sekecil inilah kita harus berikan motivasi, galakkan untuk berjaya, kata-kata semangat dan perangsang agar mereka bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam hidup! Tak gitu...hehehe...
Sekian dulu dari Ann...
No comments:
Post a Comment