Tuesday, June 21, 2011

Sepanjang hidup ini tak pernah ucapkan...


Assalamualaikum... dan salam sayang dari Ann!

Sempena hari bapa yang mulia dan indah ini hehe... Ann tujukan lagu ni buat ayah Ann iaitu Encik Ryazmirza bin Nerza Abdul Rafiq yang CooL. Time mood dia ok memanglah cool cuba time tengah bad mood! hehe memang langsung tak cool. Cuma anak dia si Ann Siti Fairoz je sentiasa cool. Marah lah macam mana pun memek muka tetap sama. So, moral of the story is tak payah lah marah-marah Ann sebab korang dapat penat jer hehe...

Terima kasih to Ayah for everything. Since mama had gone, you are the one who left in my heart. You are my ayah dan you are my mama. You are not perfect father but to be A good father it's not necessarily you have to be perfect all the time. May Allah bless you, longevity, and happy selalu!!!

Sebenarnya, Ann tak pernah pun ucapkan selamat hari bapa pada ayah Ann untuk seumur hidup ni. hehe. Entahlah, Ann rasa malu nak tunjukkan kasih sayang pada dia sebab kami memang tak rapat sejak Ann kecil. Ann rapat dengan arwah mama. Mungkin sebab ayah ni, perwatakan dia agak garang dan dia selalu tiada di rumah kerana keluar mencari rezeki untuk keluarga.

Walau bagaimanapun apa yang Ann tahu... Ann sayang kan dia. Tanpa dia tiadalah Ann di dunia ni. Terima kasih sekali lagi untuk ayah. I'm happy if you can read this!

sekian dulu dari Ann... =,)

No comments: