Sunday, August 21, 2011

Akibat seafood yg terlampau banyak...

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!


Apa khabar semua! semoga sihat-sihat hendaknya. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yg mulia ni, pastinya sihat sejahtera sebab perut kita dapat rehat yg lebih daripada duk memproses makanan 24jam. Tak gitu??? Sepatutnya begitulah kan sebab hampir 99% penyakit ni datang daripada makanan. Jadi apabila kurang makan maka, kuranglah penyakit. Nak lebih sihat haruslah menjaga kesihatan diri ini dengan mengambil makanan yg berkhasiat dan seimbang. Cewahhhh...nasihat orang kemain lagi yer cikgu Ann. Awak sendiri jatuh sakit. Ish...ish..ish...

Maklumlah kengkawan, musim berpuasa ni, ramai yg ajak berbuka pose sama-sama. Katanya nak memeriahkan lagi suasana berbuka pose di samping menjalinkan ukhwah. Bila dah berbuka dengan kengkawan dan juga saudara mara, siapa yg mastermind merekalah yg akan manage soal makan-makan ni kan and locationnya sekali. So far, seafood memang menjadi favorite. Ann lak follow jer janji sedap. Hahaha... Nak jadikan citernya, beberapa hari yg kemudian tapak tangan and tapak kaki kedua-dua belahnya naik bintik bintik air. Aduhaiiii terseksanya dengan gatal tahap maksimum. Malam-malam asik tergaruk jer sampai letih menggaru dan tak boleh tido.

Esok paginya, bagilah tahu family tentang kisah sedih dan menyayat hati ni. Namun, tiada siapa-siapa ambil peduli, maklumlah kalau kengkawan nak tahu family Ann tengah sibuk dengan wedding kakngah. Lepas dengar je Ann cakap yg tangan dan kaki Ann gatal-gatal, diorang mengiyakan je lalu sambung story mereka tentang majlis kahwin kakngah yg akan berlangsung lagi 3minggu. Ishhh... tak patut betul. Tutup Kes!!!

Keesokan harinya, keadaan tangan dan kaki bertambah teruk, Ann bertambah tension. Ni kena bagi tahu ayah and aunty ni. Nak pergi klinik lah sebab darjah kehodohan tangan dan kaki dah menjadi-jadi. " Aku rasa kali ni kena cerita dengan lebih penuh penghayatan supaya diorang tahu betapa aku terseksa menanggung kesakitan ini...". Maka hari ni misi ialah tarik muka, masamkan muka sebaik mungkin dan elak daripada senyum...

Hah...tu diaaa...baru ada response!

Aunty : Macam mana boleh jadi macam ni, eeee dah kasar tangan anak aunty ni yer. Mesti salah makan ni...fairoz makan apa?

Ann : Kebelakangan ni buke pose asik makan seafood jer. Ni mesti alah pada seafood kut. Dah teruk ni. Dah bengkak-bengkak kaki n tangan =(

Aunty : Memang sah!!!! ni alah makan seafood ni. Nak tahu tak apa petanda ni semua???

Ann : ( mak aiii asal serius sangat nada nyer ... nasib baik dia tak cakap ni buatan orang. yer lah kan nada suspen jerrr... ) Hah, kenapa lak aunty? ape lak pentandanya???

Aunty : Ini petandanya dalam badan fairoz tu dah berlebih lebih kalsium, maka dengan itu, badan tu dah tak nak kalsium tu lagi... Jadi dengan itu, badan akan memberontak sebab banyak sangat kalsium dalam badan, iodin dan sebagainya. Dia keluarlah melalui bintik-bintik air ini.

Ann : EEEaauuwww... boleh sampai macam tu yer... ( macam betul je aunty ckp ).

Aunty : Betul lah. Kalau nak lagi dahsyat dia akan naik satu badan...

Ann : ( Mana ada orang yg mintak penyakit dia bertambah dahsyat... of course lah nak cepat sembuh. ) Emmm... esok kena pergi klinik ni. Nak ambil ubat. risau kalau bertambah dahsyat!

Memang Ann risau giler kalau bintik bintik air ni naik satu badan... Jadi Ann pun search lah kat internet berkenaan seafood ni. So ini yg Ann dapat >>>


Jadi, kepada kengkawan yg suka melantak seafood tu, berjaga-jagalah agar tidak terlebih dan terkurang. Bukankah mencegah tu lebih baik dari merawat. Tapi kalau dah sakit apa lagi kenalah pergi dapatkan rawatan segera. Ann pun baru je berjumpa dengan doktor petang tadi. Doktor dah check and doktor cakap ini bukan alahan sebab makanan tu tapi Ann alah pada sabun pencuci. Nasihat doktor kalau nak cuci baju, mop lantai, basuh pinggan dan segala yg seumpama dengannya pakailah sarung tangan agar kulit Ann yg halus ni tak mudah terkupas cewahhhhh... hahahaha...


  • Mencegah lebih baik daripada merawat...luv Ann!







Saturday, August 20, 2011

Arm'z ajak komen blog aku!!


Assalamualikum dan salam sayang dari Ann!

Hey guysssss!!!! Entry kali ni, Ann tampil dengan segmenNNNN.... Segmen ape murid-murid? Ya, betul! 10markah segmen " Arm'z ajak komen blog aku!! "
Cehhhhh....sejak bila pandai masuk contest ni cikgu Ann? Boleh menang ke? Ada hadiah ke? Huahuahua... Ini baru pertama kali dalam hidup join contest. Kalau ada pun, zaman -zaman hingusanlah, itupun mak yg tolong isikan borang dan mak yg tolong jawabkan dan mak yg postkan. Kedua contest mewarna kanak-kanak tadika menang tempat kedua yg diwarnakan oleh kakngah tapi atas nama Ann. Hehe. Inilah kalau korang nak tahu contest pertama yg dipelopori oleh Ann sendiri. Sebab ni blog Ann kan kan kan. Hehehehe... Tiba-tiba terbuka hati ni nak turut serta apabila sahabat Ann sendiri iaitu ida ( http://nanoeida.blogspot.com/ ) tag Ann dalam segmen yg sama. And in the same time, the owner of this segment saudara Armz turut singgah di blog Ann dan menjemput Ann dengan berbesar hati untuk join segmen ni. Kira macam nak jemput orang pergi kenduri kahwin anak kita lah kan... kalau tuan rumah datang sendiri menjemput, kita akan rasa terharu and akan usaha bersungguh-sugguh untuk memenuhi jemputan dia tak gitu? hehehe ...

Alright, let's straight to the point, tujuan tulis blog ni selain memenuhi kepuasan hati sebagai hobi Ann dikala masa lapang (kadang-kadang kalau busy pun Ann tetap nak berblogging hahaha) so, tak bleh nak kata aktiviti masa lapang gak lah, Ann juga tulis blog sebab nak berkongsi, tengoklah tagline blog Ann ni.......... MENULIS UNTUK BERKONGSI see! sama lah dengan banner di atas yg bergerak-gerak tu nampak tak... 'Cara Terbaik Untuk Berkongsi' sangat sesuaiiiii.

Bagi Ann, menulis blog adalah salah satu cara yg terbaik untuk kita kongsikan pengalaman, ilmu pengetahuan, pendapat, dan apa-apa sahaja yg kita rasa perkara tu patut dikongsi termasuklah kegembiraan, suka dan duka. Apa yg penting setiap perkara yg kita tulis ada baik dan buruknya yg dapat dimanfaatkan dalam hidup mereka yg membaca. Bagi Ann segala yg baik dalam blog Ann ni ambil lah dan jadikan panduan manakala yg tidak baik pula, tinggalkan terus dalam blog ini sahaja. Kalau korang perasan Ann akan akhiri penulisan Ann dalam setiap entry dengan meniggalkan sama ada kata-kata hikmah atau nasihat dan pesanan ringkas untuk semua kan. Emmm... sebab bagi Ann setiap perkara yg berlaku dalam hidup kita pasti ada pengajaran dan sesuatu yg tersirat dan tersurat. Selain tu, Ann nak ketengahkan kisah-kisah yg mempunyai nilai-nilai moral dan kesedaran sivik dalam masyarakat kita yg kini semakin dilupakan.
And last but not least...nak korang semua enjoy lepak di blog Ann!

Dengan berbesar hati Ann ingin menjemput sahabat Ann untuk turut serta dalam segmen ni, yg mana boleh memeriahkan lagi dunia para blogger.

JOIN jangan tak JOIN !!!



  • Sharing is caring, caring is loving ...so, start to share you'll get love and care from others!




Tuesday, August 16, 2011

Nak Berkahwin...??? tapi tiada calon lagi! Sila baca ini =,)



Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Entry kali ni Ann tulis dengan penuh kasih sayang dan rasa rendah hati. Penuh dengan kasih sayang untuk rakan-rakan yg nak kawen tapi tiada calon dan dengan rasa rendah hati kerana Ann pun belum kawen lagi. Hehehe =)

Kawan-kawan, perkahwinan tu merupakan suatu perkara yg sangat mulia yg sangat disukai oleh Allah tapi dibenci oleh musuh ketat kita umat islam, iaitu syaitan. Setiap daripada kita sudah semestinya mengidamkan perkahwinan yg sangat bahagia bersama yg tersayang. Sekarang ni pula sudah jadi satu trend kahwin di usia muda. Belum habis belajar dah pun kahwin kan. Takpe tiada salah apa pun kalau dah jodoh. Tapi yg tak sedap didengar tu ialah apabila tak sampai setahun jagung dah berceraiiii... tu diaaaa yg cikgu Ann tak suka ni!!! Especially golongan artis.

Kita cuba imbas zaman mak ayah kita nenek moyang kita, yg nak pi nikah tak perlu kot nak pergi kursus kahwin, dapatkan sijil dan sebagainya. Tapi zaman ni, macam-macam ada, kursus ni kursus tu untuk memberikan pendedahan tentang alam berumah tangga, yg tak sedapnya... lagi ramai yg bercerai adalah.

Inilah perbezaannya antara orang dulu-dulu dan pemuda pemudi zaman sekarang, tiada kesabaran dalam menguruskan rumah tangga. Bahagiakan apabila kita melihat ada pasangan tua yg masih berkasih sayang seperti zaman mereka muda-muda. Teruja sangat dengan kesabaran mereka menjaga rumah tangga, kemesraan, dan kasih sayang tersebut. Penceraian sebenarnya tidak menyelesaikan apa-apa masalah, malah menambah lagi kesulitan terhadap institusi keluarga tersebut. Masalah paling ketara ialah anak-anak ( kalau dah ada anak lah ) kalau belum ada anak sekali pun penceraian bukanlah jalan yg terbaik.

Takpelah, siapalah Ann nak cakap panjang lebar tentang isu ni...empunya diri pun tak berkahwin lagi apatah bercinta pun tak pernah ( cinta monyet tu tak amik kira ) . Hehehe...

Oklah, let's straight to the point (STP). Kepada kengkawan yg nak berkahwin tapi belum menemui calon yg sesuai maka di sini, Ann ingin kongsikan satu doa yg teman Ann tag kepada Ann di Facebook :

Allahummab'ast ba'lan shalihan
li khith bati wa'at thaf qalbahu ' alay ya
bihaqqi kalamikal qadim

" Ya Allah utuskanlah seorang suami/isteri yg terbaik untuk melamarku condong hatinya kepadaku kerana kebenaran kalam-Mu yg Qadim "

Sekian, sedikit perkongsian daripada Ann =)

  • Selamat beramal semoga kita bertemu dengan pasangan hidup yg soleh dan solehah... luv Ann!


Sunday, August 14, 2011

Ann akan terbitkan sebuah filem...


Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Sebenarnya, Ann dah lama bercita-cita dan ada hasrat yg tinggi untuk membuat filem atau drama. Ish... memang dah lama lah. Lama mana tu wahai cikgu Ann???? Nak kata sejak kecik zaman-zaman suke main masak-masak eh tak jugak, mase sekolah rendah lagi lah tak sebab tahu main kejar-kejar je setiap kali pulang dari sekolah. Filem tu ape pun Ann tak tahu masa tu... Haaa tu diaaa! Actually kan, tiba-tiba Ann terbuka hati nak kongsi dengan korang impian Ann yg mana keluarga Ann sendiri pun tak tau ni. Apatah lagi sahabat baik Ann pun Ann tak pernah habaq! Tapi tak taulah macam mana dapat hidayah nak kongsi rahsia yg dah tak jadi rahsia lagi ni kepada... JENG JENG JENG!!!

53 budak comel
dalam
"Blog Cikgu Ann"

Adakalanya, bakat ni kawan-kawan ibarat gunung berapi yg terpendam sekali dia meletus baru kita tahu betapa hebat rupanya dia dalam diam-diam dalam dia pendam pendamkan ( eh macam tak kena je perumpamaan ni ). Ann suka belakon semasa Ann di sekolah rendah lagi, ingat lagi pementasan pertama yg Ann join semasa darjah enam iaitu Puteri Gunung Ledang yg memenangi tempat pertama antara kelas-kelas huahuahua citer nak gempak padahal antara kelas jeh! hahahaha. Lek dulu bero, tu baru citer peringkat awal. Teruskan membaca! Ape yg best dalam teater tu ialah Ann memenangi anugerah Pelakon Perempuan Terbaik. Kembang siot! time tu memang ramai murid-murid lelaki yg hingusan ni nak usha. Pergh... oklah tu kisah yg sangat kebudak-budakkan. Next!

Seterusnya, Ann pun melangkah ke sekolah menengah iaitu SMK Dato' Hj. Mohd Redza. Selama 5tahun Ann menelaah pelajaran di sekolah tersebut. So, memang banyak suka duka yg terbuku di sekolah tu. Alamakkk feeling pulak tetiba. Di sekolah nilah, bakat-bakat Ann telah dicungkil oleh guru Ann yg menyedari akan kebolehan yg ada pada diri Ann. First of all thanks to Ustazah Hasnah yg banyak memberikan tunjuk ajar kepada Ann. Ustazahlah yg telah memilih dan memberikan kepercayaan kepada Ann untuk mengendalikan segmen Bahasa Arab. Setiap hari Rabu suara Ann akan berkumandang di radio sekolah. Hehe Ann diminati dalam kalangan guru-guru dan juga pelajar, jangan jelezzz. Setiap kali Ann keudara mereka akan standby pen dan pensel untuk mencatat perkataan baru yg akan Ann ajarkan. Kalau korang nak tahu kan, konti radio sekolah tu tempat dia agak tersembunyi, start kul 6.30 Ann memang dah mulakan rancangan memang tak penah lewatlah. Disiplin disiplin hehe! Nama samaran yg Ann gunakan masa tu ialah Cik Siti. Jadi alkisahnya, diorang semua nak tahu bebenarlah anak sapa tuuu... maka suatu hari Ann telah dijemput untuk membuat persembahan Hiwar fillughatul Arabiah sewaktu perhimpunan. Dari situlah Ann mula menjadi popular atau dikenali sebagai artis sekolah. Cewahhhhh.... Next!

Second, thanks with love to my class teacher ( dah lupa nama dia ) yg memberikan kepercayaan kepada Ann untuk berlakon dan mengarah dalam English Drama Competition. Pertama tajuk dia "The Pencil" yg memenangi tempat kedua. Pada tahun seterusnya iaitu semasa Ann form3, Ann berlakon dan mengarah dalam drama pentas " Bawang Merah Bawang Putih " version modern punya! hahaha yg ini kami dapat Johan dan Ann buat kali keduanya memenangi Actress terbaik. Yahoooo! Alhamdulillah... Next!

We got cormmercial break!


Ann yg berbaju purple =,)



Apabila Ann mula menjejak kaki ke tingkatan menengah atas iaitu form 4 dan form 5, Ann mula terlibat dengan forum, pidato dan sajak. Alhamdulillah berkat bantuan guru-guru yg hebat, Ann berjaya hingga ke peringkat negeri, sampai juga ke peringkat kebangsaan namun, rezeki tak menyebelahi. Di atas ni, ialah foto kenangan semasa Ann di tingkatan enam. Dalam drama ni Ann memenangi Actress terbaik untuk kali ketiga di zaman persekolahan. Selain tu, Ann turut membantu pihak sekolah untuk melatih junior-junior dalam lakonan pentas. Sekali lagi Ann panjatkan kesyukuran kepada ilahi, junior-junior Ann berjaya hingga ke peringkat kebangsaan. Ann juga merupakan ketua perhimpunan setiap hari Isnin dan Jumaat, Perghhh dua kali seminggu muka Ann akan terpacak kat depan pentas mengetuai atur cara perhimpunan kira orang panggil ape... MC bukan medical checkup tapi master of ceremony.

sO,adik-adik di luar sana rasa-rasa macam teringin nak jadi popular kat sekolah anda lakukan seperti yg akak Ann lakukan hahaha. Jangan malu dan segan untuk serlahkan bakat yg ada tu! Namun, satu je lah nak nasihatkan adik-adik, biasanya orang yg popular kat sekolah ni akan ada ramai yg tak puas hati dengan kita, ada yg cakap kite gila kuasa dan populariti and banyak lagi... so kena kuat dan tabah. Selagi kita berada di pihak yg benar... just do what you have to do! sometimes you can do it even better than you think you can =,) cehhhh nasihat nasihat. Next!


Sejak dari zaman sekolah menengah tu lah, Ann memang dah simpan niat untuk menerbitkan filem atau drama suatu hari nanti. Lagipun Ann dapati, drama kat tv sekarang ni banyak sungguh cerita orang kaya yg jahat tamak dan rakus yg tak habis-habis menindas orang miskin. Tak pun kehidupan orang melayu yg kaya dengan gaya hidup ala-ala barat. Tak pun citer percintaan yg romantik, antara dua darjat, dan seumpamanya... Sangat-sangatlah kurang pengarah filem di negara kite ni yg create drama berkisahkan kehidupan sebenar orang-orang biasa di Malaysia ni. Dan jarang pula ada cerita yg membawa kesedaran sivik dan moral dalam kehidupan kita yg semakin dilupai. Dalam iklan tu adalah sikit ( contoh terbaik iklan2 dari petronas ). Apa-apa pun Ann tetap sokong filem dan drama dari Malaysia cuma tak minat citer-citer hantu dan jin ni. Hantu dan jin pun dah bosan nak tengok asik muke diorang je kat pawagan dan tv. Next! eh dah habis dah... entry ni akan ada sambungan seandainya impian menjadi kenyataan....=,)


  • Impian perlu diikuti dengan usaha dan doa...luv Ann!





Saturday, August 13, 2011

Perempuan di Hujung Ramadan...

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Ann baru je habis tonton cerekarama "Perempuan di Hujung Ramadan" ish...ish...memang sakit hati bukan kepalang! Ada juga manusia macam ni kat dunia ni??? Yelah, kalau tidak tak kan lah si director tu boleh terbitkan drama sebegitu, mesti peristiwa ni pernah berlaku dalam kehidupan realiti kan kan kan! tak gitu!!! Kepada sesiapa yg tidak menonton cerekarama ni atau terlepas ini sedikit sinopsis berkenaan cerita tersebut yg Ann copy dan edit dari sumber http://www.perekacerita.com

PEREMPUAN DI HUJUNG RAMADAN (TV3)
Hari: Sabtu
Tarikh: 13 Ogos 2011,
Masa: 10.00 malam
Lakonan: Elly Mazlin, Zarina Zainordin, Riezman Khuzaimi, Wan Maimunah.

Sebagai Sarimah


SINOPSIS PEREMPUAN DI HUJUNG RAMADAN (TV3) Mengisahkan tentang kemelut yang membelenggu dua adik beradik, Munirah dan adiknya Sarimah yang sudah 5 tahun tidak bersua muka. Di bulan Ramadan, Munirah menerima panggilan dari sepupunya, Shikin yang memberitahu bahawa Sarimah sedang tenat kerana menghidapi barah. Namun, Munirah masih menderita dengan tragedi yang berlaku pada 6 tahun yang lepas ketika Sarimah datang ke Kuala Lumpur untuk menumpang tinggal di rumahnya sementara menunggu mendapat pekerjaan.

Sebagai Munirah

Sarimah telah membantu menjaga anak Munirah iaitu Adam. Adam dibela sebagai anak sendiri dan ditatang bagai minyak yang penuh. Siapa sangka, kepercayaan Munirah dikhianati kerana Sarimah menjalini hubungan sulit dengan suami Munirah, Zain. Munirah telah diceraikan dan turut kehilangan hak penjagaan Adam. Tidak cukup dengan itu, Sarimah dan Zain turut menfitnah Munirah kepada keluarganya untuk selamatkan diri mereka berdua serta menutup keaiban mereka. Oleh sebab fitnah tersebut, Munirah dibuang oleh keluarganya dan tidak dibenarkan berjumpa langsung dengan anaknya Adam. Setelah sekian lama, apakah Munirah dapat memaafkan Sarimah???


Yelahkan... memang tak sangka lah adik sendiri boleh khianati kakak kandung dan menipu family kerana cinta dan nafsu. Tulah dia kalau syaitan dah bermaharajalela dalam diri hitam dan putih pun kita tak dapat membezakannya. Tapi bukan tu motif utama yg Ann ingin perkatakan, apa yg ingin Ann sebut di sini adalah tentang sifat PEMAAF.

Kalau anda berada di tempat Munirah, adakah anda akan memaafkan adik anda yg telah berzina dengan suami anda, menfitnah, dan memisahkan anda daripada anak kandung anda??? Sebagai manusia biasa, sukar bukan untuk kita memaafkan dengan rela hati! Kalau dah maafkan pun, luka di hati tu belum tentu pulih. Namun kawan-kawan sikap memaafkan orang lain dalam masa kita ada peluang untuk membalas dendam kepadanya adalah sifat yg sangat terpuji. Perkara ini hanya boleh dan mampu dilakukan bagi mereka yg memiliki jiwa yg besar. Salah satu perkara yg dapat mendidik hati dan jiwa kita menjadi bersih adalah dengan memaafkan kesilapan orang lain terhadap kita walau sebesar manapun dosa mereka kepada kita. Sukar tetapi itulah yg dikatakan pengorbanan ke arah memperoleh cinta Allah yg satu. Mudah mudahan....

  • Marilah kita saling bermaaf-maafan dalam bulan yg mulia ini semoga kita mendapat kebaikan dunia dan akhirat...luv Ann!


Friday, August 12, 2011

Nak jemput semua follower blog Cikgu Ann...


Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

hai hai haiiiiii !!! hehe ek eh nape cikgu Ann ni? Gumbira semacam jerrr! ok ok nak story ni kat hangpa semuwaaaa...ni hah, Kakngah Ann akan bersanding pada ketetapan berikut jeng jeng jeng!

Hari : Ahad
Tarikh: 11/september/2011
Masa: 12.00tgh hingga 4.00ptg
Lokasi: Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan.

Jadi dengan berbesar hati Ann nak jemput kawan-kawan ke majlis persandingan tersebut.

Mai jangan tak mai!!
datang jangan tak datang!!

Terutamanya kawan-kawan yg ada kat noghoiee sombilan nihah memang wajib datang, setakat kek selangor, melaka alahaiii dokek jo. So, datanglah. Boleh lah kite beramah mesra bersama rakan blogger ni. Selalu asik duk bace blognye je. Sekali sekala tu nak jugak bertemu face to face dengan gang-gang blogger ni. Haaaa... ape special sangat wedding ni? eleh bukan artis pon kan yg i perlu datang. Hahahaha...specialnya boleh jumpa dengan Ann lah of course hehehe (bajet artis) Sebenarnya Ann juga ada niat nak jemput sahabat Ann daripada kumpulan nasyid UNIC iaitu abg fadzli and the gang. Insya_Allah abg Fadzli kate kalau dia free dia akan datang bersama UNIC. Ann kenal abg Fadzli semasa kem bersama UNIC pada awal tahun ni. Suke sangat dengan gang UNIC coz diaorang friendly. And bila bersama mereka kan, tak rasa mereka macam artis. Low profile, cool, and steady! especially abg Badzli dia memang pandai buat lawak. Tak kering gusi kalau berborak dengan dia.

Kenangan bersama UNIC

Seriously, Ann akan sediakan meja VIP untuk follower blog Cikgu Ann sahaja. Tapi dengan syarat kena confirmkan yg korang akan datanglah. Kedua korang boleh jalan-jalan seluruh negeri sembilan tanpa halangan daripada sesape. Ketiga makan FOC>>>Free Of Charge! Boleh tambah sesuka hati selagi mampu. Keempat hingga kesepuluh boleh mengeratkan silaturahim... haaa tu diaaa! huahuahua =,)

Haiiii... semua kakak Ann dah pun mendirikan rumah tangga. Maka dengan itu, tinggal lah seorang sahaja lagi anak dara sunti di rumah ini hehehe yg belum disunting oleh mana-mana kumbang. cehhhh...promote nampak! Bukan promote bagi tau ja! hehehe. Maka dengan itu juga, mulalah soklan-soklan cepumas ke udara... " Ko feroz (Ann) bile lagi??? " soalan ni wajib ditanya paling tidak sekali untuk satu rumah yg Ann berkunjung untuk menjemput sedare mare ke majlis perkahwinan kakngah Ann.... Errrrghhhhhh!!!! nyesal nyesal...insaf tak nak ikut bapak poie menjempot lagi... Tapi ada bagus jugak ek, selama ni takde sape-sape ambil berat tentang Ann sama ada Ann single atau tak, tapi kali ni semua orang busy body nak tahu Ann dah berpunya belum. JawapanNYAAAAAAAA..... BELUMMMMMMM!!! maka dengan itu confirm lepas ni mak mak sedara pakcik pakcik sedara sebok hantar rombongan cek kiah ke umah Ann. hikhik ( perasan jugak aku ni...)

  • Jodoh pertemuan ajal maut perpisahan segalanya ketentuan Ilahi...luv Ann !


Thursday, August 11, 2011

Sedihnya lepas baca artikel ni =,(

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Sebagai pelajar yg mengikuti kursus perguruan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ann juga rasa sedih dan hampa... cer bace cer bace!!!

Malang nasib graduan UPSI

Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah pada hari itu.

Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya.

Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan lain di luar sana selain guru.

Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh mencari pekerjaan lain.

Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab. Ternyata UPSI seperti bermain wayang dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah bakal guru.

Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka.

Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI masih lagi melatih bakal guru.

Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis dibelanjakan untuk UPSI? Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa UPSI tidak lagi seperti dahulu.

Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu.

Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI? Kebanyakan mereka adalah orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti akan jadi guru.

Kesal rasanya menjadi graduan UPSI. Lebih baik jika kami belajar di universiti lain yang sememangnya khusus untuk pasaran terbuka dengan peluang mendapat pekerjaan bukan guru yang lebih cerah.

Jika masih berminat untuk jadi guru, graduan universiti lain masih boleh memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) tajaan KPM dengan masa depan lebih terjamin. Takkan UPSI mahu kami graduan UPSI mengikuti kursus DPLI juga semata-mata untuk dapat jawatan guru? Apa faedahnya kami belajar di UPSI jika itu yang perlu kami lakukan nanti?

Apapun, kami sudah tamat belajar di UPSI tanpa sebarang jaminan untuk jadi guru. Nasi sudah jadi bubur. Kami sudah tidak dapat menebus kembali wang dan masa pengajian kami yang telah hilang. Untuk mencari kerja lain dengan hanya kemahiran menjadi guru yang kami ada, bukan satu perkara mudah.

Kepada semua pelajar UPSI amnya dah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, harap bangun daripada mimpi anda.

Kepada bakal lepasan sekolah yang berminat untuk jadi guru, ingatlah bahawa UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka. Jangan keliru UPSI dengan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Untuk UPSI pula, gugurkan saja perkataan "Pendidikan" pada namanya supaya masyarakat sedia maklum bahawa graduan UPSI adalah graduan pasaran terbuka seperti lain-lain universiti. Itu lebih bagus daripada terus mengelirukan masyarakat.


  • MPP ni ibarat wakil rakyat, semoga MPP UPSI baca perkara ni dan kemukakan ke pihak atasan. Tolong perjuangkan masa depan bakal guru-guru UPSI. Ni tak, tak habis-habis bermenifesto tentang tong sampah, bas, harga makanan, tapi tengok takde ape-ape perubahan pun!!! Cubalah berfikir lebih global lagi...
  • Ann dah penat-penat blaja tentang perguruan aleh-aleh tak kan nak jadi nurse ke doktor ke kalau mati orang macam mane???? =,(

Sedih sebab dah ponteng sehari (T_T)


Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Hukhukhuk... hari ni Ann sedih sangat-sangat sebab azam Ramadhan kali ni tak tercapai. Ann dah berazam tak nak tinggalkan solat sunat tarawih, tapi malangnya hari ni Ann sakit kepala dan selesema yg teruk hingga terbesin sambil menangis. Ish..ish..ish... cian kan...Sakit ni pun satu ujian dari Allah s.w.t lebih-lebih lagi dalam bulan pose ni. Memang bertambah lemah apabila jatuh sakit. Alhamdulillah, Allah masih berikan Ann kekuatan untuk bertahan sehingga kini. Walaupun sakit tapi masih mampu menjalani ibadah pose ni.

Teringat pula kenangan berpuasa mase zaman-zaman jahiliah dulu. Hehe... Kalau sakit sikit, hah...tu diaaa... ni lah masa nak bagi alasan terbaek punya kat mak untuk berbuka lepas azan zohor. Yelah kan kawan-kawan time kecik-kecik dulu mane leh tahan diri ni daripada main kejar-kejar, main galah panjang, main bola sepak ( eh mcm dak lelaki lak Ann ni hehe ) main masak- masak dan macam-macam lagi lah. Serius tak dapek den menahan daripada main dengan kengkawan den mase tu. Kawan-kawan pulak tu ada yg berbangsa cina dan india. Diorang ni manelah tau pose. Ape lagi dengan berbekalkan iman yg tipis... Lepas habis main kejar-kejar haus kan haus kan...hehe rasa-rasanya korang tahu apa yg Ann buat! Hehe. YA BETUL!!! 10 markah untuk anda yg menjawab.....jeng jeng jeng!!!

jawapan anda : elehhh ko masuk bilik air minum air kan kan kan....

Hahaha... ye arh haus kut tahap ghaban!!! air kolah is the best that time. Tapi mak kan tak tahu time tu. Ye ye lah mak ingat si anak dia pose penuh hari ni. Mak Ann pun bagilah semangat supaya Ann dapat pose penuh lagi esok hari dengan memberikan Ann RM10.00 sehari.

Mak : Hah bagus anak mak pose penuh. Memandangkan kakak (Ann) pose penuh hari ni, mak bagi Rm 10.00 tapi tunggu raya lah...kalau esok kakak pose penuh lagi mak tambah lagi RM10.00...

Ann : Yer mak! yei yei yei yei... esok kakak pose penuh lagi tau... mama jangan lupa tambah duit lagi tau...

Yelah kengkawan, budak-budak kan, manelah dia nak pikir kalau pose tu dapat pahala. Dose dan pahala ni tak nampak jadi dia takde semangat nak buat tapi kalau duit dia boleh nampak maka bertambah-tambah semangat nak pose tu. Namun, upah-upah pose mase darjah satu dua je... dah masuk 10tahun kalau mintak duit mahu kena penampor! hehehe...Lebih-lebih lagi fahaman agama dah bertambah baik apabila mak hantar Ann ke sekolah agama. Perghhh...insaf insaf hehe. Walau bagaimanapun, zaman sekolah rendah tu memang tak terlepas lah pose yang yuk! bila cikgu takde minum air sorok bawah meja, pegi toilet konon-konon cuci muke tapi.... sambil menyelam minum air... elehhh korang ketawakan Ann macam korang tak penah buat an an an...

Oklah apa-apa pun itu zaman jahiliah Ann. Apa yg Ann harapkan semoga Ramadhan kali ini akan membawa seribu erti dalam hidup Ann kerana Ann sedang mencari suatu sinar di bulan ini yg akan membawa Ann menjadi muslimah yg jauh lebih baik dari semalam. Ann sedang mencari sinar dan kekuatan itu. Semoga Ann akan ketemui keuatan itu dalam bulan yg mulia ini.

  • Kengkawan yg Ann sayangi, ayuhlah kita baiki diri ni menjadi yg lebih baik dari semalam dan terus baik dan baik. Hidup ini kan sementara, semoga kita mendapat kebaikan dunia dan akhirat...luv Ann.


Click Here Please ! =,)

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Wednesday, August 10, 2011

Aku berjiran dengan si kembar pemain bola sepak!!!


Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Wei korang ni bukan citer tipu, serius ni! Lagi pun tak baik menipu dalam bulan Ramadhan ni mengurangkan pahala yg sedia kurang. Oklah, nak tanya secara jujur korang kenal tak si kembar pemain bola sepak Negeri Sembilan dan juga selaku pemain kebangsaan??? Hah, tak kenal??? Sama ada si kembar ni kurang popular atau korang.... elehhhh...tak minatlah bola sepak ni. Nanti dulu, kalau korang yer pun tak minat bola sepak, korang mesti tak penah ketinggalan dalam gosip artis kan kan kan.... haaaa tu diaaa! Kenal tak Rita Rudaini dan Ayu Rhaudah??? Mereka ni isteri kepada si kembar. Tapi Ann selalu konpius tau, mereka ni isteri kepada siapa, sama ada Zaquan Adha atau Aidil Zafuan. Errrr, sepuluh kali Ann cuba ingat pun esok lusa lupa gak... hehe Yang ponteng bini diorang tak lupa dan konpius mana satu laki mereka. hehehehe...


Sebenarnya nak habak kat korang semua yg si kembar ni merupakan jiran tetangga Ann. 3 minit perjalanan dah boleh sampai ke rumah mereka dari rumah Ann. Hah, mesti korang cakap "Alaaaa ada aku kesah??? aku sedara diorang pun tak kecoh-kecoh tau!"

Tak kesah lah, Ann nak kecoh-kecoh jugak hehehe. Yelah bukan senang nak berjiran dengan artis ni kan... So, dulu-dulu kala kira zaman muda mereka selalu nampak mereka berdua ni tunggang motorsikal lalu depan rumah Ann. Time tu muka diorang selenga, muka dak sekolah lah kan. Tak sangka lah pulak dah besar ni hensem dan bergelar artis.

Mereka ni sama sekolah dengan Ann dulu iaitu Smk Tunku Ampuan Durah, Seremban. Tapi kalau korang tanya si kembar kenal ke tak Ann???? Errr of course lah mereka cakap tak kenal kan. Uuuuumang aiiii, beagak arh bro! sekolah tu ada hampir 2000 orang pelajar. Kalau Ann ni artis konpem konpem lah dia kenal. So, lupakan je lah niat korang nak tanya ek. Lagi pun masa Ann masuk sekolah tu diorang dah pun kuar hehehe.

Alkisahnyer begini, baru-baru ni Ann balik cuti. So, rasa rindu sangat nak bertarawih bersama jiran-jiran tetangga kat sini. Maklumlah, dah lama tak beramah mesra dengan jiran semenjak masuk universiti ni. Bukan sombong tauuu...tapi busy, you all tahu je lah kan dah jadi budak U ni banyak tanggungjawab dia. Jadi, inilah masa yg paling afdal nak mengeratkan semula hubungan sesama jiran. Jiran tu penting kawan-kawan!

Rumah si kembar ni, berdepan dengan surau. Time jalan kaki tu mata pun meliarlah sikit, jeling-jeling nak tengok kalau-kalau si kembar ni ada especially isteri mereka. Hemmm... memang tak nampak bayang tapi ada kereta besaq warna hitam ( tak pasti kereta apa sebab waktu malam kan, so tak nampak ) depan rumah mereka.

Makcik Ros : Hah, Fairoz (Ann) tu kereta si Zaquan tu makcik nampak dia turun dengan Rita Rudaini semalam...

Ann : Ooooo ye ker... ( eh, makcik ni biar betul Zaquan ke Zafuan, Zaquan tu kan laki si Ayu Raudhah... )

( Dalam hati, teringin gak nak tgk muka artis ni depan-depan kan hehe )

Makcik Ros : Semalam cik Ros dapat bersalam dengan Ayu Raudhah, dia datang solat tarawih kat surau ni.

Ann : Iya!!! (nada teruja gak lah, dengan harapan Ayu Raudhah datang malam ni )

Makcik Ros : Emmm, rupa-rupanya, artis ni tak lah lawa mana kan... biase-biase jer macam rupa kita gak yg bukan artis ni ada jerawat.

Ann : ( Eh, muka aku mana ada jerawat! ) Oooo...a'ah yelah kalau make up semua orang pun nampak cantik. Makcik Ros pun kalau make up kalah si Fasha Sandha! Hehe tak gitu.

Hem... malam tu dalam perjalanan nak pulang dari solat tarawih, hehe nampak lah si kembar bersama isteri mereka duk berbual-bual depan rumah mereka bersama keluarga. Ann pun jeling-jeling macam tu je lah. Taklah sampai lari g mintak autograp hehehe. Walaupun dalam hati ni, alamakkk... kalau amik gambar bersama ni boleh jadikan bahan sensasi untuk blog aku hehehe.



  • best kerrrr jadi artis? Jadilah diri anda sendiri dan bersyukur dengan apa yg anda miliki...luv Ann.


Tuesday, August 9, 2011

Alkisah gadis tembam yg tak gheti masak!!!


( berjaya x Ann kuruskan pipi hehe... )

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Oklah seriously Ann memang takde tokoh masak memasak ni. Bak kata orang tua memang rugilah sape-sape yg menikahi Ann. Alamatnya minggu pertama memang dah boleh turunkan 5kg. Kalau sebulan kawen hah, korang kire arh sendiri. Memandangkan tak gheti masak, maka ekau lupokan niat tu nak kawen selagi tak ghotie nak masak hehehe.

Ann rasa tercabar gak lah bile nenek moyang makcik pakcik sepupu sapapat dan kengkawan cakap macam tu kan! So, memandangkan ada 3minggu cuti sementara menanti semester baru buka, niat dihati nak lah blaja masak sikit-sikit. Rupa-rupanya boleh gak Ann ni masak. Tapi tadi memang kena telan segala cacian daripada Chef Aisya@kakngah den.

kakngah : Umur ko dah bengapa tak gheti-gheti masak???

Ann : (buat2 kira dgn jari ) emmm...22 tak lama lagi 23.

Kakngah : haaaa...tau pon! tak malu ke tak gheti masak? ko tu perempuan?

Ann : ( Hemmm... nak malu ape??? dunia dah maju kedai mamak kan banyak ) yelah tahu... tu yg nak belaja masak ni...

Dengan muka ketat, tension, dan ketegangan... maka, mulakan operasi memasak walaupun dalam hati Ann nak je sumpah kakngah jadi senduk supaya dia tak membebel!!!


kakngah : ko nak bagi mati ke semua orang??? bagi makan kari punya pekat. Santan banyak tak elok tau!!! boleh kena darah tinggi, sakit jantung, kolesterol tinggi!!!

Ann : ( sumpah lillah takde niat nak bunuh sape-sape )


Kakngah : kobis tu masak lama sikit sebab keras tapi jangan bagi dia lembik sgt lak... hilang semua khasiat...

Ann : ( oooo kira tengah-tengah lah tu tak keras tak lembik! )

Kakngah : Asal ko masak nasi sikit sangat!!!! kan ayah ngan aunty ( selaku ibu tiri ) nak balik makan nanti. Ko makan je dah setengah periuk!!!

Ann : ( nampak bebenar nipunyeeeerr! aku tak makan banyak. Ko makan lagi banyak! )


^
^
^
This is what we call as MULTITASKING!!!

Arwah mama selalu ajar, buat keje kena berhemah. Jerang nasi dulu, sementara nak tunggu nasi masak, kita bolehlah masak lauk pauk. Apabila lauk pauk sudah di masak TARAAA!!! Nasi pun sedia dimasak. Hehehe...

  • Suddenly i miss her so so much!!! hargailah ibu dan bapa anda selagi mereka ada. Semoga Ramadhan kali ini membawa sinar kebahagiaan dan seribu erti buat diriku. Sudah dua kali Ramadhan tanpa dia. =,(


Perlu ke perjumpaan malam ni...???


Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!
Haha...kengkawan inilah family kedua Ann di Kolej Za'ba. Kan Ann pernah cakap yg Ann baru pulang dari berkampung di kolej Za'ba selama sebulan kan kan kan...ingat tak? Kalau tak ingat sila scroll ke bawah untuk baca entry sebelum ni. hehehe...

So, inilah suasananya dikala menunggu meeting bermula. Macam-macam benda yg diorang buat. Senang citer memang meriah lah. Bak kata sahabat Ann si saudara Ammar tu, aku terasa macam suasana raya duk sini tak stress pun walaupun koje melambak bak gunung kinabalu... haaaa... tu dia!!! Kelainan daripada kami kepimpinan JMK terbaru ni. Tak yahlah stress-stress ni, nanti nak buat keje pun menyampah kan. Relax sudah tapi keje gempakkkkk!!! Hahaha.

Ya Rabbi...belum lagi Ann rakam time kiteorang melantak. Kalau korang nak tahu, setiap kali kami habis meeting mesti ada makanan (jamuan) ish...habis meeting serbu makanan dulu. Iyolah hah, loteh membebel dalam meeting kan. Nak dongar makcik pakcik beleter, bila telinga dah panasssss, haruslah menjamu selera. Hehehe...

Sayang kamu semua daaaaa!!!

* sahabat sentiasa ada dikala susah dan senang =,)

Monday, August 8, 2011

1st Time Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!. Hahaha... Kengkawan itu adalah jeritan kepuasan sebab Ann dah pun pulang ke Kampung halaman setelah 'berkampung' di Kolej Za'ba selama satu bulan menyiapkan tugasan-tugasan yg melambak tahap ghaban!!! HUH! namun, masih ada kerja-kerja yg berbaki, tapi tetap lega sebab banyak juga yg telah diselesaikan. Syukur Alhamdulillah.

So, it's time to story morry!! hehe. alkisahnya begini, Pada Sabtu lepas Ann dan barisan JMK telah mengadakan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Hah, kengkawan, time bulan mulia ni lah dapat kesempatan bersama mereka. Pergh... korang nak tahu tak...Ann rasa anak-anak yatim ni lagi sibuk and galmour dari artis di luar sana tu. Mana taknya pergh!!! jadual berbuka pose mereka sangat padat. Minggu ni berbuka dengan ADUN, esok lusa dengan jabatan ni jabatan tu kementerian ni kementerian tu. Wahhh... memang bertuah mereka. Itulah yg dikatakan rezeki dari Ilahi.

Serius bahawasanya Ann memang teruja dapat bersama anak-anak yatim dan miskin Sabak Bernam, Selangor. Walaupun hanya program sehari bersama mereka, pengalaman tersebut meninggalkan kenangan yang manis dan indah sekali. Huahuahua... rindu sangat sama mereka.

Sooo it's time to share Photosss!!!


Hah, kalau korang nak tahu adik di sebelah Ann tu, nama dia Liza. Time ni, Ann tengah kendalikan slot ice breaking. Ann jemput Liza kedepan sebab dia ni nampak lincah dan ceria. Setiap soalan yg Ann ajukan dia jawab dengan penuh bertenaga biarpun salah... hahahaha. Aikkk bila dah panggil ke depan malu-malu kucing lak dia. Sepanjang program ni berlangsung adik-adik comel ni panggil kami dengan gelaran cikgu. Hehe bajet dah cikgu lah kan.

Ann : Adik-adik semua boleh panggil saya Cikgu Siti. Panggil saya ape adik-adik???

Adik-adik : Cikgu Sitiiiiiiiiiiii....

Ann : Hehe pandaiiiii...


Cikgu Syamin yg diminati oleh adik-adik comeL =,)


You're Loser!!! Haha...eh tak tak bukan tu yg kiteorg maksudkan. Tapi kami sedang mencari mereka yg mempunyai saiz baju L. Si Cikgu Fauzi lupa nak bagi nama untuk game ni...jadi Cikgu Siti bagi nama game ni 'lari lari cari kawan' hahaha.


Si ComEl... alolololo...=,)
(gambar bawah )






Taraaaa...!! Sesi bergambar beramai-ramai. Ish, macam semut kan, semua orang kecik-kecik jer.


Memang seronok kenangan 1st time bersama anak-anak yatim di bulan Ramadhan yg mulia ini. Harap sangat dapat melalui pengalaman ini lagi. Macam-macam kisah suka duka yg adik-adik ni telah ceritakan kepada Ann dalam masa sehari. Kalau Ann diberikan kesempatan lebih lama bersama mereka, pasti banyak lagi yg mereka ingin luahkan. Sayang mereka semua! Kengkawan sayangilah anak-anak yatim ini kerana mereka sangat istimewa. =,) Ann memahami isi hati mereka kerana Ann juga seperti mereka....

  • ikhlas dalam setiap apa yg kita lakukan...luv Ann!