Saturday, May 26, 2012

Anda Tak Patut Bersedih, Tapi Dia Patut...


Assalamualaikum and salam sayang!

Selamat berpetang-petang. Kita layan dulu lagu ni...


Pernah tak siapa-siapa memberitahu anda bahawa anda tidak patut bersedih apabila sedang berputus cinta atau lamaran anda ditolak, cinta tak berbalas lah and what so ever lah. Pernah tak? Pernah tak? Kalau pernah baguslah! memang itupun yang anda harus lakukan. Anda tak patut bersedih seandainya cinta anda ditolak atau bak kata nenek aku lah, bertepok sebelah tangan gitu... hah, cuba tepok sebelah tangan! bunyi tak? tak kan? Boleh bunyi kalau tangan tu tepok dengan meja ( menepok meja hehe )

Kepada kawan-kawan di luar sana yang mana mungkin hari ini hati anda telah dilukai oleh seseorang, kerana buah hati yang menjadi pujaan anda menolak cinta anda, bersabarlah dan anda ialah insan yang perlu bergembira. Hahhhh tu diaaaa.... nape pulak nak bergembira Cikgu Ann...??? Sebabnya cinta anda ditolak oleh insan yang tidak mencintai anda. So, kenapa nak buang masa bersedih untuk dia yang tidak mencintai kita kan! Orang yang sebenar-benarnya patut bersedih ialah dia yang menolak cinta anda, kerana dia kehilangan orang yang mencintai dirinya tetapi anda? Anda kehilangan orang yang tidak mencintai diri anda! Jadi siapakah yang harus bersedih?! You get it? Yessss... hehehe... 

Lepas ni jangan duk sedih-sedih lagi naaa...dan bolehlah anda pergi bagi tahu kat insan yang menolak cinta anda itu " Hello!!! Kau rugi sebab menolak diriku yg amat mencintai dirimu...Kau akan menyesal...Cukup!," Hahaha...Lepas dah cakap tu terus beredar dengan segera. Lepas 10 saat toleh ke bebelakang, berikan jelingan yg tajam dan confident giler. Perghhhh... confirm kata-kata dan jelingan anda itu menyusuk ke kalbunya. Nasib tak baik ( dialah yg tak bernasib baik tu ), dia terus menitiskan air mata, lalu anda pun mainkan lagu " Sudah Cukup Sudah oleh - Nirwana Band," memang macam drama sangat-sangat.

Tapi kalau nasib anda yang tak baik, toleh belakang tengok dia blah macam tu jer... apa lagi,.... muktamad jangan difikrkan lagi insan itu! Nyah kau dari hidupku!!! Tambah teruk lagi nasib anda kalau-kalau apabila toleh ke belakang ehhhh... dia bersama perempuan lain... Hah yang tu anda patut lari laju-laju!!! Nak pergi mana Cikgu Ann??? Eh, tanya pulak...balik rumah lah dan bergembiralah, sebab jawapan ada di depan mata terang lagikan bersuluh, dia tidak mencintai anda. Hehehe... Hello, Chill lah kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum... =,) Cikgu Ann kan ada! hehe...

Berikut ialah tip-tip menghadapi keadaan kronik apabila putus cinta!!!

  1. Pertama dan selamanya, dekatkan diri dengan Allah s.w.t
  2. Luaskan pergaulan. Tambah kenalan baharu. 
  3. Dapatkan moral support daripada family and kawan-kawan
  4. Berfikiran positif
  5. Lakukan aktiviti yang sihat seperti berpersatuan
  6. Doa dan tawakal agar diketemukan dengan jodoh yang baik.
Jangan luahkan perasaan, mengutuk, atau mencaci di Facebook tentang perasaan anda ketika putus cinta - elakkan diri anda daripada dieksploitasi di laman sosial.

Sekian. Selamat Beramal =,) <3


Wednesday, May 2, 2012

Menang Award Gituuu... =)

Assalamualaikum and Salam sayang !
Hai, hari tu ada seorang sahabat ni, terserempak dengan aku kat  kafeteria kampus baharu, UPSI. Time tu aku baru saje nak lepak-lepak minum teh tarik kan. Sejak bila aku suka minum teh tarik pun aku tak tau lah. Hahaha... saje duduk-duduk hilangkan keletihan sebelum menyambung kuliah seterusnya. Sahabat ni bertanyalah kat aku, "kenapa kat blog Kak Melur ( aku lah tu ) Kak Melur guna kata ganti nama diri 'Aku'?," montang-montanglah ekau ambik kursus BM ekkk skema giler soalan tu... "Kan sebelum ni Kak Melur bahasakan diri Ann"? Nape tukar? nape tukar? ni mesti Kak Melur mengalami kecelaruan identiti kan!


"Eh, suko ati ekau nuduh aku cam tu...", Berkata aku kepada si sahabat ni ( dalam hati je lah )
Actually, aku ni ada banyak nama samaran atau dengan kata lain nama glamourrrr hahaha... glamour lah sgtttt kan. Kalau kat Kolej Za'ba ni, aku popular dengan nama Kak Melur. Kalau kat kampus lak orang panggil aku Fairoz atau Siti dan beberapa INSAN ISTIMEWA memanggil Ann. Macam mana lak aku boleh dapat nama-nama ni??? hah... tu kena baca entry yg akan datang nanti. Memandangkan aku ada banyak nama, emmm, untuk memastikan hubungan atau connection itu lebih rapat dan dekat  dengan para pembaca yg mengenali diri ini di blog Cikgu Ann, aku pun membuat keputusan untuk membahasa bahasi diri ini "Aku" so fair lah kan... tak kesahlah korang nak panggil Kak Melur ke, Siti ke, Fairoz ke, or Ann ke...tapi dalam entry-entryku ini aku tetap aku...hahaha sebenarnya aku pun confuse apalahhh yg aku nak sampaikan ni...I mean, 'aku' itu mewakili Kak Melur, Siti, Fairoz, dan Ann... cehhhh paham tak? Buat-buatlah paham ya....=)


Semalam aku telah menghadiri Malam Anugerah Kecemerlangan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej-kolej Kediaman UPSI. Alhamdulillah, cepat masa berlalu dan telah sampai pun satu penggal aku berkhidmat dalam JMKZ ini sebagai Setiausaha. Alhamdulillah sekali lagi, aku telah dinobatkan sebagai Pemimpin Wanita Cemerlang 2011/2012. Tahniah! tahniah! hahaha...kalau bukan kita yg ucapkan tahniah kepada diri kita sendiri terlebih dahulu siapa lagi kan kan kan! Yang tak boleh tahan tu..."Wanita" hemmmm terasa diri ini sangat mulia... =)




Kepimpinan yg terbaik bermula dari dalam diri kita sendiri!


Alhamdulillah...TQVM to Allah s.w.t and to all my supporters ( My beloved family, friends, teachers, Dr.M.Zahuri, and to all  Kolej Za'ba staff )
Jom makan! lapar lah...cau dulu ek. (^____^)