Wednesday, November 28, 2012

Siapa Aku Before Herbalife... =,)


Hi and Assalamualaikum...
Foto kat atas ni semasa usia aku 20tahun, waktu ni aku masih di semester1 iaitu tahun pertama aku di UPSI tercinta. Selain tu jugak, foto ni diambil before aku sakit. Berat badan aku pada masa ni kira-kira 60kg. Bagi perempuan yang berketinggian 160cm, ia dah terlebih berat, banyak lemak, dan peha aku besar, oh mannnn peha yg besar adalah perkara yg paling annoying giler bagi aku. Time tu, aku mesti malu nak duduk atas kerusi, sebab kalau duduk atas kerusi memang jelas dan nyata boleh nampak peha yg besar especially time pakai seluar jeanssss.... SETUJU???? sesape yg peha dia besar silalah setuju dengan aku. kan kan kan.. hehe..  


Huhu...next! yeahhh ni pulak semasa aku semester 2, foto ni diambil time hari raya Aidilfitri2010. Waktu ni, berat dah naik kepada 63kg hehe... hati senang kuttt so, asik makan jerrrr. Buktinya, pipi aku sangatttt TEMBAM, " camera focus pada pipi pleassseee (((-___-))) " Ada orang kata, it's ok Fairoz, kau nampak cOmel sangat, pipi kau macam penyanyi tradisional sorang tuu emmm... yeahhh... NORANIZA IDRIS, ala ala bujur sirih gitu... Disebabkan pujian terlAmpauuu oleh kawan-kawan aku, aku teruskan perjuangan aku untuk besarkan badan tanpa hiraukan alam sekeliling...SADIS KANNN!!! maka dengan itu, bumi pun menjadi semakin berat dengan orang-orang yg tambah berat seperti aku.


TARAAAAA.... !!! say WooooOOOwww... pada zaman kegemilangan ni, berat aku 65kg, Ehem... serius aku bagi tahu korang, aku tak ada banyak gambar time debab-debab ni, sama ada aku DELETED atau pun aku EDIT supaya nampak kurus. Aku sangat sangat benci melihat gambar aku yg banyak lemak sana sini. Thank God! ada dua keping gambar ni UNEDITED PHOTO!!!  Sila fokus pada lengan yg besar, pipi yg chubby, erghhhh....plus aku ada masalah peha besar, perut buncit, selulit. Anndddd... bermula pada Disember2011 aku mengalami kehilangan darah yang banyak melalui kedatangan period yang tidak berhenti selama 6bulan, pada bulan ke-5 muka mulai pucat, buah pinggang aku mulai sakit. Apabila aku nak terbersin atau terbatuk aku mesti tutup mulut aku kuat-kuat sebab nak tahan daripada sakit di bahagian buah pinggang apabila aku terbersin atau terbatuk. Selain tu juga, apabila aku nak tidur, aku akan tidur lurus dan tegak, kalau tergerak kiri dan kanan, ia menyebabkan buah pinggang aku sakit.

Aku pernah pergi berjumpa dengan doktor tapi, doktor hanya beritahu aku bahawa perkara tersebut adalah masalah ketidakstabilan hormon. aku pergi berjumpa dengan doktor sampai 3kali, dan kali ketiga doktor berikan ubat berhentikan darah untuk dihabiskan selama 5hari. Setelah 5hari, pil tu pun habis ditelan oleh aku, keesokan harinya, darah yg sudah berhenti selama 5hari apabila aku ambil pil tersebut, akhirnya keluar mencurah-curah seperti orang keguguran...pernahkah anda melihat keadaan wanita mengandung yg keguguran??? bukan kucing keguguran atau seumpama dengannya ya... wanita!!! Aku rasa amat amat TERTEKAN... aku pun pergi ke toilet untuk bersihkan darah aku, dan aku dapati pada seluar dalam aku terdapat seperti darah beku yg sebesar tapak tangan aku. Perasaan yg aku boleh gambarkan pada ketika itu... BINGUNG, TERTEKAN, STRESS... Tertekan dengan Stress tak sama kerrr???

Besides that, aku juga mempunyai masalah senggugut yg amat serius. Kalau time period, banyak kali skip kelas. Perut aku sangat sakit, aku sampai terpaksa ikat perut aku dengan kain untuk tahan sakit, muka berpeluh-peluh walaupun pasang kipas laju-laju selaju 180km/j, duduk dalam bilik berhawa dingin pun aku tetap berpeluh, mana peluh tu datang pun aku tak tahu... Kalau time nak exam... lagi lah... aku terpaksa telah pil penahan sakit yg perempuan-perempuan time period selalu beli. Pil tu TAK BAGUS okay... I repeat... TAK BAGUS... kepada perempuan di luar sana please kalau sayangkan diri awak, elak lah daripada terbiasa mengambil pil penahan sakit untuk period tu ( apatah namanya...) coz ia akan datangkan side effect yg berbahaya kepada kesihatan anda....



Alhamdulillah... dikala aku sudah berputus asa untuk hidup... Allah tidak pernah berputus asa memberikan HARAPAN kepada hamba Dia yg lemah ini. Pada suatu malam, aku berdoa kepada Allah...

" jika ini cara Kau akan menjemput aku, redha dan pasrahkan hatiku wahai Tuhanku, Allah pemilik nyawaku..." Pada saat ini, aku amat merindui mama, aku terfikir kalau aku pergi hari ini, pasti aku boleh bersama-sama dengan mama di sana, terubatlah rindu yg telah lama terpendam di hati ini. 

Anyway, kawan-kawan dan kepada pembaca yg budiman... Dalam hidup ni, kita selalu terlupa akan perancangan Allah. Kita merancang dan Allah pun merancang, sesungguhnya perancangan Allah tu lebih baik. Alhamdulillah... aku bertemu dengan sponsor aku, Zharif yg telah memperkenalkan aku dengan Herbalife. Selepas seminggu menggunakan produk, darah period yg keluar tanpa henti akhirnya telah berhenti, tiada lagi rasa sakit pada bahagian buah pinggang, tiada lagi masalah period pain yg amat serius, Alhamdulillah... aku telah turun kepada 57kg sekarang!!! =,) sihat dan cergas.



Terima kasih kepada Zharif yg telah memperkenalkan HERBALIFE kepada aku. Gambar ni diambil daripada Big Event oleh Herbalife iaitu Zero2Hero... ini adalah Zero2Hero aku yg pertama pada bulan 7/2012... After Zero2Hero, event yg banyak mengubah hidup insan biasa menjadi luar biasa, Alhamdulillah, after my 1st Zero2Hero income aku dalam Herbalife mencecah RM4388.00 -____-

Apabila orang ramai bertanya kepada aku, 

" Sampai bila kau nak buat Herbalife ni Fairoz...???" - sampai bila-bila, kerana bagi aku bekerja sebagai Coach Kesihatan Herbalife adalah sangat mulia dengan membantu ramai orang menjadi sihat, ceria, dan punyai harapan baru dalam hidup mereka...

" Sampai bila kau nak makan produk ni Fairoz...??? " -  Insya Allah selagi hayat dikandung badan, benda yg baik mengapa perlu ditinggalkan... atau berhenti???

DAN...Aku pula bertanya kepada mereka...

BILAKAH ANDA INGIN MEMULAKAN MAKANAN YG SIHAT UNTUK TUBUH ANDA DEMI KESEJAHTERAAN MASA DEPAN ANDA???

TQ ALLAH, TQ HERBALIFE, TQ ZHARIF... -____-






Sunday, September 16, 2012

Business & Aku ...

Assalamualaikum and salam sayang!

Tiba-tiba aku dapat hidayah nak mengupdate blog hari ini. Setelah sekian lama menyepi akhirnya aku kembali. Tak hilang mana-mana pun. Ada jer kat sini cuma busy dengan business cehhhhh.... dah berapa ribu kau dapat??? Itulah kata-kata hikmat yang sering dilemparkan oleh kakngah aku kepada diri aku. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, saya bukan join skim cepat kaya tetapi saya buat business. Business yang ada produk, kena jual produk, kena jumpa orang, bercakap dengan ramai orang! Dan seriously, ia tak mudah tuan-tuan dan puan-puan namun, ia tidak pula mustahil apabila didorong oleh semangat dan keazaman yang kuat.

Kau ni orang nak buat business kau pun nak buat business!!! tapi menipu! tak kan selamat lah kalau menipu ni. Begitulah tuduhan yang dilemparkan oleh kaklong aku tanpa soal siasat perkara sebenar. Tapi dia tetap beli produk dengan aku, siap mintak harga aku lagi. Si adik ni, langsung tak ambil untung. Takpe kawan-kawan, inilah dugaan dalam berbusiness sebelum kita dimaki oleh orang ramai di luar sana, lebih baik kena maki dengan saudara-mara sendiri. Dapatkan ubat pelali sampai imunnnnnn... Insya_Allah business akan berkembang maju selepas itu. Amin.

Hahhh....ni kau nak ke mana ni??? Pergi rumah nenek buat apa??? Business??? Emmm... kalau kau nak berbusiness ayah memang tak masuk campur! kau nak pergi, pergilah! Ayah memang baik, dia memang tak pernah campur segala urusan aku. Em, ayah dah terlibat dengan banyak business direct selling ni, semuanya menipu. Kalau kau tak percaya, kau buatlah...nanti biar kau sendiri tahu! Ayah ialah orang yang paling aku sayang sebab selalu bagi aku kata-kata semangat yang memang tak pernah aku jangka-jangkakan...

Awak nak join jadi rakan business dengan saya tak? Boleh kita kumpul duit sama-sama, then bolehlah kita berkahwin cepat dan bina keluarga yang bahagia? ...Emmm tak minatlah. Saya ada cara saya yang tersendiri. Tapi saya minat nak jadi life partner awak hehe... itulah kata-kata dari seorang lelaki yang pernah aku minat suatu ketika dahulu dan ingin menjadikan beliau suami aku. Aku pun tunggu nak lihat apakah cara dia yang tersendiri itu... sampai sekarang dia tak buat apa-apa pun. Malah bagi tahu aku, sorry Fairoz saya takde duit dan saya tak dapat nak teruskan hubungan ni. Aku menangis gila-gila, sebab terharu berjumpa dengan lelaki gila macam dia! Takpelah mungkin itu cara dia yang tersendiri.

Kau ni...tak habis-habis Herbalife! Herbalife! Herbalife! asik keluar malam jer, tak payah balik rumah langsunglah! Tapi bila duit sewa rumah tak cukup, Fairozzzzz... boleh tak kau tambahkan duit kau dulu, nanti kami bayar kemudian, kami takde duit nak topup untuk Sida. Dia belum bayar lagi. Apa kata kau dahulukan duit kau k. Kawan-kawan serumah tak kurang hebatnya dalam memberikan semangat kepada aku dalam business ni.

Alhamdulillah...setelah 4bulan dalam HERBALIFE, tanpa pinjam duit siapa-siapa, tanpa pinjam pada ceti haram dan seumpama dengannya aku kini telah menjadi SUPERVISOR dengan usaha dan keazaman aku sendiri. Alhamdulillah, setakat ini untung runcit mencecah RM2000 yang dulu bermula dengan kosong sahaja. So, siapa kata HERBALIFE hanya untuk orang kaya? Hanya untuk orang yang bekerja dan ada gaji? Aku hanyalah student biasa yang takde apa-apa income mampu melakukannya... JIKA SAYA BOLEH MENGAPA TIDAK ANDA?








Sunday, August 5, 2012

Herbalife is Not About Direct Selling But It is Direct Sharing!!!

Assalamualaikum and salam sayang!

Woooowwwww...tanpa disedari aku telah berpuasa selama 16 hari dengan bersahur bersama pakcik shake atau nama glam dia F1 beserta secawan aloe sahaja. Kawan-kawan rumah aku bangun pukul 4.30pg masak tang tung tang... aku cool jer bangun pukul 4.00pagi siap solat dan mengaji sampailah pukul 5.15pg baru pergi masuk dapur and buat shake serta aloe dalam masa 5minit sahaja!!! Alhamdulillah... bertenaga untuk pergi ke sekolah dan mengajar dengan bersemangat. Kawan-kawan yang makan nasi makan itu makan ini sewaktu bersahur, pukul 10pg dah mengadu lapar....ish..ish...ish... Orang Herbalife steady jer...hehehe...

Okay lah aku nak story dengan korang sikit tentang satu hari bersahur bersama family aku. Ayah and Aunty seboklah bersiap-siap kat dapur panaskan lauk, buat air panas, kuih dan sebagainya. Then dah prepare semua, diaorang panggillah aku turun makan. 10 kali panggil aku tak turun-turun sampailah lagi 15minit nak habis waktu, aku turun sediakan shake dan aloe dalam masa 5minit sahaja. Minum, then ambil 400ml air kosong, dah sudah...terus ready untuk solat subuh. Ayah and Aunty pujuk aku untuk makan. Biar betul anak aku ni minum air jerrr...mereka sangat sangat risau kalau-kalau aku pengsan ke dan sebagainya.

Okay, let me tell you guys, kepada makcik-makcik pakcik-pakcik, ayah-ayah dan ibu-ibu sekiranya anda mendapati anak-anak anda sama macam spesies saya ni hehe...i mean dia juga pengguna produk Herbalife, sebenarnya fakta yang anda perlu tahu ialah, 400ml shake > yg diambil oleh anak-anak anda sudah merangkumi sukatan makanan yg dicadangkan oleh doktor dalam piramid makanan tersebut....cukup kandungan karbohidrat, protein, kalsium, dan semualahhhhh...

WOOOOOOWWWWW AMAZING kan kan kan!!!

 

Sama dengan sebotol shaker di bawah ini !!!



Dannnn... saya tak pernah pengsan pun sepertimana yg ayah saya selalu cakap, hahhhh... kau minum air je ni, nanti pengsan ayah tak tau...syukur alhamdulillah dah 16 hari puasa bersama shake tak pengsan dan pening malah rasa sihat dan cergas!!!! ...=,) 

TAK PERCAYA??? EMMM CUBALAH SENDIRI!

Semua pengedar herbalife ialah pengguna produk herbalife!!!


Satu lagi fakta yang anda perlu tahu ialah, semua pengedar Herbalife ialah pengguna Herbalife. Sebelum kami suruh orang lain jaga kesihatan mereka, kami mengutamakan diri kami dahulu dengan mencuba keberkesanan produk ini...Afterwards, kami share dengan orang lain apa yang kami rasa setelah kami menggunakan produk ini. That is why i'm telling you that WE ARE DIRECT SHARING NOT DIRECT SELLING. 

Sebab itu juga, kami tidak akan dan tidak pernah memaksa siapa-siapa untuk membeli produk Herbalife. Customers kami, yang membeli produk daripada kami ialah mereka yang sangattttttt TERUJA dengan perkongsian kami tentang produk luar biasa ini!!!! 

Mereka di bawah ini ialah distributor Herbalife dan mereka juga merupakan pengguna tegar Herbalife =,)

THE MORE YOU SHARE THE MORE YOU GET =)






Berat badan dah turun 6kg, Tiada period pain 


Disebabkan keyakinan kami terhadap produk ini, maka kami bersatu menjadi satu team bekerjasama dengan misi yang sama untuk menyebarkan kehebatan nutrisi Herbalife ini...Here we are =)

Selepas menggunakan produk Herbalife, ceeehhhhh mereka mereka telah pandai bergaya nampaknyaaa hehe...


Oleh sebab kami pemalu... maka, gambar kami jadi kecik hehe...

Thank you Allah, Thank you Herbalife, and a Big thankssss forever to my sponsor Adik Zharif.


Nak jadi seperti kami juga? Ingin Ubah Gaya Hidup Anda? 
Ask Me How???


Boleh inbox saya di 
http://www.facebook.com/annfairoz
atau hubungi saya di
013-4695255






Wednesday, July 11, 2012

MY "WHY HERBALIFE" - Part 1

Assalamualaikum and salam sayang!

Hai, lama sudah aku tak update blog ini. Lebih-lebih lagi sejak berpraktikum. Mengajar dan mendidik memang bukan perkara yang mudah. Letih dengan kerenah murid-murid nak lagi dapat pulak sekolah yang mencatatkan masalah disiplin yang agak tinggi di kawasan ini. Minggu pertama masuk sekolah dah kena ugut dengan murid-murid. Memang tak cool langsung. Hemmm... nasib baik aku ditemani oleh Herbalife. Yes, Herbalife! Anda pernah dengar tentang Herbalife? Produk kesihatan yang lengkap dengan nutrisi yang luar biasa untuk tubuh badan yang produktif. Kalau anda telah mengambil Herbalife hari ini, tahniah! kepada yang tak tahu apakah jenis binatangkah Herbalife ini, boleh ikuti kisah aku ni. Shhhuuuu...continue reading...


MY ' WHY HERBALIFE ! '

Pada tahun lepas Disember 2011, aku mengalami pendarahan yang serius melalui kedatangan period yang tidak berhenti sehinggalah awal bulan Jun 2012. Aku pun pergilah berjumpa dengan doktor di sebuah klinik yang tak berapa terkemuka, doktor cuma beritahu bahawa itu merupakan perkara biasa, elehhh umur awak kan dah nak masuk 23tahun so, it's just something about perubahan or ketidakstabilan hormon...kata doktor tu. Aku tak pasti doktor tu dah habis belajar atau belum. After that, aku dapati darah aku tak berhenti, terus keluar dan kuantitinya semakin banyak. Dalam sehari kena tukar tuala wanita berkali-kali adalahhhh dalam 8kali. 

So, budget pun semakin lari...maklumlah nama je tuala wanita dan letakknya di tempat yang orang tak nampak tapiiiii harga diaaaa....kalau sebulan kena beli sampai 2 pack 30maxi overnight bayangkan lahhhhh....Aku pun jadi semakin stress, sampai bulan keenam iaitu pada Mei 2012, kawan-kawan mula tegur muka aku nampak pucat giler. Then, aku mula mengalami kesakitan pada bahagian buah pinggang, pundi kencing, and rahim. Pada suatu hari aku sedang duduki peperiksaan final untuk semester 6 yang lalu, sedang aku menjawab soalan peperiksaan, darah aku keluar bagaikan air kencing dan tak mampu nak tertahan. Habis basah kain aku, tapi aku buat dekkk jer, teruskan menjawab paper dalam keadaan berpeluh-peluh, gelisah, dan tak tentu arah. Oh mannnn.... macam mana aku nak bangun dari dewan ni??? Tamat je peperiksaan, terus aku bergegas ke toilet. Perkara demikian terus berulang dan berulang sampailah tubuh badan aku semakin lesu.

Akhirnya, doktor buatkan satu temujanji dengan doktor pakar di Hospital Besar Slim River. Pada saat itu, aku ingatkan aku akan mati. Oh, ajal aku dah semakin tiba, hati mula rasa hiba, mungkin sudah tiba masanya giliran aku menemui Allah. Itulah yang aku rasakan kawan-kawan. Menunggu giliran untuk mati. Bagi aku, pengalaman tu merupakan satu nikmat yang tak ternilai besarnya. Anda pernah rasa bagaimana menanti ajal tiba???  Saya telah merasakannya, dan perkara itu membuatkan saya berasa syukur yang menggunung kerana masih diberikan nikmat untuk bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah... Thank you Allah!

3 minggu sebelum temujanji bersama doktor pakar, Allah telah menemukan aku dengan seorang insan ini. Dia junior aku di UPSI. Kami kenal sewaktu minggu orientasi kolej. Namanya Zharif. Zharif lah, yang memperkenalkan aku dengan produk luar biasa hebat ini iaitu Herbalife! Aku ikut dan patuh aturan pemakanannya sepertimana yang disuruh oleh Zharif. Pada minggu pertama makan, kesakitan yang aku alami pada bahagian rahim, buah pinggang, dan pundi kenci aku tidak lagi aku rasakan. Badan mula rasa sihat dan cergas! Darah mula mengalir dengan baik ke seluruh bahagian anggota badan. Muka tak pucat lagi. Minggu kedua minum Herbalife, berat badan aku semakin turun, kelihatan lebih slim gitu. Alhamdulillah, darah aku pun berhenti akhirnya. Syukur yang tak terkira. Akhirnya, tibalah saat temujanji bersama doktor pakar. Doktor pun melakukan pemeriksaan ke atasku, scan dan sebagainya...Alhamdulillah...doktor kata aku sihat belaka!!!! =)


Kiri ( Sebelum ) 65kg  
Kanan ( Selepas ) 60kg

Aku turun 5kg dalam masa sebulan. Alhamdulillah...badan terasa lebih ringan dan cergas. Luar biasa kan! Aku target, pada awal bulan Ogos ini berat aku akan mencecah 54kg iaitu berat ideal untuk tubuh badan aku  Hehehehe... 


Tu diaaa... ni lah sponsor aku merangkap junior aku kat UPSI yang berlagak habis...." Haaaaa... kan saya dah kata akak...Harbalife memang luar biasa!!! " ....


google photo


Di atas ini ialah set yang amat sesuai untuk semua orang yang baru nak berjinak dengan Herbalife. Botol besar tu nama glamour dia ( F1 ) / Shake yang kedua tu...protein ( F3 ) dan akhir sekali tu tea yang memang luar biasa dan masing-masing mempunyai kelebihan dan fungsi tersendiri dalam membekalkan nutrisi yang lengkap kepada tubuh badan kita!


Untuk makluman korang ini baru  MY 'WHY HERBALIFE' yang pertama...ada banyak sebab lain yang akan membuatkan anda berasa teruja dan ingin bersama-sama seperti aku!!! tak percaya? anda akan percaya juga kalau bukan hari ini...esok...dan akan datang.... 








Ingin Ubah hidup anda untuk menjadi lebih baik, hebat, dan luar biasa.... 
Ask Me How?


Boleh inbox saya di
http://www.facebook.com/annfairoz


atau hubungi saya di 


013-4695255












Tuesday, June 12, 2012

Alkisah Nak Berpraktikum niiii...

Assalamualaikum and salam sayang!

Alhamdulillah...syukur... selesai sudah exam finalku. Dah semester 6 ni rasa biasa-biasa je kalau dah habis exam. Tak macam zaman semester muda-muda dulu, kalau dah habis exam final tu, Ya Allah... rasa dia macam  dapat terbang ke langit. Nak lagi semasa tahun pertama, terloncat-loncat macam beruk pun ada gak. Haha...maklumlah tak matang kan. Sekarang dah matang kerrr??? haaaa... tu diaaa matang lah sangat! Pejam celik-pejam celik dah pun semester 6, maknanya dah pun mencapai 3 tahun aku belajaq kat UPSI tercinta ini. Walaupun, ramai kata UPSI ni Universiti Pencarian Suami Isteri...Aku tak setuju! tak setuju! tak setuju! Sebab dari awal aku jejakkan ibu jari kaki aku kat UPSI ni, tak ada seekor kumbang pun yang aku berkenan. Ada gak mencari tapiiiii... 1000 kali tapiiii...maka arakiannya masih solo. Takmaulah citer pasal tu...anyway congratulations to all kawan-kawan yang selamat mendirikan rumah tangga.... eeeaawwww.... awalnya.. Alhamdulillah...jodoh sudah sampailah katakan.

Kawan aku kata, aku ni masuk universiti untuk masuk ke sekolah! "Tengok macam aku, aku belajaq kat 'U' keluar nanti masuk bank, ada air-cond, kerusi selesa, gaji pun besaqqqq! Hang!?" - kata kawanku yang cakap memang macam nak mintak sup sandal ayam. 

Ya, memang aku berpenat lelah di universiti ini untuk masuk ke sekolah. Aku tahu semua orang pernah masuk sekolah kan kan kan... tolak nenek moyang yang tak sempat belajaq tu, aku rasa semua orang pernah masuk sekolah. Cuma kali ini, puan-puan, tuan-tuan sekalian alam, saya akan masuk ke sekolah bukan sebagai murid atau kena repeat sekolah ya...tetapi masuknya sekali lagi saya ke sekolah untuk satu misi dan visi dalam usaha mendidik anak-anak bangsa kita. Cehhhh...tiap kali diriku dicaci dan dicerca mulalah nilai patriotik dalam diri aku menggeledak keluar entah dari mana pun aku tak tahu. Adakala aku pun tak tahu macam mana aku boleh keluarkan kata-kata macam tu... hahahahaha...Bukan seperti lagu Najwa latif - Kosong..."segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatkan diriku rasa kosong! kosong! kosong! " Ahhh...persetankan! huhu...

Aku ada masa seminggu sahaja lagi untuk persiapan praktikum yang akan bermula pada 25jun2012 ini. Adakah aku telah bersedia??? Serius takut nak pergi sekolah untuk mengajar...Bolehkah diriku ini? Boleh tak boleh kau memang tak boleh nak buat apa-apa Cikgu Ann! Kau harus redah belukar itu juga...Setiap malam aku bermimpi dapat pengetua garang mengalahkan singa jadian, guru penolong kanan yang suka membuli macam citer dalam KL Gangster, guru-guru lain yang tak nak kawan dengan aku, dan murid-murid macam hantu jadian...Lepas terjaga dari mimpi cepat-cepat aku istighfar lalu terjun masuk kolam mandi. Pernah mandi dalam baldi tak? Hah, tulah kolam mandi aku sepanjang 3 tahun kat UPSI ni... 

Wahai sekolah yang tercinta...kuseru namamu SMJK ( C ) Ayer Tawar, Manjung, Perak, Darul Ridzuan.
Murid-murid cikgu nantikan kemunculan cikgu ya! Tolong jangan nakal-nakal dalam kelas cikgu, kelas lain takpe....=,)

google picture

Tidak mengenal warna kulit, bangsa, bahasa, dan agama, mahupun fahaman politik, harusku teruskan usaha mendidik mereka seikhlas hati nawaitu kerana Allah!

google picture



Seriuslah, macam tak percaya...aku akan ke sekolah pada minggu hadapan. Macam-macam rasa yang aku rasa. Pernah makan rojak tak? lepas tu korang confuse nak makan yang mana satu dulu, timun ke...sengkuang ke...mi dulu ke... hah macam tu lah perasaan aku. Excited pun ada!!!  =,) 4 bulan jer Cikgu Ann cool lah beb! mesti seronoknyer lah... hehe pujuk hati sendiri yang semakin berdebar lebih daripada kawan aku yang akan dirikan rumah tangga....

Orite, nantikan pengalaman-pengalaman yang pasti menyeronokan untuk aku kongsikan dengan korang semua semasa berpraktikum nanti...TQVM! Daaaaa....




Saturday, May 26, 2012

Anda Tak Patut Bersedih, Tapi Dia Patut...


Assalamualaikum and salam sayang!

Selamat berpetang-petang. Kita layan dulu lagu ni...


Pernah tak siapa-siapa memberitahu anda bahawa anda tidak patut bersedih apabila sedang berputus cinta atau lamaran anda ditolak, cinta tak berbalas lah and what so ever lah. Pernah tak? Pernah tak? Kalau pernah baguslah! memang itupun yang anda harus lakukan. Anda tak patut bersedih seandainya cinta anda ditolak atau bak kata nenek aku lah, bertepok sebelah tangan gitu... hah, cuba tepok sebelah tangan! bunyi tak? tak kan? Boleh bunyi kalau tangan tu tepok dengan meja ( menepok meja hehe )

Kepada kawan-kawan di luar sana yang mana mungkin hari ini hati anda telah dilukai oleh seseorang, kerana buah hati yang menjadi pujaan anda menolak cinta anda, bersabarlah dan anda ialah insan yang perlu bergembira. Hahhhh tu diaaaa.... nape pulak nak bergembira Cikgu Ann...??? Sebabnya cinta anda ditolak oleh insan yang tidak mencintai anda. So, kenapa nak buang masa bersedih untuk dia yang tidak mencintai kita kan! Orang yang sebenar-benarnya patut bersedih ialah dia yang menolak cinta anda, kerana dia kehilangan orang yang mencintai dirinya tetapi anda? Anda kehilangan orang yang tidak mencintai diri anda! Jadi siapakah yang harus bersedih?! You get it? Yessss... hehehe... 

Lepas ni jangan duk sedih-sedih lagi naaa...dan bolehlah anda pergi bagi tahu kat insan yang menolak cinta anda itu " Hello!!! Kau rugi sebab menolak diriku yg amat mencintai dirimu...Kau akan menyesal...Cukup!," Hahaha...Lepas dah cakap tu terus beredar dengan segera. Lepas 10 saat toleh ke bebelakang, berikan jelingan yg tajam dan confident giler. Perghhhh... confirm kata-kata dan jelingan anda itu menyusuk ke kalbunya. Nasib tak baik ( dialah yg tak bernasib baik tu ), dia terus menitiskan air mata, lalu anda pun mainkan lagu " Sudah Cukup Sudah oleh - Nirwana Band," memang macam drama sangat-sangat.

Tapi kalau nasib anda yang tak baik, toleh belakang tengok dia blah macam tu jer... apa lagi,.... muktamad jangan difikrkan lagi insan itu! Nyah kau dari hidupku!!! Tambah teruk lagi nasib anda kalau-kalau apabila toleh ke belakang ehhhh... dia bersama perempuan lain... Hah yang tu anda patut lari laju-laju!!! Nak pergi mana Cikgu Ann??? Eh, tanya pulak...balik rumah lah dan bergembiralah, sebab jawapan ada di depan mata terang lagikan bersuluh, dia tidak mencintai anda. Hehehe... Hello, Chill lah kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum... =,) Cikgu Ann kan ada! hehe...

Berikut ialah tip-tip menghadapi keadaan kronik apabila putus cinta!!!

  1. Pertama dan selamanya, dekatkan diri dengan Allah s.w.t
  2. Luaskan pergaulan. Tambah kenalan baharu. 
  3. Dapatkan moral support daripada family and kawan-kawan
  4. Berfikiran positif
  5. Lakukan aktiviti yang sihat seperti berpersatuan
  6. Doa dan tawakal agar diketemukan dengan jodoh yang baik.
Jangan luahkan perasaan, mengutuk, atau mencaci di Facebook tentang perasaan anda ketika putus cinta - elakkan diri anda daripada dieksploitasi di laman sosial.

Sekian. Selamat Beramal =,) <3


Wednesday, May 2, 2012

Menang Award Gituuu... =)

Assalamualaikum and Salam sayang !
Hai, hari tu ada seorang sahabat ni, terserempak dengan aku kat  kafeteria kampus baharu, UPSI. Time tu aku baru saje nak lepak-lepak minum teh tarik kan. Sejak bila aku suka minum teh tarik pun aku tak tau lah. Hahaha... saje duduk-duduk hilangkan keletihan sebelum menyambung kuliah seterusnya. Sahabat ni bertanyalah kat aku, "kenapa kat blog Kak Melur ( aku lah tu ) Kak Melur guna kata ganti nama diri 'Aku'?," montang-montanglah ekau ambik kursus BM ekkk skema giler soalan tu... "Kan sebelum ni Kak Melur bahasakan diri Ann"? Nape tukar? nape tukar? ni mesti Kak Melur mengalami kecelaruan identiti kan!


"Eh, suko ati ekau nuduh aku cam tu...", Berkata aku kepada si sahabat ni ( dalam hati je lah )
Actually, aku ni ada banyak nama samaran atau dengan kata lain nama glamourrrr hahaha... glamour lah sgtttt kan. Kalau kat Kolej Za'ba ni, aku popular dengan nama Kak Melur. Kalau kat kampus lak orang panggil aku Fairoz atau Siti dan beberapa INSAN ISTIMEWA memanggil Ann. Macam mana lak aku boleh dapat nama-nama ni??? hah... tu kena baca entry yg akan datang nanti. Memandangkan aku ada banyak nama, emmm, untuk memastikan hubungan atau connection itu lebih rapat dan dekat  dengan para pembaca yg mengenali diri ini di blog Cikgu Ann, aku pun membuat keputusan untuk membahasa bahasi diri ini "Aku" so fair lah kan... tak kesahlah korang nak panggil Kak Melur ke, Siti ke, Fairoz ke, or Ann ke...tapi dalam entry-entryku ini aku tetap aku...hahaha sebenarnya aku pun confuse apalahhh yg aku nak sampaikan ni...I mean, 'aku' itu mewakili Kak Melur, Siti, Fairoz, dan Ann... cehhhh paham tak? Buat-buatlah paham ya....=)


Semalam aku telah menghadiri Malam Anugerah Kecemerlangan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej-kolej Kediaman UPSI. Alhamdulillah, cepat masa berlalu dan telah sampai pun satu penggal aku berkhidmat dalam JMKZ ini sebagai Setiausaha. Alhamdulillah sekali lagi, aku telah dinobatkan sebagai Pemimpin Wanita Cemerlang 2011/2012. Tahniah! tahniah! hahaha...kalau bukan kita yg ucapkan tahniah kepada diri kita sendiri terlebih dahulu siapa lagi kan kan kan! Yang tak boleh tahan tu..."Wanita" hemmmm terasa diri ini sangat mulia... =)




Kepimpinan yg terbaik bermula dari dalam diri kita sendiri!


Alhamdulillah...TQVM to Allah s.w.t and to all my supporters ( My beloved family, friends, teachers, Dr.M.Zahuri, and to all  Kolej Za'ba staff )
Jom makan! lapar lah...cau dulu ek. (^____^)


Thursday, April 12, 2012

Happy Birthday 23rd

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Ann Siti Fairoz...
Allah selamatkan kamu...

Alhamdulillah, kini aku telah pun mencecah usia 23 tahun pada 7 April yg lepas. Nak kek kat atas ni...nak ada gambar Hello Kitty!!! Emmm... maklumlah dah tua bangka, puas nangis hentak kaki pun meraung berbatu batu boleh dengar punnn takde sape nak layan huahuahua... takde sape ke nak hadiahkan aku kek yg comel macam kat atas tu??? Hah... tak layak kah aku menerimanya lagi...jawab?jawab?....
Aku nak ucapkan thanks a lot to all family members, kengkawan, sahabat handai, dan semua yg wish hepy bezday untuk diriku ini. Hadiah special yg aku dapat tahun ini teddy bear yg amat amat comel... nama dia MR. S hahaha... thank you to my beloved friend Syed Abu Bakar utk teddy bear and KFC tu even kita makan dinner di bawah cahaya kalimantan dan hanya di tepi jalan ( hina sangat kah???? tak kan! ) namun, awak tetap berjaya buat saya terharu dengan keikhlasan awak tu. Friendship forever.
Okay kalau korang perasan kan... aku dah update blog ni punya header, tajuk, and wall dia supaya kelihatan lebih matang sesuai dengan umur aku. Hahaha... aku tahu, sebenarnya aku telah menambah teruk lagi blog aku dengan seni yg memang takde dalam diri aku... by the way aku bangga sebab aku buat sendiri. Daaaaaa....

*Sempat juga akhirnya update blog yg hampir mati ni*