Wednesday, September 14, 2011

Tip mudah atasi masalah putus cinta =,)

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Apakah yg Ann lakukan di kala putus cinta???
Cehhhh...macam dah banyak kali jer putus cinta ni. Hehehehe....
Ya dah 3 kali Ann putus cinta!
Rasanya macam dah cukup makan garam maka dengan itu Ann ingin share kepada kengkawan yg tak cukup makan garam lagi.
Berikut ialah perkara-perkara yg Ann lakukan :

1. Menangis puas-puas selepas solat dan mengadu segalanya kepada Allah s.w.t

* Kelebihannya : Rasa puas hati dan lega giler!!! serius! Kemudian rasa sedikit tenang malah lebih tenang daripada luahkan kepada manusia. ( lakukannya berulang kali sehingga hilang segala kesedihan di hati )


2. Bercakap dengan haiwan kesayangan

* Hari-hari Ann akan bercakap dengan Maimun. Maimun ialah kucing kesayangan Ann. Bulunya lebat bodynya kembang dan montel, comel dan manja.

Kelebihannya : Rasa terhibur!!! sebab dia tak boleh membantah apa yg kita cakap. Dia dengar jerrrr.


3. Elakkan bersendirian

* Ann ajak kawan-kawan keluar g jalan-jalan atau pun duduk tonton tv bersama family. Buatlah apa jua aktiviti berfaedah secara beramai-ramai yg penting kurang kan masa berseorangan

Kelebihannya : Kita tidak akan fikirkan masalah tersebut. Kadang-kadang terlupa terus apabila berjumpa dengan seseorang yg dapat membuat kita ketawa. Hehehe...


4. Luaskan pergaulan dengan lelaki terutama yg hensem-hensem

* Ann ada ramai member lelaki yg baik-baik. Mereka suka menceriakan hidup Ann. Kami bersukan bersama dan makan bersama. Yg penting kami melakukan aktiviti sosial yg sihat.

Kelebihannya : OooooOOooo Ramai lagi lelaki yg baik kat luar sana!!! hehe. So, tak payah nak bersedih hanya kerana seorang lelaki yg tiada apa-apa hubungan sah dengan kita.


5. Jangan layan perasaan

* Apabila Ann sedang sedih, Ann tak akan dengar lagu-lagu sedih dan lentok. Ann suka tengok citer karton dan comedy sewaktu sedih, lepas tonton citer lawak ni nak sedih pun rasa bersalah. Ann akan elakkan daripada termenung jauh sebab nanti fikiran melayang ke arah perkara yg sedih tu. Tak lalu makan???? OH, itu tak pernah sekali Kecuali semasa jatuh sakit jer. Hehehe...

Kelebihannya : Emmm... ia akan mempercepatkan proses melupakan si dia.

6. Tabahkan hati dan redha

Bagaimana??? Em, yakin lah bahawa Allah dah meracang sesuatu yg lebih baik untuk kita. Ikut tip Ann di atas Insya_Allah hati akan tabah dan redha. Aminnnn...

Kelebihannya : Terasa nak buka hati ni kepada insan yg baru....=,)

SELAMAT MEBCUBAAAA !!!!!

  • Kita tidak perlu sedih apabila kehilangan insan yg disayangi kerana Allah akan gantikan dia dengan insan yg lebih menyayangi kita. Insya_Allah... luv Ann!





Monday, September 12, 2011

Fobia...fobia...fobia...!!!

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Oh, tidak tidak tidak! kuliah telah bermula maka bermulalah hari hari yg bakal melakar sejarah pada semester ke-5 ini. Kalau korang perasan Ann pun dah tak kerap update blog kan! Itu adalah disebabkan Ann busy dengan kuliah, tanggungjawab sebagai setiausaha JMK, assingment, dan program-program sosialiti yg perlu Ann lakukan dan ikuti. Tu diaaa...bukan senang nak jadi guru ni. Senang tu senang lah bagi yg setakat nak pergi sekolah mengajar dan balik pada tengah hari, tido makan dan spend time bersama keluarga. Tapi sangat susah bagi mereka yg berusaha ke arah guru yg bitara hebat dan sangat hebat dalam perjuangan mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yg berguna. Cewahhhh... semangat pulak pagi pagi buta ni.

Pagi tadi Ann dan rakan-rakan pemimpin pelajar telah mewakili UPSI ke seminar anak-anak muda di UPM (I'll story you later k! ). So, dalam perjalanan balik, jalan jam jam jam jam! memang letih duduk dalam bas tu berjam jam lamanya. Apa kes lak tiba-tiba kat highway ni jam teruk macam ni, kalau jalan kat KL tu no wonderlah kan... rupa-rupanya kengkawan, satu kemalangan tragis telah berlaku.

Sebuah kereta kancil berwarna merah telah dilanggar oleh lori simen dan kereta kancil tu terheret masuk ke bawah. SERAMMMM kan! Sebenarnya Ann pun tak pastilah salah siapa, si pemandu lori atau si pemandu kereta tu. Tapi inilah yg Ann sempat rakam sewaktu Ann dalam bas UPSI.

Perbualan sulit antara YDP dan sang setiausahanya di bilik JMK :


Setiusaha : Syed (YDP)... tadikan fairoz(Ann) sempat rakam kemalangan yg kita tengok tadi. takutkan...kan kan???

YDP : Emmm... memang dahsyat pun.

Setiuasaha : Syed... Fairoz rasakan, mesti kereta tu fly dari atas tu kan lepas tu jatuh ke bawah. Yerlah lepas tu tiba-tiba ada lori simen tengah lalu dan tak sempat nak break lalu kereta terheret masuk ke bawah lori simen tu...hemmmm...

YDP : Ish... Syed tak rasa lah macam tu, sebenarnya lori simen tu mungkin bawak terlalu laju dan tak dapat break lalu terlanggar kereta kancil di hadapannya.

Setiausaha : Eh, ye ker... tapi cuba Syed tengok kat jalan atas tu ada banyak orang berdiri sebok-sebok nak tengok. Macam mana orang dari atas tu boleh nampak kemalangan yg berlaku kat bawah??? hah...! mesti sebab kereta tu terbang jatuh ke bawah.

YDP : Hahahaha... ( bodoh betul setiausaha aku ni ) mana ada macam tu lah Fairoz tengok kenderaan tu pun Syed boleh tahu macam mana kejadian tu berlaku. Lori simen tu langgar kereta kancil tu dari belakang lah. Alahhh... pasal orang ramai kat jalan bahagian atas tu... macam lah tak paham paham rakyat Malaysia ni kan prihatin.

Setiausaha : OOoooOO... macam tu ek... ( pasrah je dengan jawapan YDP sebab aku pun bukan pakar dalam hal ni... nak bangkang tak reti pulak ) Emmm... rasa-rasanya salah siapa ek???

YDP : Salah pemandu lori tu... ( dengan confident sekali )

Setiausaha : Emmm... mana Syed tahu??? bukan Syed ada pun kat situ waktu kejadian???

YDP : Kalau kita memandu di jalan raya, sebarang kemalangan yg berlaku... pemandu di belakang akan dipersalahkan biarpun sebenarnya kemalangan tu berpunca daripada kecuaian pemandu di hadapan...

Setiausaha : OoooOOO... ( tak tahu pulak )


Ann ni memanglah fobia sangat nak bawak kereta kat jalan raya... bukan kereta jer, motorsikal dan basikal pun Ann takut nak bawak. Memang penakutlah senang citer. Maklumlah, ayah Ann memang tak pernah benarkan Ann cuba untuk bawa kereta atau motorsikal sejak dari kecil. Lebih bertambah takut nak memandu apabila melihat kemalangan-kemalangan tragis seperti di atas ni. Hemmm... Kepada kengkawan yg selalu memandu di jalan raya tu berhati-hati lah selalu yer. Tapi kalau dah nak berlaku nak buat macam mana kan??? Berserahlah kepada Allah...

* Hati-hati di jalan raya, ingatlah orang yg tersayang.


Sunday, September 4, 2011

Inspirasi Untuk Menjadi Blogger...


Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

What really inspired you to be a blogger??? Memang soalan cepumas lah apabila ada kawan Ann yg tanya macam ni. Eh, macam blogger popular lak apabila diajukan soalan seperti ini, hehe.

Jadi Ann memang tak tahu nak jawab macam mana, sebab Ann ber'blogging' ni pun suka-suka dan tak tahu apa-apa pun tentang blog. Ann mula ber'blogging' apabila dicadangkan oleh rakan Ann iaitu yufi zetty yg sama belajar di UPSI but she's taking TESL bukan coursemate lah. Yufi selalu ikuti perkembangan Ann di facebook. Suatu hari, Yufi bertanya kepada Ann mengapa Ann suka post status yg panjang jela. Kalau nak berkarangan apa kata ber'blogging' jer. So, Yufi lah yg memperkenalkan Ann kepada dunia blog ni. After that, Ann sendiri teroka dunia blog bermula dengan ilmu zero!

Ann memang tak tahu yg dekat blog ni, orang ramai boleh baca entry-entry kita and in the same time you can search at pakcik google. After, Ann dapat tahu perkara tu, Ann pun mula padam segala entry yg Ann rasa tak sesuai berada di blog Ann. So, lama jugak Ann berhenti berblog. Ann mula pada awal 2010 kemudian stop hampir 6 ke 7 bulan then Ann bangunkan semula blog Ann pada awal tahun 2011.

Tiada sesiapa tahu yg Ann ada blog. Sampai sekarang pun Ann tak heboh or kecoh-kecoh tentang blog Ann ni. Kalau ada rakan yg tahu mungkin dia terjumpa atau dia search di bahagian info page facebook Ann. Even family Ann pun tak tahu gak.

Ann suka-suka jer ber'blogging' untuk mencari kepuasan di samping dapat rakan blogger baru di sini yg punyai minat yg sama which is blogging. Emmm, berbalik kepada soalan who inspired me most to be a blogger... ialah family Ann dan pengikut setia blog Cikgu Ann ni.

Ann rasa gembira dan berbangga apabila dapat tahu yg Family Ann, kakngah dan aunty Ann membaca setiap entry-entry yg Ann post kat sini. Yelah, every pertandingan yg Ann involved kat sekolah family Ann tak pernah datang dan tengok. There's no hurt feelings coz Ann tahu mereka sentiasa sokong Ann dari belakang. Ann juga dapat tahu beberapa rakan Ann yg tidak mempunyai account blog tetapi turut mengikuti blog Cikgu Ann yg tak seberapa ni. Mereka lah yg menjadi perangsang untuk Ann berkarya di blog ini di samping follower budak-budak comel dalam blog ini.

Alhamdulillah, macam tak percaya walaupun baru 2 bulan bergerak aktif, Blog Cikgu Ann mempunyai pembaca seramai 60 orang. Ann dapati semua blog yg popular kebanyakan mereka mempunyai daya tarikan tertentu. Daya penarik yg paling ketara ialah kecantikan. Apabila Ann membaca blog yg popular ni, tak lah menarik mana pun ada yg lebih hebat daripada mereka namun, disebabkan the owner of the blog is so so beautiful, dia dapat menarik trafik yg ramai ke blog dia. It's kind of tuah and rezeki. takpelah.

So, Ann tertanya-tanyalah apakah daya penarik dalam blog Ann ni pula sehingga ada 60 budak-budak comel yg follow??? hehehe... Apa yg Ann lakukan ialah Ann blogwalking, singgah di blog orang, baca, dan tinggalkan jejak. Lepas daripada tu, ramai yg singgah di blog Cikgu Ann ni. Ada yg kunjungan balas dan ada tetamu tetamu baru. Ada yg sudi follow dan ada juga sekadar singgah dan lepak sebentar. Anyway thank you a lot!


Ann really wonder, kalau sesuatu filem tu sampai "box office" di Malaysia ni sebab paling utama adalah filem tu mempunyai hero and heroin tampan dan cantik. Adakah kecantikan luaran adalah segala-galanya??? Of course NOT but appearance comes firts. Hemmm... it's ok ok and ok lah. Tapi kalau semua diukur daripada kecantikan maka ia membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih belum matang dalam membuat penilaian. Ann percaya tak semua pandang pada kecantikan semata-mata kan kan kan! Sebab rakyat Malaysia sekarang ni dah ramai yg berpendidikan tinggi dan maju. Hehe. Oklah Selamat ber'blogging' buat semua blogger. Kepada adik-adik yg masih bersekolah jangan malas-malas untuk ke sekolah esok hari ya! Yang keje tu pergi keje dannnn Ann pula akan pulang ke U esok pagi. Daaaaaa...!

SELAMAT HARI RAYA!!!

  • Beauty is in the eye of beholder... =,)




Friday, September 2, 2011

Tak abis-abis ... (^_+)


Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Tak abis-abis tak abis -abis.... ape yg tak abis-abis tu Cikgu Ann oiiii... Tak abis-abis entry raya. Semuanya tentang raya. Aduiii aiii, spoil betul, seminggu laptop masuk workshop, seminggu wireless problem. Banyak entry Ann terlepas untuk sajikan kepada para pembaca blog Ann ni. Tu diaaa!!! Sedih sedih sedih.

So, memang dah lama giler tak blogwalking, tak lawat kawan blogger, tak kemaskini blog and what so ever lah kan... ni semua kes masalah laptop dan wireless yg menyebabkan hobi Ann tergendala sekian lama. Jadi barulah hari ni Ann berkesempatan berjalan-jalan lawat blog kengkawan. Wah wah wah banyak sungguh entry tentang raya, kuih raya, baju raya, macam-macam lah. Jadi Ann pun tak nak terlepas lah kan peluang nak berkongsi kisah raya family Ann hehehe =)

Raya kali ini alhamdulillah, sangatlah meriah. Tang mana yg meriah tu cikgu Ann oiiii!!! Kalau korang nak tau, Ann terima abang ipar baru omputih cakap Brother-in-law. Abang ipar ni lain sikit sebab dia berasal dari Afghanistan tapi merupakan warganegara U.K bukan Ulu Kelang ... it's United Kingdom. Cewahhhh... So, minggu lepas kami tunggu lah abang ipar ni nak pulang ke Malaysia buat kali pertamanya. Menanti kepulangannya dengan penuh debaran. Maklumlah ni pertama kali family terima orang bangsa asing and bukan warganegara Malaysia sebagai ahli keluarga kami. Ann dan family datang ke airport pada pukul 1tgh, dia sampai kul 5. Mang aiii... sempat berkampung kat airport tu jenuh jenuh ... Hah dannnn nak habaq kat hangpa semua...kami sempat berjumpa dengan artis popular tanah air iaitu DATO' SITI NURHALIZA bersama Datuk K and anak-anaknya... mereka baru pulang dari umrah. First time Ann tengok Dato' Siti live. Tapi tak sempat nak amik gambar sama-sama coz ramai wartawan mengerumuni dia.

Raya tahun ni family Ann menerima ramai ahli baru...mereka ialah jeng jeng jeng jeng!!!

1. Ann menerima mak baru setelah setahun pemergian ibu tersayang. Aunty baik orangnya. Alhamdulillah.

2. Ann menerima abang ipar baru pada bulan Mei yg lalu. Abang ipar Ann ni berasal dari Pahang. Mungkin kaklang terpikat dengan gigi dia yg putih tu...


3. Ann menerima seorang lagi abang ipar pada bulan 12 tahun lepas. Mereka bernikah di Newcastle dan majlis persandingan akan dibuat di Malaysia pada 11september ini. Haiii jauhnya jodoh kakak aku yg sorang ni.

4. Hahhh... yg ni bukan orang baru. Ni lah dia family kaklong yg telah dibina hampir 8 tahun. Hasilnya si kenet dua orang tu. hehehe...

Maka dengan itu, tinggal lah Ann keseorangan yg masih single... i'm a single lady! Raya kali ni memang kecoh sikit. Sebabbbb... bawak mat saleh beraya masuk kampung dan makan masakan Melayu.

Raya kedua di rumah makteh...

makteh : Dia boleh cakap melayu tak?

kakngah : emmm tak boleh...

( Kiteorang semua sibuk rancak berbual maklumlah dah lama tak jumpa sedara mara tiba-tiba..)

kakngah : Hello, korang semua tolonglah speak english no matter lah broken english pun sekurang-kurangnya dia boleh faham dan join kita juga!

( Semua orang terdiam dan tercengang termasuk nenek yg tak faham apa-apa.)


... semasa di dapur nak siapkan hidangan...

pakteh : Guys give the ketupat please!!!

( Kami satu rumah bantai tergelak sampai sakit perut... serius ...pakteh tak pernah speaking english seumur hidup dia...errrrkkk... atau kami yg tak pernah dengar sebenarnya! emmm )

makteh : Sepanjang makteh kawen dengan pakteh ni lah kali pertama makteh dongar dio sepiking!!! sebolum ni tak ponah...

Dan keadaan seperti ini, tidak terhenti di situ sahaja... kami bawalah si abang ipar ni masuk beraya ke seluruh pelusuk kampung, nenek moyang kami yg tak pandai cakap omputih pun tiba-tiba jadi pandai lak sobab nak amik hati abang ipar Ann ni... dan kononnya kenalah beramah mesra dengan tetamu kan kan...hahaha.

Oklah dikesempatan ni, Ann harap masih belum terlambat untuk Ann wish u all Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin sekiranya ada salah silap atau ada sesiapa yg berkecil hati dengan entry-entry yg pernah Ann postkan di sini maaf maaf maaf dan maaf. 0-0 ok!!! hehe...
Take care and teruslah menyokong blog Cikgu Ann!

'Flying kiss' from us to all beloved readers of Cikgu Ann's Blog =)

SELAMAT HARI RAYA...

Pulanglah berhari raya bersama family tercinta. Apa jua kesilapan mereka kepada kita ingatlah air yg dicincang tak akan putus. FAMILY ALWAYS FIRST!

  • Siapa kata bangsa Melayu lemah berbahasa Inggeris??? Belum cuba belum tahu...luv Ann!