Assalamualaikum... dan salam sayang dari Ann!
Musim cuti sekolah telah pun berakhir, jadi Ann nak ucapkan selamat meneruskan perjuangan dalam pelajaran buat adik-adik di luar sana yang masih bersekolah tu. Jangan jemu mahupun bosan untuk belajar. Belajar di sekolah lah merupakan zaman yang paling best! Hah...kalau adik-adik nak tahu betul atau tidak tanyalah kakak dan abang yang telahpun tamat belajar di sekolah. Hehehe...
Waktu musim cuti sekolah lah, event apa yang paling banyak korang tengok? Betul tu! kenduri kahwin lah kan. Hahaha. Ni yang jawab betul tu, anda ke yang empunya diri yang dirikan rumah tangga cuti baru-baru ni? Kalau yer, baguslah. Alhamdulillah. Ann ucapkan sekalung tahniah dan semoga kebahagian yang dibina berkekalan hendaknya insya Allah. Kalau Ann pula, banyak terima jemputan je hehe.
Selain memenuhi jemputan kengkawan yang kahwin ni, sebenarnya cuti ni Ann sibuklah yang amat sebab kaklang Ann berkahwin. Kendurinya telah selamat dilaksanakan semalam hari Ahad iaitu hari terakhir cuti persekolahan. Kenduri tu buat kecil-kecilan sahaja. Ajak saudara mara terdekat dan jiran tetangga. Inipun atas permintaan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan atas sebab-sebab tertentu. Jadi harap janganlah ada yang berkecil hati jika tidak dijemput ke majlis tersebut yer. hehe.
So, bawah ni Ann uploadkan foto-foto kaklang semasa hari persandingan tu yang telah diambil oleh jurukamera http://www.facebook.com/rfianfoto. Em, korang bolehlah ke link ini untuk tengok gambar-gambar lain hasil jurukamera ni. Kalau berminat nanti bolehlah call dia dan harga pun berpatutan. =,)
Wahh...seronok sangat bile Ann lihat orang kahwin ni. Jadi, Ann berharap sangat lah semoga mereka yang telah mendirikan rumah tangga tu, jagalah keutuhan dalam rumah tangga, jagalah hubungan suami isteri itu dengan baik. Banyak dugaan yang akan kite hadapidalam menempuh alam rumah tangga. Maka, kesabaran itu sangat penting. Bersabar, saling bertolak ansur, belajar untuk memahami pasangan, dan berfikir rasional. Kalau kita masih dengan perangai zaman bujang kita yang suka ikut kepala angin dan panas baran tu hemmm...tu lah yang banyak berlaku kes-kes penceraian. Perkara yang halal tetapi dibenci Allah adalah penceraian. Maka jagalah rumah tangga anda dengan baik demi kebahagiaan dunia akhirat! Cewahh...cakap macam diri ni dah berkahwin lak kan hehehe. Nasihat menasihati tu kan amalan mulia. tak gitu?
sekian dulu dari Ann =,)
No comments:
Post a Comment