Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru? Yea! yea! yea! yea!...

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Okey, korang semua mesti dah rancangkan nak lakukan apa sempena menyambut tahun baru ( ejaan yg betul baharu ) ni. Tul tak? tul tak? Hah, kepada yg belum rancang apa-apa tu, boleh lah berbuat demikian kerana masih ada masa sebelum malam ini menjelang. By the way, before masuk tahun baru, Ann nak ucapkan selamat tinggal kepada 2011 yg banyak meninggalkan kenangan indah pahit dan segala bagai. Apa-apa pun setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.

Jom imbas kembali apa yg telah berlaku pada tahun ini Jeng jeng jeng!!!
Taraaa...

First of all,

Ayah Ann Kahwin dengan aunty setelah ibu tersayang meninggal dunia pd tahun 2009

/
/
Seterusnya kaklang pula mendirikan rumah tangga dan kini telah mendapat 2 orang cahaya mata kembar kedua-duanya lelaki ( alhamdulillah )
/
/
Diikuti Kakngah pula yg telah bernikah dengan lelaki mat saleh yg weird ( sebab masa tu tak kenal ) hehe...dan alhamdulillah, sedang mengandungkan anak pertama yg baru sebulan.
/
/

dannn.....
Kaklong ( kakak tiri ) mendirikan rumah tangga juga pada tahun yg sama dan kasihan pada dia kerana mengalami keguguran. Takpe mungkin ada rezeki yg lain yg lebih baik. Amin. =)

Di atas ini hanyalah sebahagian peristiwa bersejarah yg berlaku dalam family Ann. Ya Allah... memang tahun 2011 ni tahun kekecohan mendirikan rumah tangga dan mendapat anak...cewahhhh Ann bila lagi? Lambatttttt lagi. hehe tah tah 2012 tak? hahahaha... Maka dengan itu, Ann namakan tahun 2011 ialah tahun kahwin dan buat anak! hehe...
So, Ann pasti, korang juga mesti ada banyak peristiwa yg menarik serta kisah suka duka yg dialami sepanjang 2011 kan kan kan... em, apa kata kalau korang tak keberatan share entry tahun baru korang kat entry Ann ni. Insya-Allah nanti Ann akan singgah utk membaca dan utk follow kepada yg Ann belum follow lg. =)

Hah! kita beralih pula kepada azam baru...huahua...apa azam baru tahun ni??? cer citer cer citer!" Malas lah nak story, azam yg lepas pun tak menjadi lagi..." Hello, it's oklah guys! hidup kena maju dan teruskan ke depan... jangan toleh-toleh lagi. Sekarang ni set azam baru yg ingin dicapai utk tahun baru yg penuh dengan pelbagai peristiwa menarik yg bakal berlaku. Yg dah lepas dijadikan pengajaran ( ^ _+)

ini Azam baru Ann untuk 2012 >>>

1)Tingkatkan kerajinan untuk mendirikan solat, solat sunat, dan membaca al-quran ( ^__^)

2) Dapatkan 4.00 utk semester ke-6 ( 2012 ) hehe...

3) Fly ke Beijing bersama JMKZ2011/2012 yahoooo!!!
( tARget pada bulan 9/2012 )

4) Menggerakkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan UPSI.

5) Mendapatkan waren pemimpin muda
( yg ni den kono poie sekolah kursus 3bulan )

Hah, limo tu dah cukuplah...harap termakbul. Kepada ayah, aunty, kakak2, abg2 ipar, and anak-anak buah maksu silalah doakan azam maksu tercapai yo! dan juga kepada pembaca blog Cikgu Ann ni.

Harapan Ann, kepada semua umat islam di mana jua anda berada, marilah kita menyambut tahun baru ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Bersyukurlah bahawasanya kita masih diberikan nikmat hidup oleh Allah s.w.t. Janganlah kita sambut tahun baru dengan melakukan banyak pencemaran, maksiat, hiburan tak terkawal, dan menambahkan dosa sedia ada. Lebih baik tiru macam kawan kita di bawah ini.... kan lebih afdollll...hehe




PERTAMA DAN SELAMANYA...mendirikan solat.....haaaa sejuk hati mak bapak kita lihat anak-anaknya rajin mendirikan solat....



Yaaa... seterusnya kawan-kawan kita haruslah perbanyakkan berdoa kepada Allah s.w.t doa tu kan senjata orang mukmin. Mintalah kebaikan dunia dan akhirat.



Selain itu juga, amatlah digalakkan utk kita saling bermaafan sesama kita ya. Buang yg keruh, ambil yg jernih. =) Buka muka buku ehhh ... silap, buka buku baru hehe...

Alhamdulillah kawan-kawan sekiranya semua umat islam di seluruh pelusuk dunia mengamalkan amalan ini. Aman dan sejahtera hidup kita di dunia ini. Marilah kita melakukan anjakan paradigma dalam bangsa dan agama kita. Semoga maju dan terus maju dunia dan akhirat. Tak gitu!

SELAMAT TAHUN BAHARU (haaa ni baru betui ) dari Ann. Sayang anda semua !!!

Here are some speech from kak limah, kak com and kak jijah. They are little bit annoying ( their faces ) but they r so so cool! =)

Kak Limah : Hai kengkawan saya kak Limah, nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada rakan sekalian khusus kepada pembaca blog Cikgu Ann!!! JOM PERGI SURAU =,)

^
^
Dia ni memang tukang ajak g surau kat umah kiteorg...kalau tak pergi nnt dengarlah khutbah dia panjang jelaaaa....tak larat. udah-udah ler tu jom g surau.


Kak Com : Hai.... saya kak Com @ Comot! Sempena tahun baru ni semoga adik-adik di luar sana mempunyai azam dan semangat baru untuk terus berjaya dunia&akhirat ( ^___^)

^
^
Yg makcik sorang ni pulak, tukang masak haram kat rumah kiteorg. Nape lak harammm??? sebab telah melanggar undang-undang asrmaraa ehhh silap lagi asrama lah. Mane leh masak kat dalam asrama. Tapi kiteorg lak tukang mencekik habis-habis. Dia ni chef kedua terbaikkk kat umah kiteorg selain kak Limahhhh....

Kak Jijah : Hohoho...saya pula kak jijah! semoga tahun baru ini memberikan sinar baru kepada anda semua. Banyakkan amal kebaikan dan tinggalkan yg dilarang oleh_Nya! Selamat Beramal =)
^
^
Emmm... mok cik kat atas ni, tukang sepah, serabut, dan seumpama dengannya. Dia ni happy go lucky dan kadang-kadang macam hati kering. Tapi pakar dalam menasihati orang lain =)


Setiap insan ada melakukan kesilapan. Mari kita lupakan dan maafkan supaya hati kita tenang. Selamat Tahun Baharu =)


* Teruskan menyokong blog Cikgu Ann. Jumpa anda di arena 2012.

- Kak Limah : Nur Suhaila
- Kak Com : Nur Izzatie
- Kak Jijah : Wan Nur Laila
- Bilik : Bilik Aku D206/1

TERIMA KASIH DAUN KELADI. SEMOGA KASIH KITA ABADI BUKAN adabi ok!










Tuesday, December 27, 2011

Berapakah usia pasangan anda ? 0_9


Gambar hiasan semata-mata

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!
Okey....sape dah ada boyfriend? angkat tangan. Sape dah ada girlfriend? angkat tangan. sape yg belummmm ada bf/gf ? Angkat apa yg boleh diangkat? ehhh dah lain macam ni. Udah udah jangan angkat apa yg tak patut. Mai dengar sini nak habaq sat kat hangpa semua. Apalah cikgu Ann ni mana elok ber'bf' ber'gf' niiii.... hang tak tau kaaa dosa tau. Baiklah, kepada yg dah ada atau pun belum atau still searching your calon hidup jom terai sat permainan ni.

( p/s : i don't know why this tulisan bergaris, i try to terminated it but cannot Go! huahua )

Anda percaya atau tidak bahawa setiap sesuatu yg berlaku dan apa-apa yg kita miliki mahupun tidak dan sekecil-kecil peristiwa yg berlaku dalam hidup kita sebenarnya ada hikmahnya. There must be a reason behind the scene. Sama jugalah dengan bentuk fizikal yg kita miliki. Ado sobabnyo napo jari den pendek jari ekau panjang belobih lobih ( Hahahaha sori kepada orang2 kampung Ann... Ann main bantai jo cakap noghoiee maklumlah i orang bandarrr )

So, guys ciri-ciri fizikal kita menceritakan tentang siapakah kita sama ada kita sedar atau pun tidak. Hari ini, Ann nak share kat korang cara atau teknik untuk anda mengetahui umur pasangan hidup anda. I'm not guarantee ia tepat and jangan percaya sangat kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya baik yang nyata mahupun tersembunyi. Ini hanyalah teoritikal sahaja.

So, let's find out how old is she/he. Ikut seperti arahan di bawah. Apa yg anda perlukan ialah sepasang tangan. Kalau anda menggunakan tangan orang lain errrr... mungkin pasangan hidup anda adalah orang yg sama dengan dia... ( hahaha gurau jer ) tak boleh tangan orang lain melainkan tangan anda sahaja. Muktamad!


1. Lakukan seperti di atas ( tidak kisah tangan kanan atau kiri )


2. Letakkan ibu jari tersebut betul-betul di tengah tangan ( di mana terletak siku anda )

3. Keluarkan jari hantu anda dan cuba panjangkan ( luruskan ) ke sasaran yg paling jauh sehingga tidak mampu dipanjangkan lagi.

4. Gerakkan ibu jari kepada jari hantu tadi

5. Ibu jari tadi kekal disitu manakala panjangkan jari hantu kepada jari hantu (tangan yg tidak bergerak tadi)


Sekiranya jari hantu yg bergerak itu sama panjang dengan jari hantu bagi tangan yg tidak bergerak tadi ( statik ) maka usia pasangan anda itu adalah sebaya dengan anda!
Sekiranya jari hantu yg bergerak itu lebih pendek dari jari hantu bagi tangan yg tidak bergerak ( statik ) maka usia pasangan anda lebih muda daripada anda manakala sekiranya jari hantu yg bergerak itu lebih panjang maka usia jodoh anda itu lebih tua ( berusia ) daripada anda.

( Errrr berapa manyak hantu berapa manyak jari... ni sebenarnya cakap pasal jari atau hantu....)

Huahuahua... selamat mencuba!

Gambar hiasan : model lelaki ( Syed Abu Bakar ) model perempuan ( Ann Ct Fairoz )

Empunya tangan : Nor Izzatie ( merangkap housemate )


# Allah itu Maha mengetahui, Selamat beramal! daaaaaa.....

Monday, December 26, 2011

HAH !!! Demonstrasi ???


Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!
Haaaiiiiiii....wah dah lama kita tak bersua bukan? rindunya Ann pada para blogger syemuaaa... especially pada budak-budak comel yg merangkap followersss blog cikgu Ann ni. Muah...muah...
Cehhhh over gitu.

Kalau Ann sebutttt... restoran fast food lah, apa yg korang bayangkan? KFC! Pizza Hut! MCD! emmm... kalau Ann sebut artis dengan keningnya yg naik? of courseeeee Ziana Zain! vlogger paling terkenal di abad ini yg berasal dari Kedah? Anwar Hadiiiii!!!!! ( excuse me... MatLuthfi lah! ) Kalauuuuu Ann sebut AF ! of course lah Akademi Fantasia! TAK! SALAH! hahaha AF is stands for Academic Freedom! ni kalau kat UPSI sebut Academic Freedom semua olang pasti itu cakap pasal Adam Adli lorr...

So, Ann rasa kepada yg memang mengikuti dunia politik atau berita terkini lagi sensasi, anda semua pasti telah pun mengenali Adam Adli pelajar tahun ke-3 program TESL di UPSI ini.
Bak kata Adam Adli, " Elehhh... blogger2 ni dah takde isu nak citer dah kering idea tu pasal diorang sebok menjaja cerita tentang saya, bukan tahu hujung pangkal pun," Hahaha... kat sini, Ann bukan nak berstory pasal mamat ni. Tapi just wanna to tell u all a little bit about my opinion according to the issue ( isu turun bendera ).

Kebelakangan ni, kalau Ann pergi ke mana-mana program bersama pelajar IPTA lain, atau singgah jap umah makcik pakcik, cik gayah, cik mon, cik murai dan sebagainya soalan ni pasti diutarakan. Kira top hot and the booom lah punya soklan. Maklumlah, Ann merupakan anak kandung suluh budiman UPSI. Semua orang tanya pasal my view tentang isu turun bendera tu. Nak tak nak Ann jawab dengan penuh bergaya dan seperti seorang professor huahuahua! Jiran tetanggaku yg mewakili rakyat Malaysia mula berfikir bahawa semua pelajar di UPSI adalah Adam Adli alaaaa macam group kat facebook tu "We All Adam Adli" hahaha. Excuse meeee... Adam Adli is Adam Adli, Cikgu Ann is Cikgu Ann lah!

Ini adalah pandangan Ann terhadap isu turun bendera itu. Insya_Allah, pandangan ni tidak berat sebelah. Tidak memihak kepada kerajaan atau pembangkang tetapi berdiri di atas fakta yg benar lagi benar.

Analoginya mudah kawan-kawan, kalau kita pergi ke rumah orang, kita sebagai tetamu pergi turunkan langsir tuan rumah tanpa minta izin dan restu dari tuan rumah. Apabila perkara yg kita lakukan itu tidak mendapat izin dari tuan rumah dan tuan rumah tidak redha dengan apa yg kita lakukan namun, kita tetap melakukannya maka itu namanya BIADAP! mudah bukan untuk faham. Mungkin ada yg berkata seperti ini... "alaaaa... dia turunkan langsir je pun bukan rosakkan apa-apa pun...itu pun nak jadi isu ker... lupakan je" pertama sekali letakkan diri anda dalam situasi tuan rumah, tidakkah anda rasa terhina dengan tindakan tetamu tersebut yang datang sudahlah tidak diundang, selepas itu cuba menyentuh dan mengalihkan harta benda yg terdapat di rumah anda tanpa kebenaran? Anda nak biarkan begitu saja? Sekiranya anda biarkan tetamu tersebut berbuat demikian, maka esok lusa ada kemungkinan besar dia akan berani merosakkan harta benda anda atau pun membakar rumah anda sewenang-wenangnya kerana dia beranggapan anda seorang yg sangatttttttt baik hati, " Hari tu aku turunkan langsir rumah dia sesuka hati dia tak kesah pun! takde apa-apa tindakan pun diambil ke atas aku! ,"

Personally, Ann tidak setuju dengan tindakan Adam Adli yg pergi menurunkan bendera tu. Yes, it just bendera, but thing is not bendera it is about how you respect your leader and your country as well. Boleh membangkang or memprotes tapi biar dengan cara yg berhemah yg mencerminkan kita sebagai mahasiswa berintelektual dan memiliki insaniah yg tinggi. Sebelum kita ingin lakukan sesuatu perkara fikirkan dalam dalam terlebih dahulu kebaikan, keburukan, perlu atau tidak dan sebagainya. Jika kita inginkan Academic freedom iaitu kebebasan mahasiswa untuk berpolitik, bersuara, dan mempunyai kuasa dalam politik negara... fikirkan terlebih dahulu, adakah mahasiswa-mahasiswa yg ingin terlibat ini sudah cukup bersedia, sudah matang dari aspek mental dan fizikal, sudah cukup matang untuk bertindak, berbicara, dan mengatur langkah???? sudah cukupkah ilmu di dada? Fahamkah kita 100% apakah yg berlaku dalam politik negara kita? Adakah dengan membaca maklumat-maklumat di internet berkenaan politik, kita sudah cukup pandai? Membaca dengan terlibat secara langsung adalah tidak sama! Mungkin juga apa yg kita baca itu palsu belaka! Kita tidak tahu selagi kita tidak benar-benar berada dalam arena tersebut. Maka, jangan cepat melatah...oooo pocot! haha bukan melatah yg tu!

Semenjak peristiwa tu, UPSI didatangi oleh ramai manusia yg tidak diundang melakukan demonstrasi di hadapan kampus kami. Honestly, Ann tidak setuju dengan demonstrasi tak kesah lah secara aman atau tidak... itu adalah pengaruh budaya barat. Banyak lagi cara yg kita boleh lakukan untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yg timbul dan saluran lain untuk menyuarakan rasa hati. Walau bagaimanapun, accidently Ann telah terlibat dengan demonstrasi. HOWWWW??? UPSI dijemput untuk menghantar wakil-wakil mahasiswa ke KPT untuk tujuan memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan YAB PM kita. Bagi Ann, ok jer no problem! but i did't expect that it was a demonstration.
Alang-alang dah terrrrlibat tu buatlah dengan bersungguh-sungguh. ini first time kut seumur hidup... ( salah ann sebab tak siasat dulu tentang program ni )


Tanda tangan je kuttt... terasa mcm artis jap... tak tahu pulak lepas ni kena berdemonstrasi. hehe.


wahhh... bangga gak lah sekejap sebab tanda tangan Ann ( Fai - UPSI ) digantung di bangunan KPT yg tersegam indah.

Rakan-rakan seperjuangan students ISMP Pendidikan Moral. It's true we love our PM.

With edward, president PERMOR.





Kat atas ni serba sedikit menunjukkan suasana di hadapan KPT.
Memang pengalaman yg berharga lah sebagai seorang mahasiswa yg pertama kali dan terakhir ( i wish ) menyertai demonstrasi ini.

Ehem...ehem... tiba-tiba terdapat seorang paparazi yg berjaya mencuri perhatian Ann di sana... hehe...

Si dia yg berdiri antara dua juru kamera yg memegang kamera...Macam pelakon aqasha... suke =,) (sempat aje..)

Lepas tamat demo tu... ada perasmian " Aman Kampus " di hadapan pintu masuk KPT. Apa yg terbaikkk ialah demo ini dimulakan dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah... sebab habis jugak akhirnya. Yg tak baiknya... haus , laporr, dan letih... Udah udah lah yer, tak payah lah berdemo demo lain kali... baik kerajaan mahupun pembangkang korang tak letih ape....


p/s : Sekiranya kita dipimpin oleh pemimpin yg zalim, itu adalah disebabkan kita sendiri yg memintanya sebab kita tak henti-henti mengutuk dan mengeji pemimpin kita. Cukup 40 kali maka termakbullah segala yg kita katakan tentang pemimpin kita. Kannn lebih baik kalau kita doakan agar mereka menjadi pemimpin yg adil dan terbaik yg mendapat hidayah dan petunjuk dr Allah s.w.t JOM doakan yg terbaik utk mereka dan kesejahteraan negara kita. =,)