Sunday, September 16, 2012

Business & Aku ...

Assalamualaikum and salam sayang!

Tiba-tiba aku dapat hidayah nak mengupdate blog hari ini. Setelah sekian lama menyepi akhirnya aku kembali. Tak hilang mana-mana pun. Ada jer kat sini cuma busy dengan business cehhhhh.... dah berapa ribu kau dapat??? Itulah kata-kata hikmat yang sering dilemparkan oleh kakngah aku kepada diri aku. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, saya bukan join skim cepat kaya tetapi saya buat business. Business yang ada produk, kena jual produk, kena jumpa orang, bercakap dengan ramai orang! Dan seriously, ia tak mudah tuan-tuan dan puan-puan namun, ia tidak pula mustahil apabila didorong oleh semangat dan keazaman yang kuat.

Kau ni orang nak buat business kau pun nak buat business!!! tapi menipu! tak kan selamat lah kalau menipu ni. Begitulah tuduhan yang dilemparkan oleh kaklong aku tanpa soal siasat perkara sebenar. Tapi dia tetap beli produk dengan aku, siap mintak harga aku lagi. Si adik ni, langsung tak ambil untung. Takpe kawan-kawan, inilah dugaan dalam berbusiness sebelum kita dimaki oleh orang ramai di luar sana, lebih baik kena maki dengan saudara-mara sendiri. Dapatkan ubat pelali sampai imunnnnnn... Insya_Allah business akan berkembang maju selepas itu. Amin.

Hahhh....ni kau nak ke mana ni??? Pergi rumah nenek buat apa??? Business??? Emmm... kalau kau nak berbusiness ayah memang tak masuk campur! kau nak pergi, pergilah! Ayah memang baik, dia memang tak pernah campur segala urusan aku. Em, ayah dah terlibat dengan banyak business direct selling ni, semuanya menipu. Kalau kau tak percaya, kau buatlah...nanti biar kau sendiri tahu! Ayah ialah orang yang paling aku sayang sebab selalu bagi aku kata-kata semangat yang memang tak pernah aku jangka-jangkakan...

Awak nak join jadi rakan business dengan saya tak? Boleh kita kumpul duit sama-sama, then bolehlah kita berkahwin cepat dan bina keluarga yang bahagia? ...Emmm tak minatlah. Saya ada cara saya yang tersendiri. Tapi saya minat nak jadi life partner awak hehe... itulah kata-kata dari seorang lelaki yang pernah aku minat suatu ketika dahulu dan ingin menjadikan beliau suami aku. Aku pun tunggu nak lihat apakah cara dia yang tersendiri itu... sampai sekarang dia tak buat apa-apa pun. Malah bagi tahu aku, sorry Fairoz saya takde duit dan saya tak dapat nak teruskan hubungan ni. Aku menangis gila-gila, sebab terharu berjumpa dengan lelaki gila macam dia! Takpelah mungkin itu cara dia yang tersendiri.

Kau ni...tak habis-habis Herbalife! Herbalife! Herbalife! asik keluar malam jer, tak payah balik rumah langsunglah! Tapi bila duit sewa rumah tak cukup, Fairozzzzz... boleh tak kau tambahkan duit kau dulu, nanti kami bayar kemudian, kami takde duit nak topup untuk Sida. Dia belum bayar lagi. Apa kata kau dahulukan duit kau k. Kawan-kawan serumah tak kurang hebatnya dalam memberikan semangat kepada aku dalam business ni.

Alhamdulillah...setelah 4bulan dalam HERBALIFE, tanpa pinjam duit siapa-siapa, tanpa pinjam pada ceti haram dan seumpama dengannya aku kini telah menjadi SUPERVISOR dengan usaha dan keazaman aku sendiri. Alhamdulillah, setakat ini untung runcit mencecah RM2000 yang dulu bermula dengan kosong sahaja. So, siapa kata HERBALIFE hanya untuk orang kaya? Hanya untuk orang yang bekerja dan ada gaji? Aku hanyalah student biasa yang takde apa-apa income mampu melakukannya... JIKA SAYA BOLEH MENGAPA TIDAK ANDA?