Assalamualaikum... dan salam sayang dari Ann!
Korang terfikir tak bagaimanakah rupa korang nanti apabila sudah tua? Emmm... Ann terasa macam nak tahu je macam mane ghomannya muka ni bila dah tua kelak. Tadi Ann saje-saje berjalan ke blog kawan sorang ni, dialah yang suruh try web ni http://in20years.com/ hahahaha. Kelakar giler tengok muka Ann time dah tua nanti. Buat sekali rasa macam best pulak, jadi Ann pun buat berkali-kali hehehe. Banyaklah gambar-gambar yang Ann upload kat web tu. Yang ini sebahagaian darinya. seronok seronok hehe cubelah!
Yang ini semasa usia Ann 42tahun
yang ini pula semasa usia Ann 52 hehe...
Insya Allah...jika Allah memanjangkan usia Ann sempatlah Ann lihat wajah tua Ann. Hah, time tu boleh lah buat perbandingan same ke tidak dengan yang di atas ni hehehe. Apa-apa pun kawan, dikesempatan ini Ann ingin mengingatkan diri Ann mahupun anda semua yang membaca entry ini. Emm, hidup ini merupakan satu kitaran yang akan berulang dan berulang. Bermula dengan masa kecil kita, zaman muda dan remaja kita, dan akhirnya sampai ke zaman tua kita, setelah itu kita akan dijemput Ilahi. Yang akan meneruskan perjuangan hidup ini ialah generasi kita dan zuriat yang kita tinggalkan. Mereka juga akan melalui kitaran hidup ini (jika diizinkan Allah) maka, marilah kita hormati orang yang lebih tua kerana suatu masa nanti kita juga akan tua, apabila tiba masa itu, kita mahu disayangi dan dihormati. Namun, jika masa muda kita, kita tidak menghormati orang lain adakah kita layak dihormati? renung-renungkan... =,)
MEREKA TIDAK MINTA WANG RINGGIT PADA KITA...MEREKA HANYA INGINKAN SEDIKIT KASIH SAYANG DAN DIHORMATI!
Sekian dulu dari Ann...
No comments:
Post a Comment