Assalamualaikum... dan salam sayang dari Ann!
Apa khabar adik-adik semua dan pembaca blog Ann daripada pelbagai lapisan masyarakat. Cewaahhh macam berjuta jer fans kat blog ni kan. Hahaha...Biasanyalah kalau kita tanya budak-budak sekolah ni, mereka nak buat apa lepas habis belajar...mesti jawabnya nak masuk U (Universiti) betul kan kan... tapi tak kurangnya jugak yang jawab seperti ini,
"Emmm... tengoklah kalau result bagus masuklah U, kalau tak keje je kat pasar raya"
ataupun
"Emmm...entahlah tak rancang lagi nak buat apa"
Hah, budak-budak yang cakap macam ni lah yang merisaukan Ann. Pelajar daripada kelas elite dan datang daripada keluarga yang sangat supportive dan menggalakkan anak-anak belajar tinggi-tinggi memang tak payah nak risaulah tapi yang takde semangat nak belajar ni yang merisaukan. Lazimnya (tak semua ok) daripada kelas-kelas hujung tu yang motivasi dia semput macam enjin kereta yang tak diservis bertahun-tahun. Apa yang membimbangkan lagi adalah jumlah pelajar seperti ini adalah ramai. Perkara ini berlaku atas banyak faktor antaranya :-
1) Tiada galakan daripada family tersayang.
2) Keadaan keluarga yang miskin
3) Sentiasa corot dalam pelajaran
4) Tekanan sekeliling
Dan banyak lagi faktor-faktor lain lah yang menyebabkan mereka tak rasa perlu belajar tinggi-tinggi. Semua cikgu kat sekolah termasuk guru-guru kaunseling dah berpenat lelah buat macam-macam program motivasi apatah lagi memberi motivasi itu sendiri kepada pelajar di dalam kelas tetapi masih tak berkesan jugak.
Aikk... tak boleh jadi ni. Tak kan lah nak biarkan harapan bangsa dan negara ni terus layu macam tu kan. Mungkin ada sesetengah pihak akan cakap macam ni biasanya masyarakat kita lah...
" Emmm... kalau dah malas tu malas jugaklah..."
" Emmm ... kalau dah bodoh tu memang tak boleh nak buat apalah, namapun duk kelas hujung"
Ann memang biasa lah dengar orang-orang sekeliling cakap macam ni, sebab Ann dulu mase zaman sekolah pernah masuk kelas hujung hehe, tapi alhamdulillah akhirnya berjaya jejak kaki ke Universiti dan insya Allah bakal menjadi seorang pendidik.
Sebenarnya, para pelajar yang lemah ini, mereka ibarat pokok bunga. Cuba tengok pokok bunga tu, kalau kita berikan air dan baja serta dijaga dengan elok maka dia akan berbunga dengan baik dan hidup subur. Kuantiti air mestilah secukupnya dan baja pula mestilah menggunakan baja yang sesuai jangan main hentam sokmo! Misalnya pokok bungan orkid, dia tidak memerlukan air yang banyak, kalau air terlalu banyak maka dia akan mati dan terdedah dengan cahaya matahari yang terlalu terik dia akan layu. Begitu jugalah dengan motivasi manusia ini, kena ada skill dan cara yang betul barulah ia berkesan!
Dengan itu, pihak kami, pelajar-pelajar ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) mengadakan satu program JOM MASUK U! dimana program 4hari 3malam ini memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai :
1) Tinggal di asrama bersama kakak/abang angkat
2) Menghadiri kuliah bersama Kakak/ abang angkat
3) Melihat gaya pembelajaran di universiti bersama pensyarah
4) Melawat kawasan-kawasan universiti/kemudahan yang ada
5) Aktiviti indoor dan outdoor yang interaktif
6) Slot motivasi yang aktif dan menyeronokan
Bayaran yang dikenakan bagi seorang ialah RM 50.00 sahaja iaitu untuk kos makan dan keperluan aktiviti selama 4 hari 3 malam tersebut, untuk satu-satu program yang akan dijalankan kami menerima 50 orang pelajar dari sebuah sekolah. So, Kepada guru-guru atau siapa-siapa saje yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah hantar massage ke inbox Ann di facebook http://www.facebook.com/profile.php?id=1302995910 atau di twitter http://twitter.com/#!/RozzyDamia tak pun tinggalkan sahaja comment di entry ini ok!
p/s : Anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej ( Kolej Zaba ), Universiti Pendidikan Sultan Idris.
No comments:
Post a Comment