Saturday, August 13, 2011

Perempuan di Hujung Ramadan...

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Ann baru je habis tonton cerekarama "Perempuan di Hujung Ramadan" ish...ish...memang sakit hati bukan kepalang! Ada juga manusia macam ni kat dunia ni??? Yelah, kalau tidak tak kan lah si director tu boleh terbitkan drama sebegitu, mesti peristiwa ni pernah berlaku dalam kehidupan realiti kan kan kan! tak gitu!!! Kepada sesiapa yg tidak menonton cerekarama ni atau terlepas ini sedikit sinopsis berkenaan cerita tersebut yg Ann copy dan edit dari sumber http://www.perekacerita.com

PEREMPUAN DI HUJUNG RAMADAN (TV3)
Hari: Sabtu
Tarikh: 13 Ogos 2011,
Masa: 10.00 malam
Lakonan: Elly Mazlin, Zarina Zainordin, Riezman Khuzaimi, Wan Maimunah.

Sebagai Sarimah


SINOPSIS PEREMPUAN DI HUJUNG RAMADAN (TV3) Mengisahkan tentang kemelut yang membelenggu dua adik beradik, Munirah dan adiknya Sarimah yang sudah 5 tahun tidak bersua muka. Di bulan Ramadan, Munirah menerima panggilan dari sepupunya, Shikin yang memberitahu bahawa Sarimah sedang tenat kerana menghidapi barah. Namun, Munirah masih menderita dengan tragedi yang berlaku pada 6 tahun yang lepas ketika Sarimah datang ke Kuala Lumpur untuk menumpang tinggal di rumahnya sementara menunggu mendapat pekerjaan.

Sebagai Munirah

Sarimah telah membantu menjaga anak Munirah iaitu Adam. Adam dibela sebagai anak sendiri dan ditatang bagai minyak yang penuh. Siapa sangka, kepercayaan Munirah dikhianati kerana Sarimah menjalini hubungan sulit dengan suami Munirah, Zain. Munirah telah diceraikan dan turut kehilangan hak penjagaan Adam. Tidak cukup dengan itu, Sarimah dan Zain turut menfitnah Munirah kepada keluarganya untuk selamatkan diri mereka berdua serta menutup keaiban mereka. Oleh sebab fitnah tersebut, Munirah dibuang oleh keluarganya dan tidak dibenarkan berjumpa langsung dengan anaknya Adam. Setelah sekian lama, apakah Munirah dapat memaafkan Sarimah???


Yelahkan... memang tak sangka lah adik sendiri boleh khianati kakak kandung dan menipu family kerana cinta dan nafsu. Tulah dia kalau syaitan dah bermaharajalela dalam diri hitam dan putih pun kita tak dapat membezakannya. Tapi bukan tu motif utama yg Ann ingin perkatakan, apa yg ingin Ann sebut di sini adalah tentang sifat PEMAAF.

Kalau anda berada di tempat Munirah, adakah anda akan memaafkan adik anda yg telah berzina dengan suami anda, menfitnah, dan memisahkan anda daripada anak kandung anda??? Sebagai manusia biasa, sukar bukan untuk kita memaafkan dengan rela hati! Kalau dah maafkan pun, luka di hati tu belum tentu pulih. Namun kawan-kawan sikap memaafkan orang lain dalam masa kita ada peluang untuk membalas dendam kepadanya adalah sifat yg sangat terpuji. Perkara ini hanya boleh dan mampu dilakukan bagi mereka yg memiliki jiwa yg besar. Salah satu perkara yg dapat mendidik hati dan jiwa kita menjadi bersih adalah dengan memaafkan kesilapan orang lain terhadap kita walau sebesar manapun dosa mereka kepada kita. Sukar tetapi itulah yg dikatakan pengorbanan ke arah memperoleh cinta Allah yg satu. Mudah mudahan....

  • Marilah kita saling bermaaf-maafan dalam bulan yg mulia ini semoga kita mendapat kebaikan dunia dan akhirat...luv Ann!


No comments: