Wednesday, November 28, 2012

Siapa Aku Before Herbalife... =,)


Hi and Assalamualaikum...
Foto kat atas ni semasa usia aku 20tahun, waktu ni aku masih di semester1 iaitu tahun pertama aku di UPSI tercinta. Selain tu jugak, foto ni diambil before aku sakit. Berat badan aku pada masa ni kira-kira 60kg. Bagi perempuan yang berketinggian 160cm, ia dah terlebih berat, banyak lemak, dan peha aku besar, oh mannnn peha yg besar adalah perkara yg paling annoying giler bagi aku. Time tu, aku mesti malu nak duduk atas kerusi, sebab kalau duduk atas kerusi memang jelas dan nyata boleh nampak peha yg besar especially time pakai seluar jeanssss.... SETUJU???? sesape yg peha dia besar silalah setuju dengan aku. kan kan kan.. hehe..  


Huhu...next! yeahhh ni pulak semasa aku semester 2, foto ni diambil time hari raya Aidilfitri2010. Waktu ni, berat dah naik kepada 63kg hehe... hati senang kuttt so, asik makan jerrrr. Buktinya, pipi aku sangatttt TEMBAM, " camera focus pada pipi pleassseee (((-___-))) " Ada orang kata, it's ok Fairoz, kau nampak cOmel sangat, pipi kau macam penyanyi tradisional sorang tuu emmm... yeahhh... NORANIZA IDRIS, ala ala bujur sirih gitu... Disebabkan pujian terlAmpauuu oleh kawan-kawan aku, aku teruskan perjuangan aku untuk besarkan badan tanpa hiraukan alam sekeliling...SADIS KANNN!!! maka dengan itu, bumi pun menjadi semakin berat dengan orang-orang yg tambah berat seperti aku.


TARAAAAA.... !!! say WooooOOOwww... pada zaman kegemilangan ni, berat aku 65kg, Ehem... serius aku bagi tahu korang, aku tak ada banyak gambar time debab-debab ni, sama ada aku DELETED atau pun aku EDIT supaya nampak kurus. Aku sangat sangat benci melihat gambar aku yg banyak lemak sana sini. Thank God! ada dua keping gambar ni UNEDITED PHOTO!!!  Sila fokus pada lengan yg besar, pipi yg chubby, erghhhh....plus aku ada masalah peha besar, perut buncit, selulit. Anndddd... bermula pada Disember2011 aku mengalami kehilangan darah yang banyak melalui kedatangan period yang tidak berhenti selama 6bulan, pada bulan ke-5 muka mulai pucat, buah pinggang aku mulai sakit. Apabila aku nak terbersin atau terbatuk aku mesti tutup mulut aku kuat-kuat sebab nak tahan daripada sakit di bahagian buah pinggang apabila aku terbersin atau terbatuk. Selain tu juga, apabila aku nak tidur, aku akan tidur lurus dan tegak, kalau tergerak kiri dan kanan, ia menyebabkan buah pinggang aku sakit.

Aku pernah pergi berjumpa dengan doktor tapi, doktor hanya beritahu aku bahawa perkara tersebut adalah masalah ketidakstabilan hormon. aku pergi berjumpa dengan doktor sampai 3kali, dan kali ketiga doktor berikan ubat berhentikan darah untuk dihabiskan selama 5hari. Setelah 5hari, pil tu pun habis ditelan oleh aku, keesokan harinya, darah yg sudah berhenti selama 5hari apabila aku ambil pil tersebut, akhirnya keluar mencurah-curah seperti orang keguguran...pernahkah anda melihat keadaan wanita mengandung yg keguguran??? bukan kucing keguguran atau seumpama dengannya ya... wanita!!! Aku rasa amat amat TERTEKAN... aku pun pergi ke toilet untuk bersihkan darah aku, dan aku dapati pada seluar dalam aku terdapat seperti darah beku yg sebesar tapak tangan aku. Perasaan yg aku boleh gambarkan pada ketika itu... BINGUNG, TERTEKAN, STRESS... Tertekan dengan Stress tak sama kerrr???

Besides that, aku juga mempunyai masalah senggugut yg amat serius. Kalau time period, banyak kali skip kelas. Perut aku sangat sakit, aku sampai terpaksa ikat perut aku dengan kain untuk tahan sakit, muka berpeluh-peluh walaupun pasang kipas laju-laju selaju 180km/j, duduk dalam bilik berhawa dingin pun aku tetap berpeluh, mana peluh tu datang pun aku tak tahu... Kalau time nak exam... lagi lah... aku terpaksa telah pil penahan sakit yg perempuan-perempuan time period selalu beli. Pil tu TAK BAGUS okay... I repeat... TAK BAGUS... kepada perempuan di luar sana please kalau sayangkan diri awak, elak lah daripada terbiasa mengambil pil penahan sakit untuk period tu ( apatah namanya...) coz ia akan datangkan side effect yg berbahaya kepada kesihatan anda....



Alhamdulillah... dikala aku sudah berputus asa untuk hidup... Allah tidak pernah berputus asa memberikan HARAPAN kepada hamba Dia yg lemah ini. Pada suatu malam, aku berdoa kepada Allah...

" jika ini cara Kau akan menjemput aku, redha dan pasrahkan hatiku wahai Tuhanku, Allah pemilik nyawaku..." Pada saat ini, aku amat merindui mama, aku terfikir kalau aku pergi hari ini, pasti aku boleh bersama-sama dengan mama di sana, terubatlah rindu yg telah lama terpendam di hati ini. 

Anyway, kawan-kawan dan kepada pembaca yg budiman... Dalam hidup ni, kita selalu terlupa akan perancangan Allah. Kita merancang dan Allah pun merancang, sesungguhnya perancangan Allah tu lebih baik. Alhamdulillah... aku bertemu dengan sponsor aku, Zharif yg telah memperkenalkan aku dengan Herbalife. Selepas seminggu menggunakan produk, darah period yg keluar tanpa henti akhirnya telah berhenti, tiada lagi rasa sakit pada bahagian buah pinggang, tiada lagi masalah period pain yg amat serius, Alhamdulillah... aku telah turun kepada 57kg sekarang!!! =,) sihat dan cergas.



Terima kasih kepada Zharif yg telah memperkenalkan HERBALIFE kepada aku. Gambar ni diambil daripada Big Event oleh Herbalife iaitu Zero2Hero... ini adalah Zero2Hero aku yg pertama pada bulan 7/2012... After Zero2Hero, event yg banyak mengubah hidup insan biasa menjadi luar biasa, Alhamdulillah, after my 1st Zero2Hero income aku dalam Herbalife mencecah RM4388.00 -____-

Apabila orang ramai bertanya kepada aku, 

" Sampai bila kau nak buat Herbalife ni Fairoz...???" - sampai bila-bila, kerana bagi aku bekerja sebagai Coach Kesihatan Herbalife adalah sangat mulia dengan membantu ramai orang menjadi sihat, ceria, dan punyai harapan baru dalam hidup mereka...

" Sampai bila kau nak makan produk ni Fairoz...??? " -  Insya Allah selagi hayat dikandung badan, benda yg baik mengapa perlu ditinggalkan... atau berhenti???

DAN...Aku pula bertanya kepada mereka...

BILAKAH ANDA INGIN MEMULAKAN MAKANAN YG SIHAT UNTUK TUBUH ANDA DEMI KESEJAHTERAAN MASA DEPAN ANDA???

TQ ALLAH, TQ HERBALIFE, TQ ZHARIF... -____-