Saturday, July 16, 2011

Terima Kasih untuk Banner...=,)


Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Wahhh pertama kali Ann update blog pada waktu pagi macam ni. Baru je bangun tidur terus pergi toilet selesai apa yg patut, kemudian kemas katil, dannnn...perkara yg paling Ann suka lakukan ialah buka jendela. Apabila Ann buka je jendela di sebelah katil Ann, angin kencang bertiup menyapa muka Ann yg belum mandi lagi ni hehehe... Kalau kawan-kawan nak tahu Ann masih ada di kolej kediaman UPSI, iaitu kolej za'ba yg tesergam indah ni kalau korang lalu kat jalan luar tu high-way ke KL-TG.Malim dah boleh nampak bangunan apartment yg indah sekali itulah Kolej Za'ba yg dikelilingi Banjaran Titiwangsa.

Ann dah lama tak update blog sebab busy dengan menyiapkan dan semak paperwork2 untuk aktiviti-aktiviti kolej. Pergi kursus untuk pemantapan organisasi, kursus untuk melatih pelajar-pelajar junior kemasukan bulan september nanti dan banyak lagi. Haaa...bukan mudah jadi JMK (Jawatankuasa Mahasiswa Kolej ) rupanya....tapi apabila kita seronok dan ikhlas melakukannya kita sanggup mengharungi segala cubaan tak gitu?!

This entry Ann dedicate to kawan Ann yg decorated banner blog ini khas untuk Ann. Hahaha... padahal aku paksa dia buatkan ...hehehe Ape-ape pun thanks to Zyla Ali Hussin selaku Exco PDI merangkap anak buahku dlm organisasi JMK. Terima kasih daun keladi! =,) Thanks to the photoshoot session last night, dinner together, and for the wonderful moment.

Zyla Ali Hussi (Kiri) & Ann (Kanan)









  • Allah s.w.t menjadikan setiap daripada kita berbeza supaya kita bersatu padu dan lengkap melengkapi. Jadi marilah kita raikan keberbezaan kita ini sebagai sesuatu yg unik. Perbezaan bukan untuk kita berpecah belah dan bertelingkah...Luv Cikgu Ann !

2 comments:

Zulhazri said...

wei nak gak blog header!!!

Ann Siti Fairoz said...

hahahaha... takleh takleh takleh hehe =,)