Friday, June 17, 2011

Apabila x-bf call, beritahu dia akan kahwin...(T_T)


Assalamualaikum...dan salam sayang dari Ann!

Bagaimana yer perasaan anda apabila x-bf anda beritahu bahawa dia akan mendirikan rumah tangga dengan seseorang dan minta anda doakan kebahagiaan mereka berdua, dia call dengan nada suara yang gembira dan tenang. Sedangkan pada masa tersebut anda masih single, kesepian, tambahan lagi perasaan sayang pada dia masih ada? Bagaimana rasanya riaksi yang akan anda berikan ketika saat ini berlaku pada anda?

Suatu hari ni, x-bf Ann call. Waktu tu Ann tengah jalan-jalan seorang diri kat pekan untuk membeli kasut. Mestilah tengah gembira time tu sebab baru dapat duit dari ayah. So, Ann nak pergilah beli kasut untuk kuliah menggantikan kasut lama yang dah haus tapaknya dan hampir tercabut talinya. Ann bertambah gembira apabila hp Ann berdering dan tertera di situ nama pemanggilnya si x-bf Ann ni. Dalam hati ni pun berkata, dia call tepat pada masanya sebab tgh free time and hati pun tgh senang.

Actually, dah 2tahun kiteorg break-up. Tiba-tiba tahun ni dia kerap call Ann. Ann pun layanlah sebab hati tu dah semakin tenang tapi tak lah lupa segalanya apa yg telah dia lakukan kpd Ann. Kali ni, apabila berbual dengan si dia di hp kedengaran dia dah semakin matang. Tak macam dulu-dulu kalau call Ann selalu je suka cari gaduh. Emmm...memanglah dulu time couple tapi sekarang bukan lagi tak kan lah tiba-tiba call nak cari gaduh kan. hehe.

Bak pepatah Melayu " Kusangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari" Tersentap hati ini apabila dia kata...

X :" Saya terlupa nak beritahu awak, saya dah bertunang pada minggu lepas. Saya memang nak beritahu tapi terlupa. Kalau tiada aral melintang insya_Allah saya akan mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan",

Apalah dayaku pada ketika itu, apabila hati kecilku ini terluka dengan kata-kata itu, tanpa kusedari air mata menitis dan tak mampu untuk menahannya. Hanya mampu berpura-pura...

Ann : " Yer, baguslah syukur alhamdulillah ! "

X: " Doakan kebahagiaan saya yer"

Ann : "Jangan risau...saya akan sentiasa doakan kebahagiaan awak sampai bila-bila. Awak tak perlu suruh pun saya akan lakukannya"

X : " Terima kasih...saya akan jemput awak nanti ke majlis saya, saya harap awak akan datang. Awak akan datang kan...? "

Ann : "Emmm insya Allah, saya akan datang ke majlis awak nanti..."

X : " Baguslah kalau macam tu... awak jaga diri baik-baik yer. Saya kena letak phone skrg. Ok, Assalamualaikum..."

Ann : " Emm... ok,Waalaikumusalam..."

Selepas talian putus, hati Ann rasa sebak saja sebab pada hari yg sama Ann baru bercadang untuk beritahu dia bahawa, Ann masih sayangkan dia. Namun, Allah telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik. Mungkin dengan memberitahu perasaan Ann terhadap si dia bukan lah suatu yang terbaik untuk dilakukan. Maka, Ann redhakan hati dan terus balik ke asrama. Tiba-tiba jer rasa tiada mood untuk beli kasut pada saat tu. Maka balik, rehat dan tidur.

Alhamdulillah, setelah bangun dari tidur, Ann rasa lebih lega. Ann mandi, dan solat kemudian Ann rasa lebih tenang. Selepas dari tu, Dia pernah call Ann lagi, Ann tekad yang Ann tak akan angkat panggilan dari dia lagi kerana Ann dah ada Haikal yang tersayang! Haikal tak pernah menyakitkan hati Ann malah sentiasa menjadi penghibur di kala kesepian. Hehehe...sayang Haikal.
Haikal loves me more!!!

  • Sayang Tidak Bermakna Kita Memiliki, Tetapi Sayang itu Adalah Nikmat Yang Allah Anugerahkan Kepada Kita Yang Perlu Dihargai Kerana Ada Orang Yang Sukar Berasa Kasih&Sayang pada Insan Lain Kerana di Hatinya Penuh Dengan Sifat Hasad Dengki dan Benci.


Sekian dulu dari Ann...

2 comments:

Anonymous said...

Sampai sekarang, saya masih mencintai dan menyayangi awak. Tak pernah lupakan awak di dalam doa saya. Al Fatihah buat insan yang saya cinta dan kasih.

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir yang ke 34 buat insan yang pernah hadir berkongsi kasih dan sayang pada diri ini. Al-Fatihah buat awak. Semoga Allah swt tempatkan awak bersama golongan orang yang soleh. Amin ya Rabb.