Assalamualaikum... dan salam sayang dari Ann!
Adakah nama anda Rabiatun Adawiyyah? Kalau ya, adakah anda pernah tinggal di Lorong Bestari 1 rumah banglo putih yg tesergam indah pada 15 tahun lalu yg kini tidak berpenghuni? Anda suka menadah air hujan lalu minumnya? Anda suka tangkap ikan di kolam dengan tangan? Dan anda suka tarik tudung rakan baik anda semasa kelas fardu ain? Emmm... kalau kesemua jawapan di atas adalah Ya! Maka, berkemungkinan besar andalah Rabiatun Adawiyyah yg saya cari selama ini...
Pada kali ini, Ann terpanggil untuk menulis tentang seorang sahabat Ann yg dah lama menghilang. Entah hidup atau mati. Nama sahabat Ann tu Rabiatun Adawiyyah. Kecil molek orangnya. Bermata bundar, bentuk wajah bujur sirih, dan bibir nipis kemerah merahan. Kami berkenalan di kelas fardu ain yg kami pergi setiap petang selepas tamat waktu sekolah pagi(sekolah kebangsaan). Umur Ann dan sahabat ketika itu 7tahun. Pada setiap petang jam 2.30 dengan berbasikal di bawah matahari terik kami mengayuh basikal bersama-sama untuk ke kelas fardu ain. Perjalanan ke kelas tersebut mengambil masa lebih kurang 20 minit. Setiap kali kami sampai ke kelas, perkara pertama kami lakukan ialah mengeluarkan sapu tangan untuk mengelap peluh di dahi. Hahaha... Baju di bahagian belakang kelihatan basah. Oleh sebab malu kalau-kalau budak lelaki nampak, maka, kami segera capai beg sekolah di dalam bakul lalu menggalasnya bagi menutupi bahagian baju yg basah.
gambar hiasan
Kenangan yg Ann tak mungkin lupa bersama dia... setiap kali waktu pulang ke rumah. Kami akan singgah di bawah sebuah pohon yg rendang terletak di atas bukit yg tidak jauh dari kelas fardu ain. Apabila berada di atas bukit tu, kami boleh lihat pemandangan kawasan perumahan dari jauh. Angin bertiup kencang setiap petang lebih-lebih lagi apabila waktu hujan. Di kawasan tersebutlah kami selalu berbual bual dan berkongsi kisah kehidupan kami berdua. Bagi kami di bawah pokok itulah tempat hiburan paling best yg pernah kami pergi pada usia tersebut.
gambar hiasan
Kami sering berbual tentang kehidupan. Hem, apalah yang kanak-kanak berusia 7 tahun tahu tentang kehidupan??? Itu kata-kata orang dewasa! tapi...apa pula yg orang dewasa tak tahu tentang apa yg kanak-kanak tahu tentang kehidupan mereka??? Orang dewasa tak pernah tahu bukan! biarpun, mereka pernah melalui zaman kanak-kanak. Sebab itulah, orang dewasa suka mengatur kehidupan kanak-kanak. Mereka tidak pernah tanya apa yg seorang kanak-kanak inginkan. Apa yg ada di fikiran dan hati mereka? Kerana orang dewasa selalu fikir bahawa kanak-kanak ialah orang yg tidak tahu apa-apa. Maka mereka mengatur segalanya dengan sendiri tanpa memperduli soal hati dan perasaan si kanak-kanak.
Pada suatu hari, ketika kami sedang berbasikal untuk ke kelas fardu ain, Atun terjatuh daripada basikalnya. Ann terkejut, lalu turun dari basikal untuk mengangkat Atun. Kain baju kurung Atun terkoyak. Ann nampak kakinya luka, lebam, kesan bergaris-garis, dan kulitnya seperti melecur. Ann tahu...Atun didera lagi oleh makcik saudaranya. Ann sangat simpati pada Atun, tapi Ann tak tahu nak buat apa untuk membantu sahabat Ann ini. Pada petang itu, kami agak lewat ke kelas, sebab Ann dan Atun menolak basikal bersama-sama. Kami jalan perlahan-lahan disebabkan kaki Atun yg cedera teruk. Atun tak larat untuk mengayuh basikal. "Sudah jatuh ditimpa tangga" tiba-tiba hujan turun membasahi kami. Bagi Atun hujan tidak menyukarkan perjalanan kami ke kelas. Hemmm... tersenyum melihat gelagat Atun yg menadah air hujan dengan tangannya lalu diminum. Atun minum macam sedap sangat air hujan tu. (-_-)
Ann tak menyangka bahawa hari dan saat tersebut, merupakan hari dan saat terakhir kami bertemu. Keesokan harinya apabila Ann datang ke rumah Atun untuk bersama-sama pergi ke kelas fardu ain, Ann dapati rumah tersebut kosong, halaman rumahnya bersepah seperti baru sudah memunggah barang-barang. Perkara yg membuatkan Ann berasa sebak apabila Ann nampak basikal Atun di suatu sudut terpencil di halaman rumahnya. Terletak di situ tanpa bertuan. Ann tak tahu kenapa Atun tak bagi tahu bahawa dia akan berpindah dan sebagainya. Atun pergi begitu sahaja dalam hidup Ann. Ann harap sangat jika Atun dapat membaca entry ini. (T_T)
gambar hiasan
- Janganlah kita makan harta anak yatim apatah lagi menganiaya mereka sewenang-wenangnya. =,)
No comments:
Post a Comment