Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!
Hah, korang yg tengah duk hangat bercinta tu, tak pun makcik pakcik abang kakak yg dah kawen mesti ada kenangan indah bersama bekas kekasih kan. Pasti kenangan tu tak dapat dilupai. Kenangan bercinta menjadi lebih indah di kala cinta kita berakhir ke jinjang pelamin bukan?! Namun, tak semua antara kita yg bernasib baik. Takpe takpe mungkin Allah belum ketemukan kita dengan orang yg sebenar-benarnya. Jadi bersabar dan berserah lah kepada Allah s.w.t
So, Ann nak storylah sikit time Ann bercinta dulu... (maknanya Ann single lah skrg ni hehe...) lagu tema Ann dengan kekasih Ann ialah lagu Imran Ajmain ni iaitu " Seribu Tahun". Kalau korang dengar lagu ni sedih gile kan kan! Memang lagu ni time dia baru-baru keluar dulu memang sedih dan sebak bila dengar. Tapi sekarang ni bila dah dengar berkali-kali sedih jugak cuma taklah sesedih mase baru baru dengar dulu.
Oklah time tu, Ann dan kekasih pilih lagu ni sebagai lagu tema sebab seni kata dia sangat bermakna dan kami saling janji bahawa biar apa jua berlaku kami ingin bersama selalu dan harungi apa jua dugaan dan rintangan bersama. Mengharungi hari tua bersama dan selamanya. Perghhh... janji time bercintalah katakan semuanya indah belaka. Namun, apakan daya kita merancang Allah juga merancang dan rancangan DIA lebih hebat dari kita. Cinta kami tidak kesampaian dan terputus di tengah jalan. Sudah ketentuan Ilahi.
Lagu ni untuk semua yang mempunyai kekasih hati. Semoga anda bahagia bersama pasangan masing-masing. Insya Allah semoga perhubungan yang terjalin berakhir hingga ke jinjang pelamin dan kekal abadi. Jika anda juga pernah berjanji kepada kekasih anda bahawa anda akan menunggu dia dan selamanya bersama dia maka tunaikan janji tu jangan lah janji tu tinggal kenangan sahaja akhirnya.
* boleh pandang pandang jangan pegang pegang duduk renggang renggang bertambah sayang... luv cikgu Ann !
No comments:
Post a Comment