Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!
Sekarang ni kengkawan banyak benar fesyen yg dijual di pasar raya. Ada macam-macam bentuk, warna, dan juga style yg digayakan oleh remaja bertudung hari ini dan tidak kurang juga dengan makcik-makcik luar sana yg tidak mahu ketinggalan dalam dunia fesyen ni. Hah, dan Ann pun tak kurangnya. Ada masa tu nak jugak try tudung-tudung ala wardina, yuna, dan hana tajima. Tapi Ann ni memang tak pandai nak menggayakan tudung fesyen zaman sekarang ni. Aleh-aleh bebelit leher ni dibuatnya. Hah, jangan mati tercekik sudah dek gilo nak berfesyen sakan. hehe...
Satu hari ni, member-member sekolah Ann ajaklah keluar pergi jenjalan kat KL. Diorang ni pulak... umang aiii pandai bergaya macam artis. Kalau keluar duk tepi jalan nun hah, semua orang nak padang diorang ni. By the way, diorang memang cantik, anggun, and pandai bergaya. Kira Ann ni itik hitam dalam kalangan itik-itik putih... errr...lebih kurang macam tu lah perumpamaannya. hehe.
Esok pagi nak keluar dengan diorang ni... malam ni dah duk pikir baju ape nak pakai, dah jumpa baju tak tahu pula nak padankan dengan selendang apa? nak pakai macam mana? Hah, kakngah always right!
kakngah said : Hello makcik go and search in youtube lah! you will find soooooooooooooo many videos bout hijab tutorial. What lah u!
( ooo panggil aku makcik ek... iyolah den duk kampung ekau duk london. Kakngah aku ni memang belagak sikit dan memang belagak banyak bila cakap omputih )
Apa lagi, Ann dengan excited tahap ghaban poie lah search kek youtube. Pergh... memang banyak remaja perempuan@gadis2 yg buat tutorial hijab ni. Ada style sanggul, ikat sana gulung sana, macam-macam lah. Somehow, Ann terjumpa beberapa video hijab tutorial yg really really annoying. Nak tahu kenapa annoying...? Hem...ni tak best nak citer ni.
Apabila mereka menunjukkan cara untuk bertudung, mereka mendedahkan leher mereka yg putih gebu tu. Kedua pula, mereka menampakkan dada mereka apatah lagi apabila mereka mengenakan T-shirt yg ketat. Hah, yg paling tak kena tu, di akhir sekali mereka siap cakap tirulah seperti gaya saya ini. Dah lah selendang tersebut jarang dan nampak leher boleh bangga lagi suruh ikut gaya dia. Huh!
Hem, apa yang Ann katakan ini sekadar perkongsian dan juga untuk mengingatkan diri sendiri yg sentiasa lupa dan terlupa. Janganlah kita jadi seperti ibu ketam yg mengajar anak ketam berjalan lurus sedangkan si ibu ketam pun jalan bengkang bengkok. Eh, jalan bengkang bengkok tu macam mana?? hahahaa...
- Perbetulkan diri sendiri dahulu barulah perbetulkan orang lain...luv Ann!
No comments:
Post a Comment