Monday, December 26, 2011

HAH !!! Demonstrasi ???


Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!
Haaaiiiiiii....wah dah lama kita tak bersua bukan? rindunya Ann pada para blogger syemuaaa... especially pada budak-budak comel yg merangkap followersss blog cikgu Ann ni. Muah...muah...
Cehhhh over gitu.

Kalau Ann sebutttt... restoran fast food lah, apa yg korang bayangkan? KFC! Pizza Hut! MCD! emmm... kalau Ann sebut artis dengan keningnya yg naik? of courseeeee Ziana Zain! vlogger paling terkenal di abad ini yg berasal dari Kedah? Anwar Hadiiiii!!!!! ( excuse me... MatLuthfi lah! ) Kalauuuuu Ann sebut AF ! of course lah Akademi Fantasia! TAK! SALAH! hahaha AF is stands for Academic Freedom! ni kalau kat UPSI sebut Academic Freedom semua olang pasti itu cakap pasal Adam Adli lorr...

So, Ann rasa kepada yg memang mengikuti dunia politik atau berita terkini lagi sensasi, anda semua pasti telah pun mengenali Adam Adli pelajar tahun ke-3 program TESL di UPSI ini.
Bak kata Adam Adli, " Elehhh... blogger2 ni dah takde isu nak citer dah kering idea tu pasal diorang sebok menjaja cerita tentang saya, bukan tahu hujung pangkal pun," Hahaha... kat sini, Ann bukan nak berstory pasal mamat ni. Tapi just wanna to tell u all a little bit about my opinion according to the issue ( isu turun bendera ).

Kebelakangan ni, kalau Ann pergi ke mana-mana program bersama pelajar IPTA lain, atau singgah jap umah makcik pakcik, cik gayah, cik mon, cik murai dan sebagainya soalan ni pasti diutarakan. Kira top hot and the booom lah punya soklan. Maklumlah, Ann merupakan anak kandung suluh budiman UPSI. Semua orang tanya pasal my view tentang isu turun bendera tu. Nak tak nak Ann jawab dengan penuh bergaya dan seperti seorang professor huahuahua! Jiran tetanggaku yg mewakili rakyat Malaysia mula berfikir bahawa semua pelajar di UPSI adalah Adam Adli alaaaa macam group kat facebook tu "We All Adam Adli" hahaha. Excuse meeee... Adam Adli is Adam Adli, Cikgu Ann is Cikgu Ann lah!

Ini adalah pandangan Ann terhadap isu turun bendera itu. Insya_Allah, pandangan ni tidak berat sebelah. Tidak memihak kepada kerajaan atau pembangkang tetapi berdiri di atas fakta yg benar lagi benar.

Analoginya mudah kawan-kawan, kalau kita pergi ke rumah orang, kita sebagai tetamu pergi turunkan langsir tuan rumah tanpa minta izin dan restu dari tuan rumah. Apabila perkara yg kita lakukan itu tidak mendapat izin dari tuan rumah dan tuan rumah tidak redha dengan apa yg kita lakukan namun, kita tetap melakukannya maka itu namanya BIADAP! mudah bukan untuk faham. Mungkin ada yg berkata seperti ini... "alaaaa... dia turunkan langsir je pun bukan rosakkan apa-apa pun...itu pun nak jadi isu ker... lupakan je" pertama sekali letakkan diri anda dalam situasi tuan rumah, tidakkah anda rasa terhina dengan tindakan tetamu tersebut yang datang sudahlah tidak diundang, selepas itu cuba menyentuh dan mengalihkan harta benda yg terdapat di rumah anda tanpa kebenaran? Anda nak biarkan begitu saja? Sekiranya anda biarkan tetamu tersebut berbuat demikian, maka esok lusa ada kemungkinan besar dia akan berani merosakkan harta benda anda atau pun membakar rumah anda sewenang-wenangnya kerana dia beranggapan anda seorang yg sangatttttttt baik hati, " Hari tu aku turunkan langsir rumah dia sesuka hati dia tak kesah pun! takde apa-apa tindakan pun diambil ke atas aku! ,"

Personally, Ann tidak setuju dengan tindakan Adam Adli yg pergi menurunkan bendera tu. Yes, it just bendera, but thing is not bendera it is about how you respect your leader and your country as well. Boleh membangkang or memprotes tapi biar dengan cara yg berhemah yg mencerminkan kita sebagai mahasiswa berintelektual dan memiliki insaniah yg tinggi. Sebelum kita ingin lakukan sesuatu perkara fikirkan dalam dalam terlebih dahulu kebaikan, keburukan, perlu atau tidak dan sebagainya. Jika kita inginkan Academic freedom iaitu kebebasan mahasiswa untuk berpolitik, bersuara, dan mempunyai kuasa dalam politik negara... fikirkan terlebih dahulu, adakah mahasiswa-mahasiswa yg ingin terlibat ini sudah cukup bersedia, sudah matang dari aspek mental dan fizikal, sudah cukup matang untuk bertindak, berbicara, dan mengatur langkah???? sudah cukupkah ilmu di dada? Fahamkah kita 100% apakah yg berlaku dalam politik negara kita? Adakah dengan membaca maklumat-maklumat di internet berkenaan politik, kita sudah cukup pandai? Membaca dengan terlibat secara langsung adalah tidak sama! Mungkin juga apa yg kita baca itu palsu belaka! Kita tidak tahu selagi kita tidak benar-benar berada dalam arena tersebut. Maka, jangan cepat melatah...oooo pocot! haha bukan melatah yg tu!

Semenjak peristiwa tu, UPSI didatangi oleh ramai manusia yg tidak diundang melakukan demonstrasi di hadapan kampus kami. Honestly, Ann tidak setuju dengan demonstrasi tak kesah lah secara aman atau tidak... itu adalah pengaruh budaya barat. Banyak lagi cara yg kita boleh lakukan untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yg timbul dan saluran lain untuk menyuarakan rasa hati. Walau bagaimanapun, accidently Ann telah terlibat dengan demonstrasi. HOWWWW??? UPSI dijemput untuk menghantar wakil-wakil mahasiswa ke KPT untuk tujuan memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan YAB PM kita. Bagi Ann, ok jer no problem! but i did't expect that it was a demonstration.
Alang-alang dah terrrrlibat tu buatlah dengan bersungguh-sungguh. ini first time kut seumur hidup... ( salah ann sebab tak siasat dulu tentang program ni )


Tanda tangan je kuttt... terasa mcm artis jap... tak tahu pulak lepas ni kena berdemonstrasi. hehe.


wahhh... bangga gak lah sekejap sebab tanda tangan Ann ( Fai - UPSI ) digantung di bangunan KPT yg tersegam indah.

Rakan-rakan seperjuangan students ISMP Pendidikan Moral. It's true we love our PM.

With edward, president PERMOR.





Kat atas ni serba sedikit menunjukkan suasana di hadapan KPT.
Memang pengalaman yg berharga lah sebagai seorang mahasiswa yg pertama kali dan terakhir ( i wish ) menyertai demonstrasi ini.

Ehem...ehem... tiba-tiba terdapat seorang paparazi yg berjaya mencuri perhatian Ann di sana... hehe...

Si dia yg berdiri antara dua juru kamera yg memegang kamera...Macam pelakon aqasha... suke =,) (sempat aje..)

Lepas tamat demo tu... ada perasmian " Aman Kampus " di hadapan pintu masuk KPT. Apa yg terbaikkk ialah demo ini dimulakan dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah... sebab habis jugak akhirnya. Yg tak baiknya... haus , laporr, dan letih... Udah udah lah yer, tak payah lah berdemo demo lain kali... baik kerajaan mahupun pembangkang korang tak letih ape....


p/s : Sekiranya kita dipimpin oleh pemimpin yg zalim, itu adalah disebabkan kita sendiri yg memintanya sebab kita tak henti-henti mengutuk dan mengeji pemimpin kita. Cukup 40 kali maka termakbullah segala yg kita katakan tentang pemimpin kita. Kannn lebih baik kalau kita doakan agar mereka menjadi pemimpin yg adil dan terbaik yg mendapat hidayah dan petunjuk dr Allah s.w.t JOM doakan yg terbaik utk mereka dan kesejahteraan negara kita. =,)

No comments: