Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru? Yea! yea! yea! yea!...

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Okey, korang semua mesti dah rancangkan nak lakukan apa sempena menyambut tahun baru ( ejaan yg betul baharu ) ni. Tul tak? tul tak? Hah, kepada yg belum rancang apa-apa tu, boleh lah berbuat demikian kerana masih ada masa sebelum malam ini menjelang. By the way, before masuk tahun baru, Ann nak ucapkan selamat tinggal kepada 2011 yg banyak meninggalkan kenangan indah pahit dan segala bagai. Apa-apa pun setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.

Jom imbas kembali apa yg telah berlaku pada tahun ini Jeng jeng jeng!!!
Taraaa...

First of all,

Ayah Ann Kahwin dengan aunty setelah ibu tersayang meninggal dunia pd tahun 2009

/
/
Seterusnya kaklang pula mendirikan rumah tangga dan kini telah mendapat 2 orang cahaya mata kembar kedua-duanya lelaki ( alhamdulillah )
/
/
Diikuti Kakngah pula yg telah bernikah dengan lelaki mat saleh yg weird ( sebab masa tu tak kenal ) hehe...dan alhamdulillah, sedang mengandungkan anak pertama yg baru sebulan.
/
/

dannn.....
Kaklong ( kakak tiri ) mendirikan rumah tangga juga pada tahun yg sama dan kasihan pada dia kerana mengalami keguguran. Takpe mungkin ada rezeki yg lain yg lebih baik. Amin. =)

Di atas ini hanyalah sebahagian peristiwa bersejarah yg berlaku dalam family Ann. Ya Allah... memang tahun 2011 ni tahun kekecohan mendirikan rumah tangga dan mendapat anak...cewahhhh Ann bila lagi? Lambatttttt lagi. hehe tah tah 2012 tak? hahahaha... Maka dengan itu, Ann namakan tahun 2011 ialah tahun kahwin dan buat anak! hehe...
So, Ann pasti, korang juga mesti ada banyak peristiwa yg menarik serta kisah suka duka yg dialami sepanjang 2011 kan kan kan... em, apa kata kalau korang tak keberatan share entry tahun baru korang kat entry Ann ni. Insya-Allah nanti Ann akan singgah utk membaca dan utk follow kepada yg Ann belum follow lg. =)

Hah! kita beralih pula kepada azam baru...huahua...apa azam baru tahun ni??? cer citer cer citer!" Malas lah nak story, azam yg lepas pun tak menjadi lagi..." Hello, it's oklah guys! hidup kena maju dan teruskan ke depan... jangan toleh-toleh lagi. Sekarang ni set azam baru yg ingin dicapai utk tahun baru yg penuh dengan pelbagai peristiwa menarik yg bakal berlaku. Yg dah lepas dijadikan pengajaran ( ^ _+)

ini Azam baru Ann untuk 2012 >>>

1)Tingkatkan kerajinan untuk mendirikan solat, solat sunat, dan membaca al-quran ( ^__^)

2) Dapatkan 4.00 utk semester ke-6 ( 2012 ) hehe...

3) Fly ke Beijing bersama JMKZ2011/2012 yahoooo!!!
( tARget pada bulan 9/2012 )

4) Menggerakkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan UPSI.

5) Mendapatkan waren pemimpin muda
( yg ni den kono poie sekolah kursus 3bulan )

Hah, limo tu dah cukuplah...harap termakbul. Kepada ayah, aunty, kakak2, abg2 ipar, and anak-anak buah maksu silalah doakan azam maksu tercapai yo! dan juga kepada pembaca blog Cikgu Ann ni.

Harapan Ann, kepada semua umat islam di mana jua anda berada, marilah kita menyambut tahun baru ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Bersyukurlah bahawasanya kita masih diberikan nikmat hidup oleh Allah s.w.t. Janganlah kita sambut tahun baru dengan melakukan banyak pencemaran, maksiat, hiburan tak terkawal, dan menambahkan dosa sedia ada. Lebih baik tiru macam kawan kita di bawah ini.... kan lebih afdollll...hehe




PERTAMA DAN SELAMANYA...mendirikan solat.....haaaa sejuk hati mak bapak kita lihat anak-anaknya rajin mendirikan solat....



Yaaa... seterusnya kawan-kawan kita haruslah perbanyakkan berdoa kepada Allah s.w.t doa tu kan senjata orang mukmin. Mintalah kebaikan dunia dan akhirat.



Selain itu juga, amatlah digalakkan utk kita saling bermaafan sesama kita ya. Buang yg keruh, ambil yg jernih. =) Buka muka buku ehhh ... silap, buka buku baru hehe...

Alhamdulillah kawan-kawan sekiranya semua umat islam di seluruh pelusuk dunia mengamalkan amalan ini. Aman dan sejahtera hidup kita di dunia ini. Marilah kita melakukan anjakan paradigma dalam bangsa dan agama kita. Semoga maju dan terus maju dunia dan akhirat. Tak gitu!

SELAMAT TAHUN BAHARU (haaa ni baru betui ) dari Ann. Sayang anda semua !!!

Here are some speech from kak limah, kak com and kak jijah. They are little bit annoying ( their faces ) but they r so so cool! =)

Kak Limah : Hai kengkawan saya kak Limah, nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada rakan sekalian khusus kepada pembaca blog Cikgu Ann!!! JOM PERGI SURAU =,)

^
^
Dia ni memang tukang ajak g surau kat umah kiteorg...kalau tak pergi nnt dengarlah khutbah dia panjang jelaaaa....tak larat. udah-udah ler tu jom g surau.


Kak Com : Hai.... saya kak Com @ Comot! Sempena tahun baru ni semoga adik-adik di luar sana mempunyai azam dan semangat baru untuk terus berjaya dunia&akhirat ( ^___^)

^
^
Yg makcik sorang ni pulak, tukang masak haram kat rumah kiteorg. Nape lak harammm??? sebab telah melanggar undang-undang asrmaraa ehhh silap lagi asrama lah. Mane leh masak kat dalam asrama. Tapi kiteorg lak tukang mencekik habis-habis. Dia ni chef kedua terbaikkk kat umah kiteorg selain kak Limahhhh....

Kak Jijah : Hohoho...saya pula kak jijah! semoga tahun baru ini memberikan sinar baru kepada anda semua. Banyakkan amal kebaikan dan tinggalkan yg dilarang oleh_Nya! Selamat Beramal =)
^
^
Emmm... mok cik kat atas ni, tukang sepah, serabut, dan seumpama dengannya. Dia ni happy go lucky dan kadang-kadang macam hati kering. Tapi pakar dalam menasihati orang lain =)


Setiap insan ada melakukan kesilapan. Mari kita lupakan dan maafkan supaya hati kita tenang. Selamat Tahun Baharu =)


* Teruskan menyokong blog Cikgu Ann. Jumpa anda di arena 2012.

- Kak Limah : Nur Suhaila
- Kak Com : Nur Izzatie
- Kak Jijah : Wan Nur Laila
- Bilik : Bilik Aku D206/1

TERIMA KASIH DAUN KELADI. SEMOGA KASIH KITA ABADI BUKAN adabi ok!










No comments: