Monday, November 7, 2011

Dress My Nest !!!

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Apa khabar semuaaaaa? Semoga sihat-sihat hendaknya =,) hehe. Ann baru saje habis menonton program realiti Tv di NTV7 iaitu " Dress My Nest". Hah, memandangkan blog Ann ni turut dibaca oleh orang-orang kampong den, mako dengan itu haruslah ayat di atas ditranslatekan... emmm kalau bahasa Melayunya wannn..."Berpakaian Sarang Saya", ehhh tak! "Sarang saya pakai saya" ehhhh lagi tak! hehe maklumlah wan yo, cucu ni tak pandai sangat Bahaso OMputih ni.

Rancangan ni sebenarnya khas untuk mereka yang suka tinggal dalam sarang. Sarang apa??? hahaha. Ini hanyalah perumpamaan jer. Cuba anda cek semula bilik tidur anda, ruang tamu anda, bilik bacaan dan sebagainya.... ada rupa macam bilik tidur, ruang tamu dan bilik bacaan yang sebenar tak???? atauuuuu lebih kurang macam sarang burung? sarang semut? sarang tikus? atauuuuu lebih teruKKK! ish...ish...ish...

So, tadi Ann tonton rancangan ni... "Dress My Nest" rancangan omputih lah. Sorang pompuan ni, dia buat panggilan pada pihak rancangan ni suruh jelajah ke bilik tidur dia yang sentiasa sepah. Kemas macam mana pun sat lagi sepah jugak. Haaaa so, diorang pun pergilah terjah bilik tidur perempuan ni, Umangggaiii memang macam sarang tikus lah, makanan bersepah sana sini, baju kasut tak teratur. Alaaa... kalau kat Malaysia ni, kita tonton rancangan "Home Deco Bersama Alex" korang pernah tengok tak??? tapi yang diorang punya lagi dahsyat lah sepah dia mak aiii kalau kita perempuan kat Malaysia ni pergi tayang bilik dia yang macam sarang tikus tu jawabnya memang lelaki cabut larilah tak jadi masuk minang. Walaupun hakikatnya memang ada. Tengok je kat asrama Ann...emmm time pergi kuliah dress up punya cun, bilik tidur.... sendiri mau ingat lah =(

Apa yang Ann suka tentang rancangan ini dan dirasakan lebih hebat daripada kita punya yang "Home Deco Bersama Alex" tu, pertama si designer tu mintak lah perempuan tu ambil 3 barang kesukaan dia dalam bilik ini. Perempuan tu pun ambillah 3 perkara iaitu "

1. Bra dan seluar dalam favourite dia
2. foto dia bersama tunang
3. Kulit kerang yang dia suka kumpul

Perempuan ni pun tanyalah si designer tu, nak buat apa dengan barang-barang tu... rupa-rupanya daripada pemilihan ketiga-tiga barang tu, dia nak kaji personaliti perempuan tu. Selain tu, designer ni soal selidik perempuan ni untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri perempuan ni sebelum dia mereka sunsun atur bilik tidur tersebut. Haaaa... kalau kat Malaysia, kita main hemtam jer kan. Ikut idea sendiri. Tapi mereka tak, meraka kaji betul-betul bilik tidur itu harus disesuaikan dengan personaliti pemilik bilik tidur tersebut. Barulah dapat hasil yang memuaskan hati kedua-dua belah pihak.

Cececehhhh...cakap orang ni, bilik Ann pun sama jer. Tengok mood. Kalau mood baik memang kemas lah dan begitulah sebaliknya. Kalau ada kat Malaysia "Dress My Nest" ni mesti Ann call hehe...
JOM TENGOK GAMBAR DI BAWAH NI YANG ANN KEBAS DARI WEB HOME DECO...

Bila ada rumah sendiri nanti, Ann nak rumah Ann konsep casual + santai. =,)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjORhon-t1G2G2M3YrMV3M4nBdSRzL8tFXBKR7wXD1sFuUsB5QntyLiXvh4v_dboRyxvCK1tqVbaOOuDJg7KnDrSYihPdP7aALYEBwuJpn-kwksNgM_Zyp-b1wxZSmV-UxgY7zukyeaAA/s400/Casual+Home+decoration+2.JPG
Ruang tamu untuk berkumpul dengan anak-anak sambil bantu mereka membuat kerja sekolah, berbual-bual, dan indoor game dan di luarnya ada swimming pool.

http://farm4.static.flickr.com/3539/3445547743_b94e723f45.jpg
Yang ni pula, ruang untuk menonton Tv dan berehat bersama suami dan anak-anak.


http://farm4.static.flickr.com/3220/2866131766_e2dced65de.jpg
Haaa... yang ni bilik Ann dan suami. Luas kannn...boleh main kejar-kejar sekali. hehe.

http://freshome.com/wp-content/uploads/2008/10/dreamed_bedroom_fourth_render_by_diegoreales.jpg
Bilik ni Ann simpan khas untuk Aunty dan ayah. Apabila mereka sudah tua, mereka akan tinggal bersama Ann. Jadi ini bilik mereka berdua.

Ok, ini pula bilik untuk tetamu. Kalau korang datang lawat Ann dan nak bermalam di rumah, Ann sediakan bilik ini. Kalau boleh nak ada 2 buah bilik untuk tetamu. Lagi satu katil single.

Ini bilik untuk 2 orang anak lelaki Ann.

Ini pula bilik untuk 2 orang anak perempuan Ann.

Ruang makan yang luas dan selesa ini untuk makan bersama keluarga setiap hari. Sesuai juga untuk tetamu yang hadir.

Ruang makan ni pula, untuk minum petang bersama family tersayang =,)

Bilik air ni dalam bilik master bedroom.

Bilik air ni pula dalam bilik anak perempuan. Ya lah mereka kan anak perempuan, jadi mesti mandi dalam bilik senang nak bersiap-siap. Anak lelaki takpe hehe.


p/s : Nak kumpul duit beli rumah banglo. ( -__- ) daaaa...luv Ann!











1 comment:

nasarudin said...

ingatkn rumah sendiri td.brp byk bilik la nak buat?saiz rumah mesti macam rumah datuk k ni