Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha ( -__- )




Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Hai semua, apa khabar pembaca Blog Cikgu Ann yang Ann rindui ! Waduh, lama bangat seyh enggak ber"blogging". Akhir sekali berceloteh di sini pada awal bulan Oktober lalu. Alhamdulillah, berkesempatan juga untuk meninjau sebentar di ruangan yang sudah semakin sepi ini.

Memandangkan esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha, Ann ucapkan semoga semua yang dirancang oleh korang berjalan dengan lancar. So, time ni lah nak pergi lawat saudara mara kan, kawan-kawan, dan jiran tetangga. Bukanlah maksudnya, hari-hari lain tak boleh nak lawat, cuma hari-hari raya macam ni kesempatan lebih terbuka luas untuk menziarah. Maklumlah dapat cuti kan. hehehe...

Ann baru je sampai ke sini ( Seremban ) pada jam 10p.m dengan menaiki train. Perjalanan dari Tg. Malim ke Seremban mengambil masa 3jam dan kalau train tiba-tiba buat hal asik berhenti punya lama maka sampailah ke 4jam. Hem...memang letih sikit lah. Namun, Ann memang prefer naik train daripada bas sebab kalau naik bas Ann kena tempah tiket awal. Ann ni pulak kadang-kadang pendirian tak tetap, tak pun tiba-tiba ada aral melintang yang menyebabkan Ann tidak dapat pulang pada tarikh tiket tersebut. Haaaa... kan dah rugi! So, kalau Ann beli tiket train boleh naik bila-bila masa. Itulah citernyaaaa...

Sekarang Ann ada di Tampin, kampung sebelah aunty Ann. Tengah hari tadi diadakan kenduri kesyukuran dan esok pula akan korbankan beberapa ekor lembu di perkarangan rumah. Haaa... korang jangan salah faham tau, ni bukan kawasan perumahan yang kat bandar tu, tapi kawasan kampung kan so ada banyak tanah lapang. Kalau korang nak tahu, ni lah kali pertama Ann berkesempatan nak lihat depan mata terang-terang macam mana lembu tu disembelihkan. Sebelum ni tengok-tengok je dan dipotong menjadi kepingan daging. Aleh-aleh tau makan jer. hehe.

Hampir 2 bulan Ann tak pulang ke rumah kerana kesibukan yang melanda di kampus. So, sekali sekala dapat balik ni legaaaa tetapi tak sepenuhnya lah sebab ada banyak assignment yang perlu dibereskan. Ni lah yang paling tak suka. erghhhhh! Ini namanya percutian bersama assignmentsss.

Oklah, dikesempatan ini Ann nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, dan maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri ini khususnya kepada semua pembaca blog Cikgu Ann. =,)

p/s : Buang yg keruh ambil yg jernih! ......luv ann!






No comments: