Saturday, November 5, 2011

Alamakkk masuk TV seyh! hehehe...

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Sebelum Ann berceloteh lebih panjang mai tonton gambar di bawah ini sebagai starter. Eh, macam makan kek hotel lak yo ado starter starter nih. hehe.




Hah... kenal tak gadis comel di sebelah Ann tu??? Yang Ann tu confirmlah korang kenal kan. Sebelah Ann tu ialah Mimie Hariss artis realiti show LG. Sebenarnya, Ann pun tak kenal dia ni. hehe. Orang kata dia artis jadi Ann pun belasah jer lah...semua orang bergambar dengan dia, so Ann pun join saje. Padahal sebelum ni haram tak pernah tengok perempuan ni. Bukanlah nak kata Mimie ni tak famous, cuma Ann memang tak tengok tv sejak masuk U. Maklumlah duk tingkat 5 kek asrama tu, manolah ado maso nak turun poyi tengok Tv Kek tingkat bawah tanah. Hahahaha...Anyway, Mimie ni memang sporting lah.

Ann : Mimie leh kita bergambar berdua tak?

Mimie : OK! ( -_- )

Ann : Kita buat gaya macam ni lah...

Mimie : OK! ( -_ - )

Ann : Eh macam ni pulak lah...hehe

Mimie : Hehehe... ( ek eh dia lak arah arah kan aku...nak kena pompuan ni )

So, gambar yang atas ni sebahagian saja hasil daripada sesi photoshoot kami cececeh....

Hahhh...selesai mukadimah, ceritanya begini. Pada minggu lepas, sebelum cuti semester, Rancangan Talk Show "Generasi Y" daripada RTM telah menjemput pelajar-pelajar daripada UPSI untuk hadir ke studio mereka bagi menjayakan rakaman show mereka ni. Ann yang kebetulan free masa tu, kuliah pun takde, and kolej takde apa-apa program, maka Ann dengan rakan-rakan telah pun pergi ke Angkasaaaaaapuri macam pergi angkasa yer!

Memang bestlah. Kami semua dijemput oleh pihak RTM dengan menaiki bas RTM memang besar-besar tertera tulisan RTM TV1 hehehe...bangga gak naik bas yang besar, cantik, dan selesa. Perjalanan yang mengambil masa 1jam 30 minit itu sangat tidak terasa apabila dapat duduk atas kerusi empok maklumlah kami pelajar UPSI telah merasmikan bas baharu RTM tu. Tu yang seronok semacam kan.

Sesampai di sana, perghhhh...kami terus di bawa ke ruang tamu VIP untuk makan tengah hari iaitu nasi tomato dan jus oren. Kami ditemani juga bersama kumpulan Pelangi ( ya kut dah tak ingat nama kumpulan tu hehehe sebab Ann kan kurang ikut perkembangan dunia hiburan ni ...) dan juga bersama-sama kami ialah penerbit rancangan "Generasi Y" yang cool.

Pada hari tersebut topik yang dibincangkan ialah ' IBU BAPA, TANGGUNGJAWAB DAN WANG' hah!!! mana satu yang penting. Hang habaq sikit kat aku!!! yang telah dijayakan oleh pengacara tv yang juga pertama kali Ann tahu dia wujud hehehe....

^__^

MUAZ.....

Ann : Abang apa nie??? Muaz : hah, ni lah buaya yang paling besar di Asia Tenggara. Nama dia Ann Ct Fairoz. Ann : Hehehe...abang ni pandai melawak lah! Muaz : Hehehe... a'ah.

Ann : Wuuuuu...buaya ni pandai menarilah. Muaz : Ni lah dia buaya "Generasi Y"

Abang Muaz ni pun memang sporting giler. Tapi nak bagi tau korang kat atas ni lakonan semata-mata sempena sesi photoshoot kami. Hehehe...sebenarnya Ann ni pun dulu artis tu yang memang pandai bergambar kan haha. Cuma tak keluar TV je.

So, nak story kat korang pengalaman berada kat studio tu sikit lah. Bila sampai kat dalam studio tu kan, ada jam digital yang besar berdepan dengan set studio tu. Jam digital yang besar tu, membantu pengarah budget masa dengan tepat, berapa minit untuk siarkan iklan, bertanyakan soalan, dan untuk pengacara dan artis jemputan get ready lah. Semua aturan mengikut masa pada jam tersebut. Tak lewat dan tak cepat. Macam ajal lah pulak kan tak lewat sesaat dan tak cepat sesaat pun. insaf...insaf...

10 minit sebelum program bermula, pembantu pengarah akan beri briefing kepada para penonton, ok pak cik pak cik mak cik mak cik sila matikan handphone anda. Letakkan beg yang dibawa di bawah dan sorokkannya agar tidak mudah kelihatan semasa rakaman berlangsung. Seterusnya, sila lihat signal yang diberikan oleh pakcik ini ( juru bagi arahan ) sekiranya dia beri arahan untuk tepuk maka anda perlulah tepuk yaaa...senyum dan ceeriaaa.

Bagi Ann, topik yang dibincangkan sangat menarik, ia lebih kurang kaitannya berkenaan dilema seorang anak sama ada dia harus dahulukan ibu bapa, tanggungjawab yg banyak atau lebih mementingkan wang??? Sebagai anak, ibu bapa itu adalah tanggungjawab kita, kerja dan mencari wang juga adalah tanggungjawab untuk meyara keluarga bagi yang telah berkahwin. So memang agak berat juga, namun, kalau kita ikhlas dalam mengusahakan sesuatu dan ia adalah semata-mata kerana Allah taala...insya_Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Bijak bahagikan masa dan bijak tangani stress itu kunci kejayaannya. Hehehehe...

1...2...3...

Yeahhh...kami UPSIan...hehe

Abang kamera yang sedang lakukan pemeriksaan terakhir sebelum bermulanya rakaman.

Sebelum bermula... rasa cam teringin nak duduk kat kerusi tu... tapi malu lah pulak hehe.

P/s : Zaman di kampus memang best!!! hargainya dan nikmatinya sebaik mungkin. Join aktiviti-aktiviti yg sihatkan minda dan fizikal. Enjoy! hehe daaaaa....luv Ann!

( Oh ya...rancangan ini telah disiarkan di TV1 pada hari Sabtu, 05Nov11, jam 2ptg.... hekhek nampak belakang jer...yo yo den ingat masuk lah muko den kan pueh den posing maut... )

2 comments:

Sierra said...

hahaha~ xpyh nk posing sgt.. :p

Ann Siti Fairoz said...

hahahaha... =,) haruslah!