Monday, September 12, 2011

Fobia...fobia...fobia...!!!

Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Oh, tidak tidak tidak! kuliah telah bermula maka bermulalah hari hari yg bakal melakar sejarah pada semester ke-5 ini. Kalau korang perasan Ann pun dah tak kerap update blog kan! Itu adalah disebabkan Ann busy dengan kuliah, tanggungjawab sebagai setiausaha JMK, assingment, dan program-program sosialiti yg perlu Ann lakukan dan ikuti. Tu diaaa...bukan senang nak jadi guru ni. Senang tu senang lah bagi yg setakat nak pergi sekolah mengajar dan balik pada tengah hari, tido makan dan spend time bersama keluarga. Tapi sangat susah bagi mereka yg berusaha ke arah guru yg bitara hebat dan sangat hebat dalam perjuangan mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yg berguna. Cewahhhh... semangat pulak pagi pagi buta ni.

Pagi tadi Ann dan rakan-rakan pemimpin pelajar telah mewakili UPSI ke seminar anak-anak muda di UPM (I'll story you later k! ). So, dalam perjalanan balik, jalan jam jam jam jam! memang letih duduk dalam bas tu berjam jam lamanya. Apa kes lak tiba-tiba kat highway ni jam teruk macam ni, kalau jalan kat KL tu no wonderlah kan... rupa-rupanya kengkawan, satu kemalangan tragis telah berlaku.

Sebuah kereta kancil berwarna merah telah dilanggar oleh lori simen dan kereta kancil tu terheret masuk ke bawah. SERAMMMM kan! Sebenarnya Ann pun tak pastilah salah siapa, si pemandu lori atau si pemandu kereta tu. Tapi inilah yg Ann sempat rakam sewaktu Ann dalam bas UPSI.

Perbualan sulit antara YDP dan sang setiausahanya di bilik JMK :


Setiusaha : Syed (YDP)... tadikan fairoz(Ann) sempat rakam kemalangan yg kita tengok tadi. takutkan...kan kan???

YDP : Emmm... memang dahsyat pun.

Setiuasaha : Syed... Fairoz rasakan, mesti kereta tu fly dari atas tu kan lepas tu jatuh ke bawah. Yerlah lepas tu tiba-tiba ada lori simen tengah lalu dan tak sempat nak break lalu kereta terheret masuk ke bawah lori simen tu...hemmmm...

YDP : Ish... Syed tak rasa lah macam tu, sebenarnya lori simen tu mungkin bawak terlalu laju dan tak dapat break lalu terlanggar kereta kancil di hadapannya.

Setiausaha : Eh, ye ker... tapi cuba Syed tengok kat jalan atas tu ada banyak orang berdiri sebok-sebok nak tengok. Macam mana orang dari atas tu boleh nampak kemalangan yg berlaku kat bawah??? hah...! mesti sebab kereta tu terbang jatuh ke bawah.

YDP : Hahahaha... ( bodoh betul setiausaha aku ni ) mana ada macam tu lah Fairoz tengok kenderaan tu pun Syed boleh tahu macam mana kejadian tu berlaku. Lori simen tu langgar kereta kancil tu dari belakang lah. Alahhh... pasal orang ramai kat jalan bahagian atas tu... macam lah tak paham paham rakyat Malaysia ni kan prihatin.

Setiausaha : OOoooOO... macam tu ek... ( pasrah je dengan jawapan YDP sebab aku pun bukan pakar dalam hal ni... nak bangkang tak reti pulak ) Emmm... rasa-rasanya salah siapa ek???

YDP : Salah pemandu lori tu... ( dengan confident sekali )

Setiausaha : Emmm... mana Syed tahu??? bukan Syed ada pun kat situ waktu kejadian???

YDP : Kalau kita memandu di jalan raya, sebarang kemalangan yg berlaku... pemandu di belakang akan dipersalahkan biarpun sebenarnya kemalangan tu berpunca daripada kecuaian pemandu di hadapan...

Setiausaha : OoooOOO... ( tak tahu pulak )


Ann ni memanglah fobia sangat nak bawak kereta kat jalan raya... bukan kereta jer, motorsikal dan basikal pun Ann takut nak bawak. Memang penakutlah senang citer. Maklumlah, ayah Ann memang tak pernah benarkan Ann cuba untuk bawa kereta atau motorsikal sejak dari kecil. Lebih bertambah takut nak memandu apabila melihat kemalangan-kemalangan tragis seperti di atas ni. Hemmm... Kepada kengkawan yg selalu memandu di jalan raya tu berhati-hati lah selalu yer. Tapi kalau dah nak berlaku nak buat macam mana kan??? Berserahlah kepada Allah...

* Hati-hati di jalan raya, ingatlah orang yg tersayang.


1 comment:

Mr. Cemat said...

uiiii...fobia2..hahaha salam singgah sini...hehe