Sunday, September 4, 2011

Inspirasi Untuk Menjadi Blogger...


Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

What really inspired you to be a blogger??? Memang soalan cepumas lah apabila ada kawan Ann yg tanya macam ni. Eh, macam blogger popular lak apabila diajukan soalan seperti ini, hehe.

Jadi Ann memang tak tahu nak jawab macam mana, sebab Ann ber'blogging' ni pun suka-suka dan tak tahu apa-apa pun tentang blog. Ann mula ber'blogging' apabila dicadangkan oleh rakan Ann iaitu yufi zetty yg sama belajar di UPSI but she's taking TESL bukan coursemate lah. Yufi selalu ikuti perkembangan Ann di facebook. Suatu hari, Yufi bertanya kepada Ann mengapa Ann suka post status yg panjang jela. Kalau nak berkarangan apa kata ber'blogging' jer. So, Yufi lah yg memperkenalkan Ann kepada dunia blog ni. After that, Ann sendiri teroka dunia blog bermula dengan ilmu zero!

Ann memang tak tahu yg dekat blog ni, orang ramai boleh baca entry-entry kita and in the same time you can search at pakcik google. After, Ann dapat tahu perkara tu, Ann pun mula padam segala entry yg Ann rasa tak sesuai berada di blog Ann. So, lama jugak Ann berhenti berblog. Ann mula pada awal 2010 kemudian stop hampir 6 ke 7 bulan then Ann bangunkan semula blog Ann pada awal tahun 2011.

Tiada sesiapa tahu yg Ann ada blog. Sampai sekarang pun Ann tak heboh or kecoh-kecoh tentang blog Ann ni. Kalau ada rakan yg tahu mungkin dia terjumpa atau dia search di bahagian info page facebook Ann. Even family Ann pun tak tahu gak.

Ann suka-suka jer ber'blogging' untuk mencari kepuasan di samping dapat rakan blogger baru di sini yg punyai minat yg sama which is blogging. Emmm, berbalik kepada soalan who inspired me most to be a blogger... ialah family Ann dan pengikut setia blog Cikgu Ann ni.

Ann rasa gembira dan berbangga apabila dapat tahu yg Family Ann, kakngah dan aunty Ann membaca setiap entry-entry yg Ann post kat sini. Yelah, every pertandingan yg Ann involved kat sekolah family Ann tak pernah datang dan tengok. There's no hurt feelings coz Ann tahu mereka sentiasa sokong Ann dari belakang. Ann juga dapat tahu beberapa rakan Ann yg tidak mempunyai account blog tetapi turut mengikuti blog Cikgu Ann yg tak seberapa ni. Mereka lah yg menjadi perangsang untuk Ann berkarya di blog ini di samping follower budak-budak comel dalam blog ini.

Alhamdulillah, macam tak percaya walaupun baru 2 bulan bergerak aktif, Blog Cikgu Ann mempunyai pembaca seramai 60 orang. Ann dapati semua blog yg popular kebanyakan mereka mempunyai daya tarikan tertentu. Daya penarik yg paling ketara ialah kecantikan. Apabila Ann membaca blog yg popular ni, tak lah menarik mana pun ada yg lebih hebat daripada mereka namun, disebabkan the owner of the blog is so so beautiful, dia dapat menarik trafik yg ramai ke blog dia. It's kind of tuah and rezeki. takpelah.

So, Ann tertanya-tanyalah apakah daya penarik dalam blog Ann ni pula sehingga ada 60 budak-budak comel yg follow??? hehehe... Apa yg Ann lakukan ialah Ann blogwalking, singgah di blog orang, baca, dan tinggalkan jejak. Lepas daripada tu, ramai yg singgah di blog Cikgu Ann ni. Ada yg kunjungan balas dan ada tetamu tetamu baru. Ada yg sudi follow dan ada juga sekadar singgah dan lepak sebentar. Anyway thank you a lot!


Ann really wonder, kalau sesuatu filem tu sampai "box office" di Malaysia ni sebab paling utama adalah filem tu mempunyai hero and heroin tampan dan cantik. Adakah kecantikan luaran adalah segala-galanya??? Of course NOT but appearance comes firts. Hemmm... it's ok ok and ok lah. Tapi kalau semua diukur daripada kecantikan maka ia membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih belum matang dalam membuat penilaian. Ann percaya tak semua pandang pada kecantikan semata-mata kan kan kan! Sebab rakyat Malaysia sekarang ni dah ramai yg berpendidikan tinggi dan maju. Hehe. Oklah Selamat ber'blogging' buat semua blogger. Kepada adik-adik yg masih bersekolah jangan malas-malas untuk ke sekolah esok hari ya! Yang keje tu pergi keje dannnn Ann pula akan pulang ke U esok pagi. Daaaaaa...!

SELAMAT HARI RAYA!!!

  • Beauty is in the eye of beholder... =,)




No comments: