Friday, September 2, 2011

Tak abis-abis ... (^_+)


Assalamualaikum dan salam sayang dari Ann!

Tak abis-abis tak abis -abis.... ape yg tak abis-abis tu Cikgu Ann oiiii... Tak abis-abis entry raya. Semuanya tentang raya. Aduiii aiii, spoil betul, seminggu laptop masuk workshop, seminggu wireless problem. Banyak entry Ann terlepas untuk sajikan kepada para pembaca blog Ann ni. Tu diaaa!!! Sedih sedih sedih.

So, memang dah lama giler tak blogwalking, tak lawat kawan blogger, tak kemaskini blog and what so ever lah kan... ni semua kes masalah laptop dan wireless yg menyebabkan hobi Ann tergendala sekian lama. Jadi barulah hari ni Ann berkesempatan berjalan-jalan lawat blog kengkawan. Wah wah wah banyak sungguh entry tentang raya, kuih raya, baju raya, macam-macam lah. Jadi Ann pun tak nak terlepas lah kan peluang nak berkongsi kisah raya family Ann hehehe =)

Raya kali ini alhamdulillah, sangatlah meriah. Tang mana yg meriah tu cikgu Ann oiiii!!! Kalau korang nak tau, Ann terima abang ipar baru omputih cakap Brother-in-law. Abang ipar ni lain sikit sebab dia berasal dari Afghanistan tapi merupakan warganegara U.K bukan Ulu Kelang ... it's United Kingdom. Cewahhhh... So, minggu lepas kami tunggu lah abang ipar ni nak pulang ke Malaysia buat kali pertamanya. Menanti kepulangannya dengan penuh debaran. Maklumlah ni pertama kali family terima orang bangsa asing and bukan warganegara Malaysia sebagai ahli keluarga kami. Ann dan family datang ke airport pada pukul 1tgh, dia sampai kul 5. Mang aiii... sempat berkampung kat airport tu jenuh jenuh ... Hah dannnn nak habaq kat hangpa semua...kami sempat berjumpa dengan artis popular tanah air iaitu DATO' SITI NURHALIZA bersama Datuk K and anak-anaknya... mereka baru pulang dari umrah. First time Ann tengok Dato' Siti live. Tapi tak sempat nak amik gambar sama-sama coz ramai wartawan mengerumuni dia.

Raya tahun ni family Ann menerima ramai ahli baru...mereka ialah jeng jeng jeng jeng!!!

1. Ann menerima mak baru setelah setahun pemergian ibu tersayang. Aunty baik orangnya. Alhamdulillah.

2. Ann menerima abang ipar baru pada bulan Mei yg lalu. Abang ipar Ann ni berasal dari Pahang. Mungkin kaklang terpikat dengan gigi dia yg putih tu...


3. Ann menerima seorang lagi abang ipar pada bulan 12 tahun lepas. Mereka bernikah di Newcastle dan majlis persandingan akan dibuat di Malaysia pada 11september ini. Haiii jauhnya jodoh kakak aku yg sorang ni.

4. Hahhh... yg ni bukan orang baru. Ni lah dia family kaklong yg telah dibina hampir 8 tahun. Hasilnya si kenet dua orang tu. hehehe...

Maka dengan itu, tinggal lah Ann keseorangan yg masih single... i'm a single lady! Raya kali ni memang kecoh sikit. Sebabbbb... bawak mat saleh beraya masuk kampung dan makan masakan Melayu.

Raya kedua di rumah makteh...

makteh : Dia boleh cakap melayu tak?

kakngah : emmm tak boleh...

( Kiteorang semua sibuk rancak berbual maklumlah dah lama tak jumpa sedara mara tiba-tiba..)

kakngah : Hello, korang semua tolonglah speak english no matter lah broken english pun sekurang-kurangnya dia boleh faham dan join kita juga!

( Semua orang terdiam dan tercengang termasuk nenek yg tak faham apa-apa.)


... semasa di dapur nak siapkan hidangan...

pakteh : Guys give the ketupat please!!!

( Kami satu rumah bantai tergelak sampai sakit perut... serius ...pakteh tak pernah speaking english seumur hidup dia...errrrkkk... atau kami yg tak pernah dengar sebenarnya! emmm )

makteh : Sepanjang makteh kawen dengan pakteh ni lah kali pertama makteh dongar dio sepiking!!! sebolum ni tak ponah...

Dan keadaan seperti ini, tidak terhenti di situ sahaja... kami bawalah si abang ipar ni masuk beraya ke seluruh pelusuk kampung, nenek moyang kami yg tak pandai cakap omputih pun tiba-tiba jadi pandai lak sobab nak amik hati abang ipar Ann ni... dan kononnya kenalah beramah mesra dengan tetamu kan kan...hahaha.

Oklah dikesempatan ni, Ann harap masih belum terlambat untuk Ann wish u all Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin sekiranya ada salah silap atau ada sesiapa yg berkecil hati dengan entry-entry yg pernah Ann postkan di sini maaf maaf maaf dan maaf. 0-0 ok!!! hehe...
Take care and teruslah menyokong blog Cikgu Ann!

'Flying kiss' from us to all beloved readers of Cikgu Ann's Blog =)

SELAMAT HARI RAYA...

Pulanglah berhari raya bersama family tercinta. Apa jua kesilapan mereka kepada kita ingatlah air yg dicincang tak akan putus. FAMILY ALWAYS FIRST!

  • Siapa kata bangsa Melayu lemah berbahasa Inggeris??? Belum cuba belum tahu...luv Ann!


No comments: