Saturday, August 20, 2011

Arm'z ajak komen blog aku!!


Assalamualikum dan salam sayang dari Ann!

Hey guysssss!!!! Entry kali ni, Ann tampil dengan segmenNNNN.... Segmen ape murid-murid? Ya, betul! 10markah segmen " Arm'z ajak komen blog aku!! "
Cehhhhh....sejak bila pandai masuk contest ni cikgu Ann? Boleh menang ke? Ada hadiah ke? Huahuahua... Ini baru pertama kali dalam hidup join contest. Kalau ada pun, zaman -zaman hingusanlah, itupun mak yg tolong isikan borang dan mak yg tolong jawabkan dan mak yg postkan. Kedua contest mewarna kanak-kanak tadika menang tempat kedua yg diwarnakan oleh kakngah tapi atas nama Ann. Hehe. Inilah kalau korang nak tahu contest pertama yg dipelopori oleh Ann sendiri. Sebab ni blog Ann kan kan kan. Hehehehe... Tiba-tiba terbuka hati ni nak turut serta apabila sahabat Ann sendiri iaitu ida ( http://nanoeida.blogspot.com/ ) tag Ann dalam segmen yg sama. And in the same time, the owner of this segment saudara Armz turut singgah di blog Ann dan menjemput Ann dengan berbesar hati untuk join segmen ni. Kira macam nak jemput orang pergi kenduri kahwin anak kita lah kan... kalau tuan rumah datang sendiri menjemput, kita akan rasa terharu and akan usaha bersungguh-sugguh untuk memenuhi jemputan dia tak gitu? hehehe ...

Alright, let's straight to the point, tujuan tulis blog ni selain memenuhi kepuasan hati sebagai hobi Ann dikala masa lapang (kadang-kadang kalau busy pun Ann tetap nak berblogging hahaha) so, tak bleh nak kata aktiviti masa lapang gak lah, Ann juga tulis blog sebab nak berkongsi, tengoklah tagline blog Ann ni.......... MENULIS UNTUK BERKONGSI see! sama lah dengan banner di atas yg bergerak-gerak tu nampak tak... 'Cara Terbaik Untuk Berkongsi' sangat sesuaiiiii.

Bagi Ann, menulis blog adalah salah satu cara yg terbaik untuk kita kongsikan pengalaman, ilmu pengetahuan, pendapat, dan apa-apa sahaja yg kita rasa perkara tu patut dikongsi termasuklah kegembiraan, suka dan duka. Apa yg penting setiap perkara yg kita tulis ada baik dan buruknya yg dapat dimanfaatkan dalam hidup mereka yg membaca. Bagi Ann segala yg baik dalam blog Ann ni ambil lah dan jadikan panduan manakala yg tidak baik pula, tinggalkan terus dalam blog ini sahaja. Kalau korang perasan Ann akan akhiri penulisan Ann dalam setiap entry dengan meniggalkan sama ada kata-kata hikmah atau nasihat dan pesanan ringkas untuk semua kan. Emmm... sebab bagi Ann setiap perkara yg berlaku dalam hidup kita pasti ada pengajaran dan sesuatu yg tersirat dan tersurat. Selain tu, Ann nak ketengahkan kisah-kisah yg mempunyai nilai-nilai moral dan kesedaran sivik dalam masyarakat kita yg kini semakin dilupakan.
And last but not least...nak korang semua enjoy lepak di blog Ann!

Dengan berbesar hati Ann ingin menjemput sahabat Ann untuk turut serta dalam segmen ni, yg mana boleh memeriahkan lagi dunia para blogger.

JOIN jangan tak JOIN !!!



  • Sharing is caring, caring is loving ...so, start to share you'll get love and care from others!




3 comments:

Zulhazri said...

ak nk join tp cmne ni x fhm?

Ann Siti Fairoz said...

aku dah tag website dia... baca arahan dgn baik k! good luck. =)

miss lyzeer said...

hye..miss dari segmen yg sama. done follow sini, hehe..arms dh bg green light boleh komen

1) very simple and nice blog
2) susunan dia nmpak kemas
3) loading pun cepat je..miss suka, miss suka.. hehe
4) cuma nk bg pendapat sikit, kalu boleh iklan nuff bhgn side bar tu..letak paling atas skali. senang nk dpt BE sebab kedudukan nuff tu betul
5) ce try buat pop up komen box..ramai blogger suka..miss pun suka jugak
6) background blog ni memang kaler putih erk?
7) blog ni ada word verification kat komen box kan..remove je, baru mesra blogger sikit..hehe

done..peace no war, jom g komen2, kutuk2 blog miss pulak..hehe

http://misslyzeer.blogspot.com/2011/08/armz-ajak-komen-blog-aku.html