Wednesday, July 11, 2012

MY "WHY HERBALIFE" - Part 1

Assalamualaikum and salam sayang!

Hai, lama sudah aku tak update blog ini. Lebih-lebih lagi sejak berpraktikum. Mengajar dan mendidik memang bukan perkara yang mudah. Letih dengan kerenah murid-murid nak lagi dapat pulak sekolah yang mencatatkan masalah disiplin yang agak tinggi di kawasan ini. Minggu pertama masuk sekolah dah kena ugut dengan murid-murid. Memang tak cool langsung. Hemmm... nasib baik aku ditemani oleh Herbalife. Yes, Herbalife! Anda pernah dengar tentang Herbalife? Produk kesihatan yang lengkap dengan nutrisi yang luar biasa untuk tubuh badan yang produktif. Kalau anda telah mengambil Herbalife hari ini, tahniah! kepada yang tak tahu apakah jenis binatangkah Herbalife ini, boleh ikuti kisah aku ni. Shhhuuuu...continue reading...


MY ' WHY HERBALIFE ! '

Pada tahun lepas Disember 2011, aku mengalami pendarahan yang serius melalui kedatangan period yang tidak berhenti sehinggalah awal bulan Jun 2012. Aku pun pergilah berjumpa dengan doktor di sebuah klinik yang tak berapa terkemuka, doktor cuma beritahu bahawa itu merupakan perkara biasa, elehhh umur awak kan dah nak masuk 23tahun so, it's just something about perubahan or ketidakstabilan hormon...kata doktor tu. Aku tak pasti doktor tu dah habis belajar atau belum. After that, aku dapati darah aku tak berhenti, terus keluar dan kuantitinya semakin banyak. Dalam sehari kena tukar tuala wanita berkali-kali adalahhhh dalam 8kali. 

So, budget pun semakin lari...maklumlah nama je tuala wanita dan letakknya di tempat yang orang tak nampak tapiiiii harga diaaaa....kalau sebulan kena beli sampai 2 pack 30maxi overnight bayangkan lahhhhh....Aku pun jadi semakin stress, sampai bulan keenam iaitu pada Mei 2012, kawan-kawan mula tegur muka aku nampak pucat giler. Then, aku mula mengalami kesakitan pada bahagian buah pinggang, pundi kencing, and rahim. Pada suatu hari aku sedang duduki peperiksaan final untuk semester 6 yang lalu, sedang aku menjawab soalan peperiksaan, darah aku keluar bagaikan air kencing dan tak mampu nak tertahan. Habis basah kain aku, tapi aku buat dekkk jer, teruskan menjawab paper dalam keadaan berpeluh-peluh, gelisah, dan tak tentu arah. Oh mannnn.... macam mana aku nak bangun dari dewan ni??? Tamat je peperiksaan, terus aku bergegas ke toilet. Perkara demikian terus berulang dan berulang sampailah tubuh badan aku semakin lesu.

Akhirnya, doktor buatkan satu temujanji dengan doktor pakar di Hospital Besar Slim River. Pada saat itu, aku ingatkan aku akan mati. Oh, ajal aku dah semakin tiba, hati mula rasa hiba, mungkin sudah tiba masanya giliran aku menemui Allah. Itulah yang aku rasakan kawan-kawan. Menunggu giliran untuk mati. Bagi aku, pengalaman tu merupakan satu nikmat yang tak ternilai besarnya. Anda pernah rasa bagaimana menanti ajal tiba???  Saya telah merasakannya, dan perkara itu membuatkan saya berasa syukur yang menggunung kerana masih diberikan nikmat untuk bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah... Thank you Allah!

3 minggu sebelum temujanji bersama doktor pakar, Allah telah menemukan aku dengan seorang insan ini. Dia junior aku di UPSI. Kami kenal sewaktu minggu orientasi kolej. Namanya Zharif. Zharif lah, yang memperkenalkan aku dengan produk luar biasa hebat ini iaitu Herbalife! Aku ikut dan patuh aturan pemakanannya sepertimana yang disuruh oleh Zharif. Pada minggu pertama makan, kesakitan yang aku alami pada bahagian rahim, buah pinggang, dan pundi kenci aku tidak lagi aku rasakan. Badan mula rasa sihat dan cergas! Darah mula mengalir dengan baik ke seluruh bahagian anggota badan. Muka tak pucat lagi. Minggu kedua minum Herbalife, berat badan aku semakin turun, kelihatan lebih slim gitu. Alhamdulillah, darah aku pun berhenti akhirnya. Syukur yang tak terkira. Akhirnya, tibalah saat temujanji bersama doktor pakar. Doktor pun melakukan pemeriksaan ke atasku, scan dan sebagainya...Alhamdulillah...doktor kata aku sihat belaka!!!! =)


Kiri ( Sebelum ) 65kg  
Kanan ( Selepas ) 60kg

Aku turun 5kg dalam masa sebulan. Alhamdulillah...badan terasa lebih ringan dan cergas. Luar biasa kan! Aku target, pada awal bulan Ogos ini berat aku akan mencecah 54kg iaitu berat ideal untuk tubuh badan aku  Hehehehe... 


Tu diaaa... ni lah sponsor aku merangkap junior aku kat UPSI yang berlagak habis...." Haaaaa... kan saya dah kata akak...Harbalife memang luar biasa!!! " ....


google photo


Di atas ini ialah set yang amat sesuai untuk semua orang yang baru nak berjinak dengan Herbalife. Botol besar tu nama glamour dia ( F1 ) / Shake yang kedua tu...protein ( F3 ) dan akhir sekali tu tea yang memang luar biasa dan masing-masing mempunyai kelebihan dan fungsi tersendiri dalam membekalkan nutrisi yang lengkap kepada tubuh badan kita!


Untuk makluman korang ini baru  MY 'WHY HERBALIFE' yang pertama...ada banyak sebab lain yang akan membuatkan anda berasa teruja dan ingin bersama-sama seperti aku!!! tak percaya? anda akan percaya juga kalau bukan hari ini...esok...dan akan datang.... 








Ingin Ubah hidup anda untuk menjadi lebih baik, hebat, dan luar biasa.... 
Ask Me How?


Boleh inbox saya di
http://www.facebook.com/annfairoz


atau hubungi saya di 


013-4695255












Tuesday, June 12, 2012

Alkisah Nak Berpraktikum niiii...

Assalamualaikum and salam sayang!

Alhamdulillah...syukur... selesai sudah exam finalku. Dah semester 6 ni rasa biasa-biasa je kalau dah habis exam. Tak macam zaman semester muda-muda dulu, kalau dah habis exam final tu, Ya Allah... rasa dia macam  dapat terbang ke langit. Nak lagi semasa tahun pertama, terloncat-loncat macam beruk pun ada gak. Haha...maklumlah tak matang kan. Sekarang dah matang kerrr??? haaaa... tu diaaa matang lah sangat! Pejam celik-pejam celik dah pun semester 6, maknanya dah pun mencapai 3 tahun aku belajaq kat UPSI tercinta ini. Walaupun, ramai kata UPSI ni Universiti Pencarian Suami Isteri...Aku tak setuju! tak setuju! tak setuju! Sebab dari awal aku jejakkan ibu jari kaki aku kat UPSI ni, tak ada seekor kumbang pun yang aku berkenan. Ada gak mencari tapiiiii... 1000 kali tapiiii...maka arakiannya masih solo. Takmaulah citer pasal tu...anyway congratulations to all kawan-kawan yang selamat mendirikan rumah tangga.... eeeaawwww.... awalnya.. Alhamdulillah...jodoh sudah sampailah katakan.

Kawan aku kata, aku ni masuk universiti untuk masuk ke sekolah! "Tengok macam aku, aku belajaq kat 'U' keluar nanti masuk bank, ada air-cond, kerusi selesa, gaji pun besaqqqq! Hang!?" - kata kawanku yang cakap memang macam nak mintak sup sandal ayam. 

Ya, memang aku berpenat lelah di universiti ini untuk masuk ke sekolah. Aku tahu semua orang pernah masuk sekolah kan kan kan... tolak nenek moyang yang tak sempat belajaq tu, aku rasa semua orang pernah masuk sekolah. Cuma kali ini, puan-puan, tuan-tuan sekalian alam, saya akan masuk ke sekolah bukan sebagai murid atau kena repeat sekolah ya...tetapi masuknya sekali lagi saya ke sekolah untuk satu misi dan visi dalam usaha mendidik anak-anak bangsa kita. Cehhhh...tiap kali diriku dicaci dan dicerca mulalah nilai patriotik dalam diri aku menggeledak keluar entah dari mana pun aku tak tahu. Adakala aku pun tak tahu macam mana aku boleh keluarkan kata-kata macam tu... hahahahaha...Bukan seperti lagu Najwa latif - Kosong..."segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatkan diriku rasa kosong! kosong! kosong! " Ahhh...persetankan! huhu...

Aku ada masa seminggu sahaja lagi untuk persiapan praktikum yang akan bermula pada 25jun2012 ini. Adakah aku telah bersedia??? Serius takut nak pergi sekolah untuk mengajar...Bolehkah diriku ini? Boleh tak boleh kau memang tak boleh nak buat apa-apa Cikgu Ann! Kau harus redah belukar itu juga...Setiap malam aku bermimpi dapat pengetua garang mengalahkan singa jadian, guru penolong kanan yang suka membuli macam citer dalam KL Gangster, guru-guru lain yang tak nak kawan dengan aku, dan murid-murid macam hantu jadian...Lepas terjaga dari mimpi cepat-cepat aku istighfar lalu terjun masuk kolam mandi. Pernah mandi dalam baldi tak? Hah, tulah kolam mandi aku sepanjang 3 tahun kat UPSI ni... 

Wahai sekolah yang tercinta...kuseru namamu SMJK ( C ) Ayer Tawar, Manjung, Perak, Darul Ridzuan.
Murid-murid cikgu nantikan kemunculan cikgu ya! Tolong jangan nakal-nakal dalam kelas cikgu, kelas lain takpe....=,)

google picture

Tidak mengenal warna kulit, bangsa, bahasa, dan agama, mahupun fahaman politik, harusku teruskan usaha mendidik mereka seikhlas hati nawaitu kerana Allah!

google picture



Seriuslah, macam tak percaya...aku akan ke sekolah pada minggu hadapan. Macam-macam rasa yang aku rasa. Pernah makan rojak tak? lepas tu korang confuse nak makan yang mana satu dulu, timun ke...sengkuang ke...mi dulu ke... hah macam tu lah perasaan aku. Excited pun ada!!!  =,) 4 bulan jer Cikgu Ann cool lah beb! mesti seronoknyer lah... hehe pujuk hati sendiri yang semakin berdebar lebih daripada kawan aku yang akan dirikan rumah tangga....

Orite, nantikan pengalaman-pengalaman yang pasti menyeronokan untuk aku kongsikan dengan korang semua semasa berpraktikum nanti...TQVM! Daaaaa....