Tuesday, June 12, 2012

Alkisah Nak Berpraktikum niiii...

Assalamualaikum and salam sayang!

Alhamdulillah...syukur... selesai sudah exam finalku. Dah semester 6 ni rasa biasa-biasa je kalau dah habis exam. Tak macam zaman semester muda-muda dulu, kalau dah habis exam final tu, Ya Allah... rasa dia macam  dapat terbang ke langit. Nak lagi semasa tahun pertama, terloncat-loncat macam beruk pun ada gak. Haha...maklumlah tak matang kan. Sekarang dah matang kerrr??? haaaa... tu diaaa matang lah sangat! Pejam celik-pejam celik dah pun semester 6, maknanya dah pun mencapai 3 tahun aku belajaq kat UPSI tercinta ini. Walaupun, ramai kata UPSI ni Universiti Pencarian Suami Isteri...Aku tak setuju! tak setuju! tak setuju! Sebab dari awal aku jejakkan ibu jari kaki aku kat UPSI ni, tak ada seekor kumbang pun yang aku berkenan. Ada gak mencari tapiiiii... 1000 kali tapiiii...maka arakiannya masih solo. Takmaulah citer pasal tu...anyway congratulations to all kawan-kawan yang selamat mendirikan rumah tangga.... eeeaawwww.... awalnya.. Alhamdulillah...jodoh sudah sampailah katakan.

Kawan aku kata, aku ni masuk universiti untuk masuk ke sekolah! "Tengok macam aku, aku belajaq kat 'U' keluar nanti masuk bank, ada air-cond, kerusi selesa, gaji pun besaqqqq! Hang!?" - kata kawanku yang cakap memang macam nak mintak sup sandal ayam. 

Ya, memang aku berpenat lelah di universiti ini untuk masuk ke sekolah. Aku tahu semua orang pernah masuk sekolah kan kan kan... tolak nenek moyang yang tak sempat belajaq tu, aku rasa semua orang pernah masuk sekolah. Cuma kali ini, puan-puan, tuan-tuan sekalian alam, saya akan masuk ke sekolah bukan sebagai murid atau kena repeat sekolah ya...tetapi masuknya sekali lagi saya ke sekolah untuk satu misi dan visi dalam usaha mendidik anak-anak bangsa kita. Cehhhh...tiap kali diriku dicaci dan dicerca mulalah nilai patriotik dalam diri aku menggeledak keluar entah dari mana pun aku tak tahu. Adakala aku pun tak tahu macam mana aku boleh keluarkan kata-kata macam tu... hahahahaha...Bukan seperti lagu Najwa latif - Kosong..."segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatkan diriku rasa kosong! kosong! kosong! " Ahhh...persetankan! huhu...

Aku ada masa seminggu sahaja lagi untuk persiapan praktikum yang akan bermula pada 25jun2012 ini. Adakah aku telah bersedia??? Serius takut nak pergi sekolah untuk mengajar...Bolehkah diriku ini? Boleh tak boleh kau memang tak boleh nak buat apa-apa Cikgu Ann! Kau harus redah belukar itu juga...Setiap malam aku bermimpi dapat pengetua garang mengalahkan singa jadian, guru penolong kanan yang suka membuli macam citer dalam KL Gangster, guru-guru lain yang tak nak kawan dengan aku, dan murid-murid macam hantu jadian...Lepas terjaga dari mimpi cepat-cepat aku istighfar lalu terjun masuk kolam mandi. Pernah mandi dalam baldi tak? Hah, tulah kolam mandi aku sepanjang 3 tahun kat UPSI ni... 

Wahai sekolah yang tercinta...kuseru namamu SMJK ( C ) Ayer Tawar, Manjung, Perak, Darul Ridzuan.
Murid-murid cikgu nantikan kemunculan cikgu ya! Tolong jangan nakal-nakal dalam kelas cikgu, kelas lain takpe....=,)

google picture

Tidak mengenal warna kulit, bangsa, bahasa, dan agama, mahupun fahaman politik, harusku teruskan usaha mendidik mereka seikhlas hati nawaitu kerana Allah!

google picture



Seriuslah, macam tak percaya...aku akan ke sekolah pada minggu hadapan. Macam-macam rasa yang aku rasa. Pernah makan rojak tak? lepas tu korang confuse nak makan yang mana satu dulu, timun ke...sengkuang ke...mi dulu ke... hah macam tu lah perasaan aku. Excited pun ada!!!  =,) 4 bulan jer Cikgu Ann cool lah beb! mesti seronoknyer lah... hehe pujuk hati sendiri yang semakin berdebar lebih daripada kawan aku yang akan dirikan rumah tangga....

Orite, nantikan pengalaman-pengalaman yang pasti menyeronokan untuk aku kongsikan dengan korang semua semasa berpraktikum nanti...TQVM! Daaaaa....




Saturday, May 26, 2012

Anda Tak Patut Bersedih, Tapi Dia Patut...


Assalamualaikum and salam sayang!

Selamat berpetang-petang. Kita layan dulu lagu ni...


Pernah tak siapa-siapa memberitahu anda bahawa anda tidak patut bersedih apabila sedang berputus cinta atau lamaran anda ditolak, cinta tak berbalas lah and what so ever lah. Pernah tak? Pernah tak? Kalau pernah baguslah! memang itupun yang anda harus lakukan. Anda tak patut bersedih seandainya cinta anda ditolak atau bak kata nenek aku lah, bertepok sebelah tangan gitu... hah, cuba tepok sebelah tangan! bunyi tak? tak kan? Boleh bunyi kalau tangan tu tepok dengan meja ( menepok meja hehe )

Kepada kawan-kawan di luar sana yang mana mungkin hari ini hati anda telah dilukai oleh seseorang, kerana buah hati yang menjadi pujaan anda menolak cinta anda, bersabarlah dan anda ialah insan yang perlu bergembira. Hahhhh tu diaaaa.... nape pulak nak bergembira Cikgu Ann...??? Sebabnya cinta anda ditolak oleh insan yang tidak mencintai anda. So, kenapa nak buang masa bersedih untuk dia yang tidak mencintai kita kan! Orang yang sebenar-benarnya patut bersedih ialah dia yang menolak cinta anda, kerana dia kehilangan orang yang mencintai dirinya tetapi anda? Anda kehilangan orang yang tidak mencintai diri anda! Jadi siapakah yang harus bersedih?! You get it? Yessss... hehehe... 

Lepas ni jangan duk sedih-sedih lagi naaa...dan bolehlah anda pergi bagi tahu kat insan yang menolak cinta anda itu " Hello!!! Kau rugi sebab menolak diriku yg amat mencintai dirimu...Kau akan menyesal...Cukup!," Hahaha...Lepas dah cakap tu terus beredar dengan segera. Lepas 10 saat toleh ke bebelakang, berikan jelingan yg tajam dan confident giler. Perghhhh... confirm kata-kata dan jelingan anda itu menyusuk ke kalbunya. Nasib tak baik ( dialah yg tak bernasib baik tu ), dia terus menitiskan air mata, lalu anda pun mainkan lagu " Sudah Cukup Sudah oleh - Nirwana Band," memang macam drama sangat-sangat.

Tapi kalau nasib anda yang tak baik, toleh belakang tengok dia blah macam tu jer... apa lagi,.... muktamad jangan difikrkan lagi insan itu! Nyah kau dari hidupku!!! Tambah teruk lagi nasib anda kalau-kalau apabila toleh ke belakang ehhhh... dia bersama perempuan lain... Hah yang tu anda patut lari laju-laju!!! Nak pergi mana Cikgu Ann??? Eh, tanya pulak...balik rumah lah dan bergembiralah, sebab jawapan ada di depan mata terang lagikan bersuluh, dia tidak mencintai anda. Hehehe... Hello, Chill lah kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum... =,) Cikgu Ann kan ada! hehe...

Berikut ialah tip-tip menghadapi keadaan kronik apabila putus cinta!!!

  1. Pertama dan selamanya, dekatkan diri dengan Allah s.w.t
  2. Luaskan pergaulan. Tambah kenalan baharu. 
  3. Dapatkan moral support daripada family and kawan-kawan
  4. Berfikiran positif
  5. Lakukan aktiviti yang sihat seperti berpersatuan
  6. Doa dan tawakal agar diketemukan dengan jodoh yang baik.
Jangan luahkan perasaan, mengutuk, atau mencaci di Facebook tentang perasaan anda ketika putus cinta - elakkan diri anda daripada dieksploitasi di laman sosial.

Sekian. Selamat Beramal =,) <3