Friday, January 3, 2014

Hukum Mencari Pasti Ketemu...

Assalamualaikum & Salam Sayang...

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran hanya kpd Dia yg Maha Berkuasa.
Tahun 2013 berlabuh dengan majlis pertunanganku yg ringkas dan sederhana pd 7 Disember.
Alhamdulillah, Allah makbulkan doaku, akhirnya jari manisku disarungkan dgn cincin pertunangan. Terima Kasih kpd tunangku, cincin ini sgt bermakna buat diriku kerana ia merupakan hadiah pertama daripada dia yg aku sayangi.

Dekat sini, aku nak share dgn korang bagaimana aku boleh bertemu dgn tunang aku. Aku cuba sampaikan secara ringkas. Aku bukan seorang gadis yg pandai bercinta sebarangan dengan sebarangan lelaki. Pertemuan aku dgn tunangku, telah mengubah prinsip percintaan dlm hidupku. Bagi aku, cinta bermula drp sebuah persahabatan. Aku cuba jalinkan hubungan cinta dgn ramai sahabat lelaki. Bagi aku, kalau kita boleh bersahabat kita juga boleh bercinta. Haha...aku menemui kegagalan. Percintaanku dgn semua sahabat lelaki yg pernah untuk aku dekati, semuanya tidak menjadi. Aku mula bingung! 

"KITA TAK BOLEH BERCINTA DGN SAHABAT BAIK KER???"


Dalam perjalanan usahaku untuk mencari pasangan hidupku, aku pernah banyak kali dilukai oleh lelaki. Namun, aku tidak pernah berputus asa untuk mencari siapakah dia yg bakal menjadi penyeri hidupku. 
Aku tidak nafikan, ada antara rakan-rakan dan juga ahli keluarga yg kutuk usaha aku ini. 

"BINA KERJAYA DULU...BARU CARI SUAMI!!!"

"TAK PAYAH LAH DESPERATE SANGATTTT!!!"

Bagi aku, aku tetap dgn pendirian aku. Sebuah perkahwinan itu Insha Allah, akan membawa seribu makna yg tidak mungkin kita peroleh tanpa sebuah ikatan yg dikenali sbg SUAMI&ISTERI.
Aku juga pernah menawarkan diriku utk menjadi isteri kpd beberapa orang sahabat lelaki. Aku risik-risik andai mereka masih belum berpunya dan ingin mendirikan rumah tangga ( ia dilakukan secara bermaruah - harap maklum ). Lamaran aku ditolak. 

Bagi aku, usaha aku ini, bukanlah desperate. Tetapi aku ingin membuktikan kpd Allah, bahawa hambanya ini benar-benar ingin mendirikan rumah tangga. Aku ingin Allah lihat usaha aku untuk mendirikan masjid. Aku ingin Allah tahu bahawa aku tidak main-main dlm urusan ini. Apa yg membuatkan aku jadi begini, aku yakin jika Allah, nampak usaha aku yg bersungguh-sungguh, Dia pasti percepatkan jodohku. Dannn...aku juga tidak nafikan ada antara lelaki-lelaki ini cuba mempermainkan perasaanku. Jujur aku terluka.

Sampailah, suatu malam, aku berdoa kpd Allah utk menyatakan, betapa aku lemah dan longlai. Hati aku terluka. Aku hanya ingin bertemu dengan seorang lelaki yg sudi menjadi suamiku, yg akan menyayangi aku sepenuh hatinya, yg mampu melindungi maruahku, yg punyai matlamat sama dgn diriku iaitu membina sebuah mahligai perkahwinan yg suci dan bahagia. Aku juga seakan berputus asa dgn usahaku yg sentiasa menemui kegagalan ini.

Seminggu kemudian...

Aku menerima satu message dlm inbox facebook yg berbunyi spt ini...

"Assalamualaikum...saudari, nama sy Kpt. Azizol Helmi, dari Kem Terendak, Melaka. tujuan sy memberi salam ini ialah ingin berkenalan dgn saudari dgn tujuan untuk menjadikan saudari isteri sy. Sekiranya, saudari sudi menerima lamaran sy ini, silalah balas message ini. Dan seandainya message ini hanya mengganggu saudari, maka abaikan, sy akan mengerti"

Aku hanya mampu membaca message tersebut dgn raut wajah tersenyum...

MAKA TERCIPTALAH SEBUAH PERKENALAN...




Tanpa membuang masa, kami pun mengikat tali pertunangan. Rancangnya ingin mendirikan rumah tangga pada bulan April2014, namun beliau mempunyai urusan negara yg lebih penting. Selepas beliau pulang dari misi penting beliau, Insha Allah, kami akn bernikah. Doakanlah Allah permudahkan...hehe >_<

dAAAAAA...



Sunday, October 13, 2013

Apakah masih ada kebahagiaan?

Assalamualaikum dan salam sayang!



Dah lama kan aku tak update blog ni. Kalau roti dibiarkan terdedah di udara pasti sudah berkulat kan, macam tu lah blog aku ni boleh diibaratkan. Kenapa aku tak update blog lama sangat? Malas pun yer, takde mood pun yer, dan since aku habis belajar, aku duk umah kat Seremban ni, umah aku takde WiFi. Menci! menci! menci! haha. So, 2 hari lepas, ayah aku bagi pinjam laptop dia ( laptop kakngah aku sebenarnya ), laptop ni baru je dihantar servis, masih baik dan boleh digunakan. Dengan bantuan broadband celcom yg aku bayar bulan-bulan ni, Alhamdulillah, kini boleh online secara berleluasa. hehe.

Selepas aku tamat pengajian di UPSI, bulan pertama aku run my business, Herbalife. Alhamdulillah, tak banyak tapi cukup income tersebut untuk menyara kehidupan aku. Namun kini, aku busy dengan tugasan - tugasan sebagai guru ganti di sebuah sekolah kluster terkemuka di Negeri Sembilan iaitu S.K Puteri. Macam mana aku boleh terjebak dengan guru ganti nanti akan aku ceritakan pada entry yg akan datang. 

Perkara yg ingin aku fokuskan pada hari ini adalah tentang kebahagiaan. Aku yakin, semua manusia kat muka bumi ni mengimpikan kebahagiaan masing-masing. Siapa yg nak kehidupan yg memeritkan, pedih, dan terluka. Tiada siapa. Tapi, aku juga yakin pasti korang semua setuju yg kehidupan ini tidak selalunya bahagia dan indah bukan? Yang sering melukakan hatiku adalah tatkala apa yg aku inginkan atau aku hajati tidak diperoleh atau tidak berlaku sepertimana yg dirancang.

Hem... adakala juga hidup ini aku rasa seakan tidak adil terhadap diriku. Tapi Ustazah Hasnah selalu mengingatkan aku supaya bersangka baik terhadap Allah yg merupakan perancang terhebat di dunia ini. Segala yg berlaku pasti ada hikmahNya. Macam mudah jer menerima takdirkan, tatkala membaca apa yg aku taip ni. Tapi hakikatnya, si tukang taip je tahu. hehe.

Apakah masih ada kebahagiaan untuk aku? Setelah pelbagai ranjau dan duri yg terpaksa aku lalui... Tiada jawapan, dan tiada janji sehinggalah Allah sendiri yg membuka rahsia itu...